Showing posts with label Kapal Vs Minyak. Show all posts
Showing posts with label Kapal Vs Minyak. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Tabahnya kamu

Maghrib tadi dapat SMS 'ada gosip hangit' hanya menyedari selepas sejam kemudian. Perbualan sms di antara aku dan dia berpanjangan sehingga ke YM.

"pasal bf wsp" mana kau tau? "mcjah" mcm ner boler tercerita? "bkn tercerita, tp terjumpa"........
walaupun ini bukan gosip, berbualan menjadi privacy antara kami. cuma aku nak bercerita sikap si kawan ini. aku nama kan si kawan ini 'kamu'

mengenali 'kamu' 2thn lps sudah bermakna mengenalinya keseluruhan. tapi apa yang dapat aku rumuskan 'kamu' seorang yang sangat baik & berhati mulia. aku sangat respect dengan 'kamu'.

izinkan aku bercerita tentang 'kamu' dalam belog sesawang aku. untuk aku jadikan teladan buat diri sendri dan orang lain.

'kamu': personally yang menarik, mudah mesra dengan orang, lembut & berbudi walaupun marah (tapi kalau orang dh mula pijak kepala, 'kamu' akan bersuara jugak, kira bersuara bertempat ok) dan yang paling penting 'kamu' selalu positive orangnya

kami kawan2 'kamu' pernah pelik dengan sikap 'kamu' yang tabah. walau apa pun keadaan yang berlaku, dia mampu tersenyum & tenang melayan mesra kawan2.

Mungkin? dari pemerhatian aku & kawan2, ini rahsianya macam ner 'kamu' sebaik ini:-
  1. kamu seorang yang khusyuk dalam solat (kalau dah khusyuk sudah tentu yang 5 dijagakan)
  2. rajin solat dhuha walaupun time kerja
  3. hormat orang tua (pernah sekali time buka puasa, kamu membawa seorang 'nenek' yang betul2 tua y tdk ada pertalian langsung berbuka bersama2 kita)
  4. kamu akan sentiasa buat baik, walaupun kamu tahu di akhirnya dia bukan milik kamu. syabas! kamu sangat2 tabah (sejauh mana ketabahannya kita tidak tahu, mungkin bagi kamu 'menutup aib orang adalah lebih utama')
  5. kamu membuatkan ak terfikir sejenak............




Monday, April 4, 2011

Jatuh

tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan pula.......
eh betul ke? emm belasah je  la. janji maksud sama

merindui kerjaya lama yg banyak mengajar selok belok politik pass/fail  kerja, sepak terajang dunia keparat mahupun suka duka dunia 'yes boss' menjadikan sebahagian pengalaman terindah dalam mengembaraaan ini

tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan pula.......
kerjaya yg di idam2kan suatu ketika dulu, hampir setiap hari menunggu. walaupun ketika itu aku telah memegang jawatan tukang kira besi yang sangat handal di 'public listed company' yang juga menjadi idaman aku.

@yahoo @gmail bukan lagi medium urusan rasmi. Bak kata kak nita " jangan pandang ku sebelah mata, hanya kerna namaku wanita gmail, walau ada kelemahannya, Engkau pun apa tidaknya oh"


zaman u dulu lecturer aku yang boleh tahan kelako nya [cuma x jadi senario je sebab ada Sr] suka sangat cakap "gaji pertama kena beli somethings bla bla bla bla.... tak kira la murah ke mahal"- Ia sangat terkesan sehingga kini

kesannya: ia maenjadikan satu kemestian bila aku bertukar company! Kat situ ada aesthetic value bila kita dah tua nanti [sekarang pun dah tua cuma belum sedar je]. sememangnya kita akan berasa lain dengan barang2 ini

impak maksima nya: bila kita dalam keadaan stress gila bab satu sudah tentu kita akan tersenyum  melihat something2 somethings ini yang sebelum ini akan membuatkan kita tersengih sendirian

sekian
sekadar merapu manyak makan ikan kerapu
sekadar  cerita 0 manyak minum teh 0

Monday, December 6, 2010

kehidupan


Officially, hari ini hari terakhir aku di MMHE. Tapi aku cuma bekerja sehingga Jumaat 3rd dec 2010. Kadang2 aku merasakan aku seorang yang mengarut! Banyak benda2 mengarut yang aku buat dalam hidup ini. Ada masa benda mengarut ini membuatkan kita tenang, bahagia & tak kurang juga sebaliknya. Kadang2 orang disekiling kita juga turut mendapat tempiasnya.


Rupa2nya, kehidupan aku banyak berkisar dengan laut. Laut oh laut. Sejak kecil, aku telah didedahkan dengan laut, maklumlah abah kerja di KCT(sekarang Northport), aku pulak praktikal dip di LPK(memang terdedah dengan laut). Project2 aku dulu pun dekat Northport, westport & Southpoint.

Uniform Geomass & Mmhe seakan2 sama


Adik lagi ler kena bond dgn MISC(memang tak lari lah dari laut lagi). Tak lama kemudian, aku pulak join MMHE. Sekarang aku dah quit dari laut. Mungkinkah adik akan mengikut jejak aku?
Yg pasti aku sangat seronok dengan kehidupan ini

Friday, December 3, 2010

Farewell


Farewell party was made one day earlier before my service ending. Something that is not expected by me. My tenure with this company has been a memorable experience, the knowledge and skills acquired are priceless. My deepest appreciation to all of you who had given me cooperation, support & guidance.


My tears fell when boss read the prayer. This prayer touched my heart:
“Ya Allah, sempena majlis perpisahan Siti Suhaibah yang diraikan pada saat ini kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu Ya Allah agar dirinya diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan. Sihat walafiat yang berkekalan”
“Kami berdoa ke hadrat-Mu Ya Allah agar dirinya dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan kerja dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan jayanya”
“Jadikanlah kami yang berada disini agar dapat meneruskan tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan syarikat ini serta dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.”
“Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini dan mereka yang bersama kami, kebinasaan dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.” Amin-

The relationship between us is so strong and makes us love each other. There is the unique environment culture in MMHE. MMHE the best company I found. Thank you for giving me the opportunity to serve and be part of your team and wish all the best to all of you


Gift to & from them.





In memory (Feb 2009-Dec 2010)

Tuesday, November 30, 2010

Pantas

Dulu 3 bulan kini 3 hari,
Dulu February kini December,
Dulu awal tahun 2009 kini akhir tahun 2010
Dulu kosong kini bertambah-tambah.

Ya! Kita tidak menyedari masa berlalu begitu pantas,
berlalu meninggalkan kita sedar atau tidak.
Yang pasti ianya meninggalkan kesan terindah dalam hidup ku



*-mengembara mencari erti kehidupan-*

Monday, November 15, 2010

aGM, GMtj & cGM

aGM, GMtj & cGM

Apa yang sama apa yang beza?
sama pada huruf G dan M beza pada huruf a,tj & c

Apa yang sama apa yang beza?
couple abjad GM utk a &c di belakang beaza pada tj

Apa yang sama apa yang beza?
aGM sama dengan cGM tapi beza dengan GMtj

Apa yang sama?
kesemua gagah perkasa, kesemua lelaki sejati

Apa yang beza?
professionalism!

Apa yang suka apa yang benci?
aku suka yang tepi dari yang tengah

Lagi?
yang tepi sangat caring dengan wanita dari yang tengah

Apa yang boleh dibanggakan disini?
Terharu dengan sifat a & c malu dengan sifat tj

Tapi.......
tj lebih senonim dengan aku jauh sekali a & c

Rumusan?
amik teladan dari aGM, GMtj cGM

Saturday, October 23, 2010

Cuti-cuti Cinta


Jumaat malam? esok sabtu kerja- apapun aktiviti wanita tetap diteruskan. Bersuka ria selain bersukan. Malam itu tanpa dirancang semestinya menjadi dari asyik rancang berminggu2 sekalipun belum tentu menjadi.

Udik tiba2 ajak tengok movie cuti-cuti cinta-Yang lain tidak kisah-Plan asal cuma nak lepak2+ dayah masak2 jamu kitorang. Tapi plan A dah bertukar ke plan B. Melepakkan diri di JJ Tebrau. Agenda makan tak ada gambar la pulak.

Lepas tue, main netball. Memang gila! Berapa hengget la dah abis! janji enjoy. Hal2 stress semua hilang terus. Sambung pula pratis paintball esok. Tengok muka kawan2 aku sumer hepy terlebih sedangkan on the way tadi kusut masai.

-Dayah, Mus, Udik & Mai-

Komen sikit cuti-cuti cinta
Tak pernah suka tengok cite melayu & tak pernah minat tengok movie, tapi layankan aje untuk social time & life for enjoy. Cerita ringkas tempat pun kampung je kat morib sana tue, tapi boleh la best jugak. Banyak lawak & ayat terkesan "KESABARAN DIPERLUKAN DISINI". Boleh pinjam ayat nie untuk aku masuk consultant. "kesabarandiperlukan untuk melangkah kehadapan"

Thursday, October 21, 2010

sukan kembali

Last main badminton seminggu sebelum puasa, Sekarang puasa pun dah abis, raya pun dah abis, duit pun dah banyak berabis gara-gara shoping raya, hantu raya, lebuh raya. Kalau nak cerita sibuk hal kerja, sampai ke tua tak bersukan, sampai ke malam tak bersosial, sampai penat pun tetap macam tue.

Yeah yeeehaaa...aktiviti sukan sudah bermula. Semalam 20.10.2010 tarikh yang cun mula dengan futsal. Arini badminton, esok pulak aerobic tapi aku tak join. Hahaha tak minat nak tari2 tapi lau suruh tengok zapin aku ler yang no. satu.

Nantikan pula ahad ini, mmhe paintball. Tahun lepas terpegun tengok orang main, bullet2 abis di kutip di tepi2 semak. Kali ini tak lepaskan peluang maklum ler tahun akhir di mmhe. Takut memang semestinya sebab aku pun bukan menggemar aktiviti lasak cuma sekadar nak merasa. Mesti havoc punya ramai geng2 futsal & badminton join. Mari berentap kita tengok group sapa bakal juara.

Wednesday, September 8, 2010

Note from Arisma

Dear Ibah,

It is sad that you are tendering yr resignation letter today. We will miss you less than 3 months from now. Imagine all the cheerful and thoughtful moments with all of yr colleagues in this office especially we all in this room……. Asmarida, Biha, Yati & me… and also our Aci last time.

We use to joke around with lots of joy sometimes having sarapan together and also lunch where we all will touch on all topics that cross our mind. We were happy and often teasing each other to create moments of memory…. memories which will touch your heart & our heart when we are all apart ! Do you feel the moments that cherish in your heart throughout your stay in TSD…….. sob……sob……

Ibah…..we shall all miss you and even now have felt the moment of missing you….while you are still around. Though we are wishing you all the best we are crying in our heart just as you do……….we feel it..Ibah……don’t save your tears…..cry for us…..sedih ni.

-Dedicated from my immediate boss En Razak/Pak Ajak/En Bajak/Ngongak/ Si Tua. My colleague said toughing & gediX, ayat nak menghanjing ada ler bla and bla and bla. There is a lot of memorable time spending with us. Today we create a moment with a joy rich, tomorrow it will be a memories in our life.

Thursday, August 12, 2010

jom main


Semalam negeri johor cuti awal Ramadhan. Al-maklum ler puasa2 nie aktiviti berat & kurang mendapat manfaat diberhentikan buat seketika untuk memberi laluan & menghormati bulan puasa.

Untuk memanfaatkan masa yang ada, aku berusaha keras[ceh2] mempengaruhi opismate untuk bermain catur bistari. Akhirnya berjaya jugak untuk pertama kalinya. Mus, Asri, Rida & aku. Datang opis semata2 nak main game nie,

Catur bistari- game yang seakan2 monopoly & saidina. Tapi nie lagi mencabar minda. Macaner nak kumpul aset tertinggi untuk menang! Kumpulan yang cepat ke laluan Tijarah &Jihad bisnes. Semua ini di ambil kira untuk melayakkan menjadi juara.

Next contest, bulan oktober ni di KFC Taman Molek & Giant Plentong. Rasa2nya masa nie dah pandai main ke belum ye? Kita ada masa sebulan untuk praktis. Jom kawan2 jangan lepaskan peluang nie. Best2 enjoy & release sikit.


Champion
Asmarida/ Rida

Sunday, July 11, 2010

Johor

Fakta Johor yang berkaitan dengan aku:
  1. Rezeki aku tercatat di sini, mmhe di hati. Ini yang paling utama.
  2. Time nak interview Ranhil & mmhe, nak cari hotel mutiara sikit punya susah. At last panggil taxi ikut dari belakang-settle bayar $7.00
  3. Pusing2 entah berapa kali asyik jumpe teluk danga- Danga bay la baru faham.
  4. Bab makan2, sangat jatuh cinta dengan tauhu bakar, laksa johor & ayam penyet. Tapi sup jamu bukan kegemaran aku. Asam pedas pun sedap jugak. Ubi rebus En Miskam & Chamek.
  5. Kalau minum pulak, aku suka air katira, kt tmpt lain xda.
  6. Bila banyak duit sikit bole lepak Senibong. Emmm seafood restaurant- harga berbaloi2 dengan sedapnya.
  7. Geng2 opis aku yang sangat best membuatkan aku tak bole lupa diorang bila dah xda kat sini
  8. Jadi atlite. Tak pernah2 ak minat sukan. Mula2 main tenis-bila geng dah kawen bertukar arah main badminton. Tak tahan tu jadi champion mmhe. Sekarang futsal mesti tak mis once a week.
  9. Dapat jejak kasih kawan lama-dulu jumpa kat utara naaa sekarang selatan pulak
  10. Tragedi terbaru, tarikh 4.7 yang aku accident.
Semua yang diatas akan sentiasa terpahat dihati. Bak kata wartawan aduan rakyat "hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri"- Wakakah aku masih setia dengan:

Friday, July 9, 2010

Geng Futsal

Aku dah blocked calender-setiap rabu 6-7ptg futsal time ngn kengkawan mmhe. Mula2 skt je geng2 nie, lama2 dh ramai. Ada masa main tak cukup orang, ada masa ramai sangat macam langau. Langau pun langau la, janji best-enjoy-release-ada masa dapat rembat perghhh macam tendangan xpuas hati je. Lagi best bila tadi meeting kena tiaw memang best la untuk mengtiaw bola macam itu kepala si polan.
Credit to Sally- beriya bawak camera. Bahang world cup makin dekat Spain Vs Holland. Makanya kitorang buat ler gaya macam sotong paul. Ha yang duduk tue team yang menang, yang berdiri? Amacam kalah lahkan.
Futsal dah berjalan lancar cumanya badminton dah tergendala la pulak. Nak main mesti je ada problemnya. Adusssssssssss bersawang la gamaknya raket aku nie.

Monday, July 5, 2010

Tanggal 4 Bulan 7 2010

Siapa sangka dalam kegembiraan melayan keluargaku, sepantas kilat saja menjadi duka. Syukur pada Allah disaat post ini di catatkan, Allah masih bagi ruang untuk aku bernafas. Untuk aku terus berbakti kepada keluargaku. Saat ini aku tidak mampu untuk menulis semua peristiwa tadi yang berlaku sekelip mata. Hanya tuhan yang tahu isi hati yang sukar diterjemahkan. Saat ini juga, mutiara jenih menjadi peneman setia, imaginasiku begitu tinggi untuk menggambarkan keadaan tadi "kalaulah" "kalaulah" kalaulah". Mungkin aku boleh menjadi gila! Trauma! Sekali lagi ku panjatkan syukur padamu. Semua itu hanya imaginasiku.

"Ya Allah, jauhkan lah apa yang aku fikirkan ini menjadi realiti....Engkaulah tempat sebaik2nya untuk aku merintih, Hanya Engkau tuhan yang maha mendengar"


Terdengar jelas kata-kata mak pagi tadi "BFX dah banyak bejasa.....bla bla bla"-YA memang benar BFX banyak berjasa dalam keluargaku. Kalaulah nak diceritakan terlalu banyak.


Hari ini 4/7 bersamaan hari ahad, BFX 47 menyentuh perasaanku. Tidakku duga kejadian ini berlaku:

Ketika lampu isyarat merah BFX 47 telah dilanggar oleh JKK3160 dari arah kanan. Kira over corner ler, aku relax2 tunggu hijau, tiba bang! tersentak & tergamam. Mana tak terkejut baru keluar rumah dalam 3 minit.

Bumper, side & signal depan pecah.

Ni cuma nak fokus yang BFX kebal. Teringat kat classmate aku Hafiz Murad "Kak, kete ko mcm kete kebal"- Compare JKK tu ngn BFX. mana kebal?

Diantara penyelamat yang ada ditempat kejadian. Dari kanan Mr Anthony[my mechanic], Asri[my opismate], Pemabuk+Xda lesen[driver JKK3160], Boss ke sedara sepapat pemabuk yang mengaku islam. Tapi badan penuh tatu.

En Zul[opismate lagi kebetulan kejadian berlaku dekat dengan rumahnya]


K Nora[my auntie dengan anak kecik lagi], Rafie serta Cik Anjang[hantar mak & nenek2] & beberapa orang awam yang simpati[xdapat nak snap semua maklumlah hati tak tenang]. Kalau ada perkataan lebih dari terima kasih banyak2, itulah yang sesuai untuk kalian.


Kepada ibuku serta nenek2 ku, aku sentiasa doakan tuhan merahmati kalian. Kalianlah sebaik2 insan dalam hidupku. Aku terima ujian ini dengan tabah. Mereka ini menjadi mangsa keadaan.


Kepada pemabuk: Memandulah secara berhemat. Anggaplah ini sebagai pengajaran. Maaf xdapat nak settle luar, aku lebih menghormati orang2 yang membela aku ketika ini. Aku lemah, aku hanya mampu mengikut kata mereka.

Wednesday, June 30, 2010

Macam Polis

Dah 1 tahun 5 bulan menjadi warga mmhe. Ada 1 KPI yang sukar untuk dipenuhi. Nampak remeh tapi hanya tuhan yang tahu. Kat sini level supervisor & above wajib SAC orang. 1 quater 1 sac je. SAC tu sejenis kad nasihat HSE (Safety Advisory Chit), bila ada orang buat salah berkaitan safety boleh lah issue SAC. Kalau kesalahan tu berat sangat baru lah saman.

Eh SAMAN? Macam polis? Geng polis ke? Gerak Khas ke? Tak pun macam penguatkuasa Majlis @ yang seumpamanya. Teringt MBSA zaman2 aku study kena buat assignment pasal MBSA. Kalau cakap kat sini orang tak tau. Diorang tau MPPG je. Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Aku cukup tertekan & menyampah bila nak kena buat nie, kena round2 yard untuk cari salah orang. Uhhhh kadang2 nak tergelak jugak. Macam Pak Guard UiTM je. Kalau tak sialp pak guard uitm kena saman sekurang2nya 3 dalam sehari. Bila cakap pasal guard, teringat kat kawan lama. Aku gelarkan dia HEBAT. Hebat memang sangat hebat, dia ada 4 handphone, handbag sentiasa diribanya. Hand hand hand sampai kena sound ngn lecturer. Kesian kot tengok dia riba bag. Dia kata nak keje gomen. Apa2 position pun dia tak kisah . Katanya janji keje Gomen. Gomen pun gomen la, janju rock. Tapi lau jadi Mak Guard sanggup ke Cik Hebat?-Apapun itu kenangan lama dengan Hebat. Sampai tua mesti aku ingat kat dia.

Bila round2 yard, aku sangat lemas bila nk buat SAC. Boleh katakan dalam 1 quater (3 bulan), 5x roundbaru boleh issue 1 je SAC. Itu pun kawan2 aku yang tolong. Tapi kadang2 kalau diorang dah tolong pun aku masih takut. Nak kata takut ada ler sikit2, takut orang dendam. tapi yang paling penting takut orang maki. Hidup tak berkat wei. Tapi apa boleh buat ini kerja. Lebih pada kecian la ni.

Mari kita berfikir sejenak.....1 2 3 pejam mata.-----------

Ok apa nak kata kalau memang tak ada orang buat salah? Nak bet ke? Ada berani SAC staff mmhe? Tentu sekali tidak kan? Maknanya apa? Ha dah tentu2 nak aniaya orang kan? Ada berani jawap YA? Zalim kan. Aku tak rela jadi orang yang zalim. Zalim menganiya orang yang lemah. Katakan TIDAK! TIDAK!TIDAK!

Andai kata kesalahan itu sememangnya betul, tidak menjadi persoalan. Bila hidup kita di paksa buat benda yang kita tak suka, akhirnya kita menjadi penipu. Ya Allah aku tidak sanggup. Engkau lah yang lebih mengetahui dari sesuatu

Monday, June 28, 2010

Gelombang Tsunami

Jangkaan aku akan berlaku gelombang tsunami tak lama lagi. Dari hari kehari, terdengar rugutan & luahan dari mereka. Kalau tidak tersasar dari landasan, kalau juga tidak meleset jauh, tidak juga keterlaluan untuk meramalkannya.

Bukan hari ini menjadi igauan ngeri buat mereka. Bukan semalam keluhan mereka. Tapi kedengaran suara2 sumbang itu berbisik2 sebelum ini. Sampai bila mereka mampu bertahan? Hingga mana mereka boleh bersabar? Masa & detik akan menentukan.

Wednesday, May 26, 2010

Hari Tekanan

Hari ini merupakan hari yang tidak menggembirakan aku. Soalannya?
Mungkinkah ia nya berpunca dari kesalahan diri sendiri @ faktor persekitaran?

Chronology nya bermula di awal pagi. Perut yang tidak berapa sihat[akhir2 nie perut ini sangat sensitif] menyebabkan routine breakfast dengan Geng Ketupat tergendala.

5-10minit selapas jam 8, Pelakon/Aktor Boss[Acting GM] dah panggil->sesapa yang berkerja tentu faham. Itu ini tidak kena, ada saja salahnya. Bila mula salah dari pagi penyakit la dibuatnya macam berantai sampai ke petang.
Bermula masalah invoice through e-subcon. Memang merimaskan aku, setiap hari kurang2 20 email utk di review claim & eISR. Settlekan hal ini saja dah dekat sejam telefon structure-procurement-finance-procurement, baru settle.

Keadaan menjadi tenang beberapa minit, tanpa gangguan terus menyambung overdue work to review claim. Adalah dekat 15 CPC ak release termasuk sebahagian eISR. Dan kemudian, terlalu banyak claim yang terpaksa di reject-aku mula boring. Kerja tergendala seketika.

Join g nego utk ext work overhead crane. Rasa release sekejap, tenang & part of my interest. Di tambah pula dapat voucher JJ $50[gara2 memang ahad lepas].

Jam dah 1200 tepat, sambung sikit lagi keje tadi. Lunch time yang sangat best bersama geng bela diri.Kemudian..


Mula naik hangin bila mana orang tanya banyak kali. Benda yang dah di issuekan lama asyik nak tanya saja tapi actionnya tak ada jugak. Ada ker patut? Bila aku terang banyak pulak yang di jawab. Tak kan aku nak jaga operation lak kan.->Malas gaduh kawan2[professional skt] aku cakap 2 3 patah n bla. Apa belaku aku tak tau[tapi akhirnya aku tau cik kimus sambung]

Penyibuknya banyak pula yang nak mencela macam langau yang sedang kelaparan tu yang buat aku lagi naik hangin.


DAN KEMUNCAKNYA.... memang darah dah naik ke hotak, tapi bukan aku yang marah[sebab ak boleh control marah] tapi aku di marah oleh boss engineering yang konon2 nya bagus. Berlagak macam Manager tak sedar asal usul yang dari worker level.

SALAH tetap salah, memang aku salah, tapi xpayah la tunjuk bagus sangat. Setakat orang tolong swap & pada waktu yang sama ak berada didepan tempat swap card tu salah sangat ke kesalahannya? Unless lau aku tak da kat situ logik la kan.->nak amik tindakan ke apa ke tak kisah la kan.-B.O.D.O.H la

Ini tidak siap nak buka pintu kete aku n marah2 macam budak sekolah.Come on ler beb, ini kerja dan xperlu la tunjuk lagak. Tapi aku puas hati gak sebab dapat menjawab walaupun aku malas layan. Disebabkan head buku nota buat xtau, aku pun menjawab. Ni bebrapa soalan yang aku ingat:
1- MSO ke MSE?
- MSE [kalau kurang ajar nak je jawab MMHE]
2-MSE bagi galakan kat MSO, sekejap je turun swap sendiri, macam level manager lak
-Ok
[dalam hati memang cita2 nak jadi Boss bukan kuli, ULANG SUARA bukan KULI,keje
ngn orang sampai tu pun kuli jugk even Manager(macam Mat K) tetap kuli ok. No
point nak highlight manager ke apa. Nanti kitorang ada kedai jahit pun dah kira boss,
bukan kuli okey]
3-Entah apa yang dia bebelkan lagi bla bla.....dah la bagi kereta lagi.
-Sorry

Lepas tu sepanjang jalan aku pun bebel la.....bosan sehhhh. Maka dengan rasminya aku mengistiharkan hari ini sebagai HARI TEKANAN SEDIRI SENDIRI.

Pena QS -
Tak pernah buat luahan geram dalam blog, kali nie agak tercemar sikit la ye.

Sunday, May 23, 2010

Badminton

Entah sejak bila boleh terjebak dengan sukan yang semakin aktif. Dari hari ke hari ku nantikan detik2 mendebarkan. Kali ini bukan setakat training dengan sifu, malah terus jadi partner dengan sifu-Nor Hazwani (Minnie Village)

Baru sekali turun training dan kali ini jugak buat saat kali nya sekali lagi terjebak dengan tournoument. Seperti biasa aku menjadi nervous, ini lah kelemahan nyata ku bila berhadapan dengan orang. Bukan tak biasa malah dari zaman2 ak buat presentation lagi. Mungkin juga aku dikalangan golongan low-profile.[hahaha sempat memuji diri, masuk bakul angkat sendiri].

Walaupun saingan tidak terlalu menggerunkan, liga diantara 4-4 group kami tetap maintain champion tue[nasib sifu sangat cool]. Bila teringat boleh tergelak, sifu yang menjadi partner boleh pulak seperti mengajar anak sedang bermain.

Ini lah sebahagian kata2 keramat seorang sifu dari awal permainan sehingga menobatkan kami sebagai juara:
1- Iba, dok jaga depan line je
2-Ok iba, good boy-bila pulak aku tukar jantina[aduhhh sifu dh cuak sebenarnya]
3-Buat betul2, wani tak boleh nak tlg bila diorg serve, iba kena amik jugak
4-Serve elok2, depan sikit iba
5-Kalau belakang jgn amik tak pun tunduk nanti kena kepala.

Wednesday, May 19, 2010

Selection Futsal

Malam nie, ada selection futsal utk wakil mmhe ke karnival keluarga petronas Jun nanti. Nampaknya lepas nie tak boleh lah nak main free lagi. Lepas nie just join Geng Langau je.

Tujuan utama mengaktifkan diri dengan bersukan[aktif ler sangat]:
1. Utk release tension, keje2 saje xda life la kan
2.Team yg sangat best->langau2[bees] yang di import dari Procurement, design & WSD.
3. Sebagai gaya hidup sihat

Aku bukan harap sangat nak main ke KL lebih sekadar suka2 n entertainment style je. Kpd kawan2 ku yang mengharap terutama zatul, main betul2 malam nie ye, kitorang sokong ko AFUNDI Zatul

Sunday, May 16, 2010

lepas futsal?

Lepas ni dah jadi macam aktiviti mingguan. Tiba2 berminat sangat ngn futsal. Mungkin team member best2, makin lama makin sayang dengan kompany aku nie, Makin sayang nak tinggalkan. Ya allah sesungguhnya telah kau catatkan rezki ku disni.

Belum habis bahang futsal antara GENG POLIS vs GENG LANGAU, muncul pula badminton. Eh ni gara-gara Lee Chong Wei ke?

Saturday, May 15, 2010

Kpi oh Kpi

Seminggu 2 nie, mungkin entry yang menarik perhatian adalah berkisar dengan KPi. Kpi, Kpi oh Kpi. Dimanakah keadilanmu wahai Kpi? Bagaimana kamu menjustifikasikannya? Adakah benar Kpi terikat dengan quota yang menjadi panduan kamu? Sejauh manakah ketelusan Kpi ini? Nasihat saya kepada mu wahai Kpi, jangan lah sampai ia memakan tuan, duri dalam daging patut dihindarkan. Hidup Kpi