Sunday, January 31, 2010

Sukar

Terlalu banyak ceritera masyarakat hari ini dipaparkan di TV mahupun di dada akhbar. Sejauh mana kebenaran sinopsis ini di rungkai jalan ceritanya daripada penulis skrip, editor mahupun penerbit. Apapun kisah ceritera itu, sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada penonton. Tidak kira message yang dibawa itu baik atau sebaliknya.

Tuah badan, sekiranya seorang pelakon itu membawa watak baik, romantic, penyabar, penyayang atau alim-alim kucing sekalipun sudah pasti nama pelakon itu akan menjadi bualan umum dia lah seorang yang baik. Walaupun pada hakikatnya pelakon itu tidak lah sebaik mana seperti yang kita tonton.

Begitu juga sebaliknya, bila mana seorang pelakon itu membwa watak jahat seperti perompak, perogol bersiri, penjenayah ataupun manusia yang kejam, penonton akan melabelkan sebagai seorang pelakon yang tidak bermoral.

Tidak adil bagi kita untuk menentukan samada baik @ jahat seorang pelakon itu. Watak yang dibawa hanya ceritera sahaja, mereka hanya mengikut arahan penerbit. Kadangkala ceritera itu hanya imaginasi penulis semata-mata, tidak ada kaitan denagn realiti kehidupan. Pokoknya: kita lah yang kena bijak menetukan penghujung kisah itu, mengambil ikhtibar dari apa yang dipaparkan bukan menghukum tak tentu pasal. Sebab tue juga orang kita selalu kata "belajarlah dari pengalaman".

Saturday, January 30, 2010

Kembara Kampung: Geng Basikal Tua

Draft novel siri kanak-kanak Geng Basikal Tua:Kembara Kampung siri 1 telah siap. Novel 99 muka surat ini telah di hantar ke Penerbit PTS [Pn Ainon Ahmad] untuk proses membukuan. Berdasarkan kepada Pn Ainon, pihaknya mengambil masa 2 bulan untuk membaca draft novel itu sebelum melayakkan untuk dibukukan. Penulisnya Jay Nabawi seorang QS telah berusaha menghasil 2 siri lagi berkaitan dengan siri kanak-kanak ini. Semoga usaha beliau berhasil.

Tak sempat nak baca lagi draft nie, sekadar membelek-belek saja. Memperkanalkan Geng Basikal Tua:

Nabil. Bertindak sebagai ketua kumpulan. Tangkas berpencak silat. Suka menyakat kawan-kawannya




Usop. Berani.Seorang yang ceria, namun awas! Tindakannya di luar jangkaan sekiranya warga tua atau kawan-kawan menjadi ancaman musuh.





Akim. Seorang yang manja. Punya gerak hati yang kuat tentang sesuatu kejadian atau perkara. Disenangi oleh sesiapa sahaja.