Tuesday, August 31, 2010

Merdeka Malaysia

Time nie Allahyarham Sudirman Hj Arshad sentiasa dikenang. Lagu tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh la la la la sentiasa ke udara. Lagu keramat yang tak mati dek zaman. Time nie juga drama bukit kepong wajib di tayangkan semula, moden sikit dari cerita bukit kepong Leftenan Adnan.

Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! 53 tahun lepas sentiasa segar dalam ingatan kita. Tunku Abdul Rahman bapa kemerdekaan diantara orang2 yang membawa Malaysia ke hari ini. Syabas Malaysia! Aku berbangga menjadi wargamu. Aku anak Malaysia.

Monday, August 30, 2010

AQS Services Sdn Bhd

Betul ka aku apply ini company? Betul ka AQS panggil intebeiew? Betul ka aku bersedia untuk semua ini?

Eh biar betul apa yang aku buat. Eh napa tadi aku boleh counter offer lagi. Eh napa aku tanya banyak sangat soklan macam dia x baca resume.

Sanggup ka nak tukar life? sangggup ka nak tukar position? sanggup ke nak tidur office?

Layak ka aku? Layak ka aku bergelar QS semua? Layak ke aku nak dapat semua ini?

Sunday, August 29, 2010

Adam El-Hakeem

Arini tak banyak aktiviti yang aku buat. Tambah2 puasa2 nie banyak masa di rumah. Lain la lau balik KL sudah tentu tak lekat kat umah. Banyak masa layan tenet je. Hobi sampingan bila buka tenet mesti layan gambar2 kenalan lama.

Tertarik dengan title album: inilah anakku kau istimewa & tetap comel di ati umi...
alhamdulillah..walau kau sedikit kekurangan...tapi kau tetap aktif & lasak mcm baby yg lain..

Hatiku mula sebak tambah2 pula tengok sorang2. Kesemua 55 photo abis sudah aku layan. Hati kecil ku terdetik: Ya allah tabahnya kak Mai. Seorang senior aku masa di aspuri. Tak berapa rapat tapi still kamcing kalau dulu2 dia pun tergolong dalam geng2 otai aspuri. Ya lah zaman remaja kan, mungkin sekarang dah tinggal kenangan.

Ni lah dia permata hati senior aku, Adam El-Hakeem. Kalau tak silap nie masa baru deliver,


Ni gambar terbaru Adam, April 2010 di IJN, Adam menghadapi masalah jantung. Semoga Adam kuat untuk hadapi ini semuanya ya.
Yang ini Adam bersama ummi & ayah. Aku yakin kak mai dapat memberi kasih sayang sepenuhnya buat Adam. Adam bertuah dapat ummi & ayah yang terlalu sayangkan Adam. Buat seniorku, Kak Maisarah, Syurga telah dijanjikan untukmu........semoga kau tabah melalui hari2 yang mendatang.

Saturday, August 28, 2010

Umurnya Seminggu

Genap seminggu mummy tinggal kan si baby cute kat kg, wajah cutemu sentiasa terbayang-bayang. Keseronakan cuma seketika, Biarlah nek ummi, papa, mama, ibu & pak cu jaga baby buat sementara. Itu janji mummy pada mereka. Insyaallah tahun depan baby duduk dengan mummy bila mummy dah ada daddy.

Mummy ingat lagi, petang tue, mummy bawa baby jumpa nek yot, wan cu, tok lang, kita jalan2 1 kg. Semua orang sayang kat baby. Baby sangat comel. Malam pula mummy bawak gi jumpe auntie bed & auntie rina, Esoknya pula g umah auntie kelly & uncle syed. Uncle teman mummy ke hulu ke hilir, tapi uncle tak berani nak pegang baby lagi. Nanti lah, bila baby dah besar sikit uncle akan jaga baby.

Sebelum mummy tinggalkan baby, mummy bawa baby g shopping. Ingat tak? Baby jangan sedih ya, nanti raya kita jalan2 lagi. Mummy buat semua nie sebab mummy sayang kat mereka, baby sabar ya. Mereka akan jaga baby sebaik2nya.

Saturday, August 21, 2010

Hikmahnya sekarang

Nak share cerita pasal life cycle yang mana Dia lebih mengetahui dari segala-galanya. Topiknya adalah berkaiatan kereta.

Kes 1: Seorang kawan terlibat kemalangan di highway utara-selatan kilometer berapa tah tak ingat, tapi dekat nilai arah utara. Kejadian berlaku kira2 4-5pg yang mana kereta beliau menghadapi kerosakan teruk kira dah totally lost la, nak repair pun makan kos yang sangat tinggi. Dia buat keputusan untuk selesaikan loan bank yang mana insurance masih boleh cover. Alhamdulillah ketiga2 mangsa selamat & mereka juga kawan saya. Hikmahnya: Dia dapat rezeki baru yang mana kereta yang dimiliki sekarang jauh lebih baik dari yang accident tue. Dulu bawak Satria je tapi sekarang bawak Stream.

Kes 2: Seorang lagi kawan di johor ini, kereta dia kena curi di depan rumah kira2 jam 3-4pg sedangkan malam tue dalam pukul 2 abang dia masih tak tido. Dah buat report polis, tapi tak juga jumpa. Berbulan juga dia tak ada kereta. Rupa2nya dia nak dapat rezeki yang lagi baik. Dia sekarang bawak City.

Kes 3: Ni bukan kawan tapi diri saya sendiri. 04 jul saya pun accident. Tanpa di duga & tiba2 orang langgar dari depan [bole baca kisah lepas]. Habis duit & NCD untuk repair kete. Rupa2nya ada rezeki lain. Alhamdulillah semoga rezeki yang Kau pinjamkan mendapat redha & keberkatanmu.

Kes 4: Kawan saya nun jauh di kedaq, kereta kancil nya pun hilang. Sebab akibat tak pastilah. Tapi saya berdoa & berharap dia akan mendapat rezeki yang baik macam kes2 di atas.

Kesimpulannya, Dia lah yang maha mengetahui dari sesuatu. Pasti ada hikmah di atas sesuatu kejadian. Percaya lah.

BFX accident
Rupa2nya nak dapat BKX
21/08/2010 BKX menjadi milikku

Sunday, August 15, 2010

(",) Mood (",)

Hari ini mood (",) untuk bangun pagi buat keje
Hari ini mood (",) untuk drive ke tempat keje
Hari ini mood (",) untuk mengadap keje yang melambak
Hari ini mood (",) untuk buat keje amal
Hari ini mood (",) untuk ingat semua keje2 pending
Hari ini mood (",) untuk berusaha menghabiskan keje2
Hari ini mood (",) untuk buat semua kerja tanpa paksaan
Hari ini mood (",) untuk buat keje diluar tekanan

Kesimpulannya, hari ini mood baik untuk KERJA.

Friday, August 13, 2010

Bayi

Yeezaaa! Syabas Datuk Sri Shahrizat Jalil langkah yang diambil demi mengurangkan kes2 bayi dibuang. Lepas nie sapa2 yang nak buang bayi tue jaga2. Anda tidak akan terlepas dari hukuman gantung jika disabitkan kesalahan. Fikir2!

Sayang 100x sayang
Si comel ini di buang di ton2g sampah
Si kecil ini di tinggalkan di surau2 & masjid2
Si montel ini dibiarkan dihurungi semut

Anak2 malang ini tidak bersalah
Jauh sekali dosa durjana
Siapa sangka suatu hari nanti
Anak2 ini memimpin negara
Tapi sayang hanya kerana perbuatan durjana si ibu & ayah
Melenyapkan segalanya

Aku redha

Dalam kegairahan teman2 bercerita tentang keadaannya, tidak terlepas juga buat aku untuk mengetahui keadaan fizikal, mental & emosi nya berada dalam keadaan sihat. Bukan nak sangat jaga tepi kain orang, tapi lebih kepada tanggungjawab sosial bila mana khabar2 dari seorang teman memberitahu kesihatannya agak terjejas.

Boleh jugak di katakan aku sebagai penyibuk dengan ingin mengambil berat tentang dirinya, tapi aku lebih tahu apa yang aku lakukan. Sehinggalah kekemuncaknya pagi semalam, tidak terlintas langsung difikiran ku akan mendapat 1 pesanan ringkas "stop messaging me & jangan ganggu aku lagi"- Tergamam seketika

Ya! Segala persoalan bermain2 di kotak fikiranku.
  1. adakah aku terlampau?
  2. salah ke aku buat semua nie?
  3. penyibuk lah maksudnya aku nie?
  4. boleh pulak terlintas dia nak message macam nie?
  5. Sedar ke tak sedar?
  6. & bermacam2 lagi?
Akhirnya, untuk sekian lamanya apa yang aku duga tepat menjadi realiti hari ini. Cuma aku tidak suka untuk meramal melampau. Tak apa lah, semua nya dah berlalu, maafkan semua orang Suhaibah! Ya, aku memaafkan semua orang. Jangan ungkit2 Suhaibah! Ya, tidak akan yang dah lepas biarkan.

Tapi jauh disudut hati, nak tengok dia kecapi bahagia yang dicari, semoga ada sinar bahagia diluar sana buat dia sahabatku. Wahai sahabat, sesungguhnya kupohon maaf atas kekilafan ku selama ini. Moga kita dirahmati yang Esa.

Thursday, August 12, 2010

jom main


Semalam negeri johor cuti awal Ramadhan. Al-maklum ler puasa2 nie aktiviti berat & kurang mendapat manfaat diberhentikan buat seketika untuk memberi laluan & menghormati bulan puasa.

Untuk memanfaatkan masa yang ada, aku berusaha keras[ceh2] mempengaruhi opismate untuk bermain catur bistari. Akhirnya berjaya jugak untuk pertama kalinya. Mus, Asri, Rida & aku. Datang opis semata2 nak main game nie,

Catur bistari- game yang seakan2 monopoly & saidina. Tapi nie lagi mencabar minda. Macaner nak kumpul aset tertinggi untuk menang! Kumpulan yang cepat ke laluan Tijarah &Jihad bisnes. Semua ini di ambil kira untuk melayakkan menjadi juara.

Next contest, bulan oktober ni di KFC Taman Molek & Giant Plentong. Rasa2nya masa nie dah pandai main ke belum ye? Kita ada masa sebulan untuk praktis. Jom kawan2 jangan lepaskan peluang nie. Best2 enjoy & release sikit.


Champion
Asmarida/ Rida

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan

Ramadhan datang lagi,
Diari ramadhan rafiq tentu ada di TV3,
Sama2 kita tingkatkan amal ibadah,
Mencari keberkataan sebagai seorang hamba.


Jangan dok ingat nak shoping raya,
Utamakan dulu kewajipan kita,
Selagi ada daya & upaya,
Menggapai sedikit damai abadi.

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA, MAAF ZAHIR BATIN

Sunday, August 8, 2010

08082010

Hari ini genap 2 tahun usia geng longkang.
Walaupun macam longkang, kesemua geng longkang menjadi orang.
Bukan setakat orang, malah insan yang boleh dibanggakan oleh mak pak kita.
Insyaallah.

Hari ini sepatutnya juga ada program yang dirancang oleh beberapa ahli longkang.
Tetapi tidak kesampaian disebabkan faktor2 tertentu.
Apapun sebagai ahli longkang yang masih aktif saya mengucapkan terima kasih.
Pada kamu semua yang masih punya semangat membara terhadap longkang.

Hidup Langkang - a.k.a Geng Drainage

Saturday, August 7, 2010

biru+putih

Biru putih warnamu,
Lambang kebanggaan kami wargamu,
Namamu di julang tinggi di kalanganmu,
Kami hanya menumpang keagunganmu.

Dulu kini dan selamanya,
Kau tetap dijulang oleh wargamu,
Seandainya langkah kami terhenti,
Kenangan bersamamu kan kami bawa disanubari.

Monday, August 2, 2010

Sepi

Biarlah blog nie jadi sepi seketika,
Asal tidak bersawang + berlumut,
Biarlah ceritera itu bermain difikiran,
Asal tidak di luahkan,
Biarlah masa + keadaan yang menentukan,
Asal tidak membebankan.


*Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri......................