Tuesday, November 30, 2010

Pantas

Dulu 3 bulan kini 3 hari,
Dulu February kini December,
Dulu awal tahun 2009 kini akhir tahun 2010
Dulu kosong kini bertambah-tambah.

Ya! Kita tidak menyedari masa berlalu begitu pantas,
berlalu meninggalkan kita sedar atau tidak.
Yang pasti ianya meninggalkan kesan terindah dalam hidup ku



*-mengembara mencari erti kehidupan-*

Saturday, November 27, 2010

tutorial 1

Hobi baru aku kali ini cuba untuk berjinak2 dengan dunia DSLR. Sebenarnya, aku bukan minat sangat dengan aktiviti lasak macam nie. Tau2 jela kan photographer ni semua nya lelaki, nampak lasak+ganas, tonggeng sana senget sini bongkok situ & macam2 lagi. Daya kemampuan aku tidak tercapai...hahaha betul ke apa yang aku nak sampaikan?

Tapi minat tue kadang2 datang sendiri & kadang2 faktor sekitar yang mendorongnya. Bagi aku, kali ini faktor sekitar yg membuak2 membuatkan aku minat dengan hobi baru ini. Kawan2 mmhe terutama yang perempuan banyak jugak main DSLR. Dah kira advance jugak la budak2 ni.Ila- body 550d+ L-series yang beriban, Echa- medium set, Mus-beginner, Rid-pinjam laki punya cam & beberapa bebudak lelaki Asri & Man yang dah tentu hebat.

Aku dah mula ikut2 wedding photography. Ni job En Mie Rull, dia nie baik orangnya siap boleh turunkan ilmu time buat job. Terharunya F.O.C. lagi. Bukan senang nak cari orang cmni ni zaman sekarang. Semuanya materialistic.
Mie Rull menunjukkan hasilnya kpd pengantin

sebelum bersanding:" awak ikut je saya, baru dapat feel"-tak nak ar mengganggu je. "xpe ikut je dari belakang, snap je seberapa banyak yang boleh".

aku cuma memerhati aksinya. Bertungkus lumus dia menjalankan tugas.Kalau nak tahu nie 1st time aku jumpa dia. Kenal dalam forum Julfy JR. Perasaan takut ada juga (maklum lah kita nie perempuan), tapi ini bukan pertama kali jumpa orang yang tak kenal. Dari zaman belajar, lagi2 time nak buat assignment bezanya berteman. Entahlah bukan nak kata berani sangat tapi NIAT kot. Insyaallah Selamat.

Kalau minggu lepas di puncak alam, minggu ni di jj terbrau. Kebetulan Si Mie Rull ni outstation ke Johor sempat la TT dengan dia. Kali ni kurang segan sebab aku bawak bodyguard yang otai DSLR jugak. Lepak dekat Kenny Rogers Roasters.


Asri + Mie Rull tengah sembang pasal Wifi flash wireless flash technique. Mus pulak teruja dengan gear2 wide lens si Mie Rull nie.

Kpd En Mie Rull terima kasih dari saya+kawan2. Semoga allah membalas anda dengan kebaikan.

Friday, November 26, 2010

syida& syafiq


Tahniah buat syida & syafiq. Semoga kekal abadi cepat2 dapat baby. Mama iba x sabar nak bagi duit raya...hihihi

Monday, November 22, 2010

kaset

arini x da aktiviti menarik. semua orang dah mula keje. tinggal ak menghabiskan sisa2 cuti di rumah. 5hari lalu memang pax ke sana ke sini, cuma pagi tadi jadi driver mak ke pasar jawa-socso-bank. adusss urusan mak semua di klang & b.b.klang. ni yang lemah nie sebab aku dah tak tau jln klang. Nasib baik mak bole jadi GPS yang sangat hebat. Cite jalan klang segala pelusuk mak tahu.

pasar jawa:
mak kata nak cari buku & kaset agama utk cik roslan (adik ipar mak yang sakit). buku ada kaset xda. kaset?? tauke kedai cakap sekarang dah tak jual kaset, semua cd je. penat pusing sampai ke hujung tapi takda gak.


Ohhh nampak gaya kaset dah out dated.
tapi kt umah nenek cuma ada radio y guna kaset je.
macam tu kete kancil aku pun kira dh ketinggalan zaman
kete wira mak pun maju dah guna cd apatah lagi kete bkx ak


kaset!!!!
kaset!!!!
kat mana nak cari kaset dizaman skrang!!!
aku rasa masih ada jual lagi.
nanti aku carikan ....mari terjah dimana kau kaset

Monday, November 15, 2010

aGM, GMtj & cGM

aGM, GMtj & cGM

Apa yang sama apa yang beza?
sama pada huruf G dan M beza pada huruf a,tj & c

Apa yang sama apa yang beza?
couple abjad GM utk a &c di belakang beaza pada tj

Apa yang sama apa yang beza?
aGM sama dengan cGM tapi beza dengan GMtj

Apa yang sama?
kesemua gagah perkasa, kesemua lelaki sejati

Apa yang beza?
professionalism!

Apa yang suka apa yang benci?
aku suka yang tepi dari yang tengah

Lagi?
yang tepi sangat caring dengan wanita dari yang tengah

Apa yang boleh dibanggakan disini?
Terharu dengan sifat a & c malu dengan sifat tj

Tapi.......
tj lebih senonim dengan aku jauh sekali a & c

Rumusan?
amik teladan dari aGM, GMtj cGM

Sunday, November 14, 2010

CB

dipendek kan cerita, akhirnya kitorang dapat jugak main CB lau pun dalam keadaan emo...emo macm nemo pulak. Yang pasti kitorang kalah, tapi sangat2 enjoy the moment. Lau dah biasa main mesti dah dapat skill yang betul utk menangkan. kalah pun kalah la, tapi tetap best. Malu je, budak yang menang. budak darjah 4 kot tadi.

PTS

Ahhhhh geram betul, penat petang g Kong-Kong yang amat sangat kot. Sepatutnya aku mesti berjaga sampai 00:00 tapi sudah terlewat 3jam. Adusss sadiss nya apa bole buat dah tertido ni. Padah je surfing sambil baring, amik kau terus lena dibuai mimpi. Tak dak maknanya aku menunggu & sabar menanti hampeh hampeh dan hampeh. Cempedak jadi nangka.

'Alang2 menyeluk pekasam biar sampai jadi asam'-aku teruskan jugak. Adussss apa bole buat nie anta saje ler. dapat2 xdapat nak wat camner. Oooohhhh tidak! tidak! dan tidak!

oh mata, kenapa ta kau tertido,
kenapa ta kau mengantuk,
kanapa ta kau layu dipusara.....kuang kuang kuang.

Saturday, November 13, 2010

senoneng

Cerita hari isnin 5hari lepas:


Boss: kita MC tau, senoneng la.
Aku: ha senoneng? (sambil gelak kat boss, dia ngn selamba keluar dari bilik kaca yang memuatkan 5 orang, dulu ada aci, tapi aci dah retire)
Rid: senoneng tue pening la


Oh sangat2 bombastic! seriously aku x pernah dengar. Kawan aku cakap ini bahasa orang johor. sekodeng pernah ler dengar.


Jom kita buat experiment pasal 'SENONENG'.
Aktiviti petang rabu, futsal:


Aku: Eh ko tau senoneng?
Ain: tau, pening
OG:apa tuh?
Mus: pening


Dalam hati " patut ler og xtau dia orang pahang, betul la nie bahasa orang johor"

Sunday, November 7, 2010

layan

dari kol 5pg aku dah sedar. pelik! hari kerja mesti bangun 6.30! sedangkan malam tadi tdo lewat jugak, layan cerekarama "aku bukan andalusia"-lawak aahh cite nie, lawak ditambah perisa dgn sms2 & fb2 tukang karut yang nyata Cik Bucket & Cik M membuatkan aku tergelak keseorangan.


lakonan Erma Fatima bertemu cinta lama ngn Dato'Rahim Razali. cerita macam nie dah biasa kita dengar dalam realiti hidup cikgu bercinta ngn anak murid, begitu juga pensyarah vs pelajar,bos vs staff, adik-beradik tiri & tak bole bla bapak bercinta ngn kawan baik dan bla dan bla dan bla bla lagi.


Mungkin lagu ni sesuai di dedikasikan untuk mereka. Tidak salah mereka juga berhak seperti semua insan. love is blind. Sapa kita nak pertikaikan. Layannnnnnn

Saturday, November 6, 2010

Aku perlukan......

Ya! selepas 7 jam berhabis masa depan pc, terkorbannya tido petang aku sangat sangatttt dan sangattt perlukan:



sabar
.
..
...
....
.....


sabar
.
..
...
....
.....


dan sabar

.
..
...
....
.....



Ya!selepas mata ku silau, letih, penat buka page by page title buku shorting by price, by categories kesemuanya, akhirnya ku terpaksa akur bahawa:


sabar itu amat perlu dikala ini
.
..
...
....
.....

sabar itu amat amat perlu dikala ini

.
..
...
....
.....

dan sabar itu amat amat dan amat perlu dikala ini

.
..
...
....
.....



Langkah seterusnya?


plan strategy->jawapan ada->draft sms->1week to go->dateline-> ada luck ke x-> kalau ada ?-> jual below market price->buat auction-> recover opportunity cost -atau pakai sendiri->jangan berangan macam bangau sahaja->ahhh forgot it!->jgn mengharap-> kecewa nanti->take challenge->hukum alam->suka tak suka->hidup perlu diteruskan.

Sabar menungu date 14 nov 2010 dan tunggu dengan penuh sabar sehingga 23 nov 2010. 23rd! my mom besday. hope that miracle will be happen!

sakit

Pada aku, nikmat hidup paling best adalah sihat! Dengan sihat banyak benda kita boleh buat, otak pun akan berfungsi dengan cergas, fikiran macam2 bole merancang, banyak aktiviti boleh kita buat

Bila kita jaga kesihatan sekalipun, kadang2 kita tak terlepas dari tidak sihat, maka kita sakit, badan menjadi lemah, fikiran mula lembap, aktiviti tergendala.

KENAPA kita tidak sihat? sebenarnya ada baiknya. Banyak baiknya juga, mungkin untuk mengimbangi hidup kita. Tuhan bagi kita rehat, duduk + tido lama2, fikiran boleh berehat.

SEBAB apa? sebab tuhan sayang kita. Mungkin kasihan dengan kita. Asyik2 keje aje, asyik2 ngadap pc aje, sebab tue tuhan bagi kita peluang untuk rehat yang cukup. sebab badan nie nak guna lama lagi kalau tuhan izin panjang umur.

Friday, November 5, 2010

500d

kau milikku
dia milikku
kamu milikku
lu milik gue

apappun yang terjadi
kau milikku
dia milikku
kamu milikku
lu milik gue

cuma

keadaan tidak mengizinkan
keadaan tidak sesuai
keadaan tidak selesa
keadaan tidak menentu

yang pasti
operasi akan bermula
operasi terjah menerjah
operasi akan datang
bila keadaan kembali normal.

kesabaran amat diperlukan disini

Thursday, November 4, 2010

Delay 2hari

walaupun delay 2 hari tapi hati tetap suka
hati suka tapi badan rasa tak sihat
badan tak sihat tapi hati tetap semangat
semangat tinggi tapi rasa lesu

walaupun sebelum nie hati berkobar-kobar tapi sekarang?
hilang?
pergi mana?
entah tak tahu......



bila fikir-fikir pasal nikmat hidup?
hakikatnya begini

(",)
(",)
(",)
(",)
(",)

-SIHAT-

Wednesday, November 3, 2010

Kenapa aku bukan CIKGU?

Dulu lepas2 SPM aku pernah terfikir nak jadi CIKGU. Cikgu math la konon-kononnya. Sebab dari dulu sampi sekarang sapa-sapa yang pernah ajar aku math mesti aku ingat sampai mati. Memang favor gilar la dengan subject nie. Aku memang gila ngn nombor2 tak kiralah apa sahaja termasuklah calculator, scale ruler & rm-rm. Hahaha rm-rm tue mesti x boleh tinggal, maklumlah keje aku pun berkaitan rm-rm nie.

Mungkin bukan rezeki aku nak jadi cikgu, uitm lebih pantas ketika itu. Kenapa aku BUKAN cikgu? Mungkin terjawab hari ini. Petang tadi aku g umah untie aku, seorang cikgu seni. Sekarang nie musim exam, cikgu2 sibuk marking paper.

Soalan lebih kurang berbunyi begini. Sila lukis 1 daripada 3 soalan dibawah:

Pilihan 1, Buah manggis diatas meja?-cuba imagine apa end product dari form 2 punya lukisan? Kalau macam nie, tersenyumlah aku dari kiri ke kanan walaupun xda meja

Kalau macam ni? -dalam hati boleh la dari xda colour.
-
-
-
-
-
-
Tapi kalau dah macam nie?
-
-
-
-
-
-
-
Nak kata apa? Naik darah aku dibuatnya.
Sebab tue aku xlayak bergelar cikgu





Pilihan 2, Konsep 1Malaysia. Simple aje soalannya. Kalau dapt camni ok la kan. Jalur gemilang bernombor 1, design ala-ala stem malaysia sebab ada $10. stem bernilai 10 hengget. Darah aku turun balik.




Amacam lau dapat macam nie?
-
-
-
-
-
-
bendera yang tak rupa bendara macam kueh lapis je. Adooiii sayang idea budak tingkatan 2 ka nie? Sakit pancreas aku nak gelak. Gambar terada flash xclear la jawapnya. Maka sekali lagi aku tak layak jadi cikgu. Tahap kesabaran yang sangat kurang



Pilihan 3, berkaitan hari bapa & seumpamanya. Tapi nie aku dah tak larat nak cari yang ok sikit. Mostly macam nie lah hasilnya.

Sedih gila setakat tulis je & colour sikit2 aje. Ya ampunnnnnn.......patut la aku tak layak jadi CIKGU.

Monday, November 1, 2010

selamat

Hari ini selamat $$ aku dari terbang melayang
macam layang-layang yang sedang melayang
lagipun ini bukan musim layang-layang di bukit layang-layang
Bukan juga burung layang-layang yang sedang melayang

Tapi esok sudah pasti $$ terlepas dari gengaman
sebab macam-macam keinginan harus dilepas
bukan senang untuk melepaskan
apakan daya nafsu sudah terlepas dari kawalan

Lusa pula belum tentu dapat kumpul $$
apa yang dikumpul sudah abis dibelanja
impian semua sudah terkumpul
bila dikumpul banyak juga hasilnya.