Monday, February 14, 2011

Apa itu KITAR SEMULA

 

Apa itu KITAR SEMULA?
Mengikut wikipedia bahasa melayu adalah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. 

Apakah kelebihan KITAR SEMULA?
Ia dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah

Apakah bahan yang mudah di KITAR SEMULA?
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik

Mengapa perlu KITAR SEMULA?
Untuk mendapatkan kesan yang positif kepada dunia. Kitar semula adalah penting bagi manusia dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan  semakin meningkat setiap hari.

Bagaimana perlaksanaan KITAR SEMULA?
Melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal.
Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan. 


Apa itu 3R?
Reduce (Pengurangan)
Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. 

Reuse (Penggunaan semula)
Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi.  

Recycle (Kitar semula) 
Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan semula

"Bumi Kita Tanggungjawab Kita"
sayangi bumi kita

Sunday, February 13, 2011

Contest Menangi Set Sauna Diamon, Cek Tunai & 5 Hadiah Misteri!!!


Contest ini di anjurkan oleh Puan  NAWALFISYA Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia.Tel/ SMS : 017-6944804 012-9912841 Email: nawalfisya@yahoo.com YM/ Skype : nawalfisya.

Puan Nawalfisya menggunakan tagline "Sauna D'home, Homestay and a lot more...!"

Dengan ini saya mempromosikan product sauna E-Shop @ Wish's. Terdapat 6set sauna mengikut  harga pilihan anda[sila click pada product untuk info lanjut]
  1. Sauna Infrared      [RM660]
  2. Sauna Opal          [RM600]
  3. Sauna Ruby          [RM440]
  4. Sauna Diamon      [RM390]
  5. Sauna Vibro Pant [RM250]
  6. Sauna Pant           [RM150]
KELEBIHAN e-Shop @ Wish's:
  • Mampu milik, berpatutan & berqualiti
  • 3x ansuran mudah tanpa sebarang faedah
  • Zero 0 caj penghantaran kecuali Sauna Diamon & Ruby[semenanjung sahaja]
  • Kaedah pembayaran yang mudah
Tujuan asal?
  • Saya mencari peluang biznes dengan modal yang rendah, terjumpa pula blog ini. Baca punya baca tertarik pulak dengan product ini. 
  • Maka bila kita ada idea, otak pantas bertindak, macam2 bayangan difikiran.

Mungkin juga ini yang sedang bermain2 di kotak fikiran sekarang ini:

Kenapa saya nak menang sangat:
a. Saya dah buat entri khas blog e-shop@wish's
b. Saya dah jadi follower dengan nama Pena QS
c. Banner blog  e-shop@wish's telah berada di sidebar saya
d. Rasanya semua syarat dah cukup

DAN kenapa saya patut menang:
a. Saya nak join rangkaian biznes e-shop@wish's.
b. Saya dah letak e-shop@wish's sebagai permanant link dalam blog saya dalam ketegori 'Promosi Biz'
c. Dalam  directori ahli tiada seorang pun dari Johor, maka saya akan menjadi ahli pertama dari negeri Johor [selangor tanah tumpah darahku, johor tempat ku mencari rezki]
d.10++ permanant link telah di buat ke blog e-shop@wish's
e. Saya juga turut memhebahkan no tel, email & nama pemilik e-shop@wish's dalam entri ini
f. Dan yang pasti, saya memang NAK MENANG.

7 hadiah yang bakal anda menangi adalah:
Hadiah Utama: 1 Set Sauna Diamon bernilai RM390
Hadiah Kedua: Cek Tunai bernilai RM50 daripada Nawal Enterprise
5 Hadiah MISTERI....!!

jom ramai2 join ini contest
Nak Sauna Tak?[click disini]

Wednesday, February 2, 2011

iOi

Aku cuti! Company declare cuti awal sehari dari CNY. Tak ada program yang urgent pun kali nie, cuma sedikit urusan sahaja pagi tadi di bangunan UMNO shah alam. Secara tak langsung, aku pengaruh orang2 Putrajaya suruh cuti.

Orang P'jaya je lah yang rajin layan kerenah aku. Lagipun mahluk hitam ini tidak suka jumpa sekejap je. Kalau boleh dia nak sehari suntuk. Sebab tue aku spent masa utk orang2 P'jaya bila cuti agak panjang, tu pun dah kena perli "ko ni ada je tempat nak g" "brp jam peruntukan masa?" "jgn lupa masukkan dalam schedule ko"

Kalau balik cuti weekend, sempat jumpa kawan2 yang tak kisah jumpe sekejap sekejap..Hahaha

Aktiviti 1: Makan time Kategori Sederhana Kaya. Kat Seoul Garden! 

Maklum ler aku dah lapar+benganng ngn MBSA yang saman Cik V aku. Hahaha padan muka aku jugak. Sapa suruh parking macam jalan itu kita yang punya. $60! wajar kah aku bayar? Boleh makan SG 2x lagi. Rugi2.