Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

Wednesday, April 28, 2010

“ToKoH MeLAyU TeRBiLanG”

Untuk dikongsi bersama:-
Baca artikel ni sampai habis, Semoga lebih ramai orang Melayu yang beragama Islam berbudi seperti ini.

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

L/belakang Syed Mokhtar
- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg.Pelepas ,BERNAS
Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini
sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke

Tokyo,London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak New York dan bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan
kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya
bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22.

Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula.

Ada cara boleh kita buat.Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab

sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Thursday, January 14, 2010

Teck Soon & Bobcat

Sebahagian kerja-kerja aku sekarang nie menguruskan Supplier's claim yang berkaitan dengan Division aku. Kalau ada apa2 kebiasaanya contractor akan refer kat aku. Maka tersebutlah kisah[hihihi, ayat zaman klasik] satu contractor ingin menuntut claimnya. Masa tue aku baru berkerja dan tak kenal ramai orang. Untuk mengingat seseorang aku akan gelarkan orang tue dengan nama yang mudah. Aku gelarkan contractor nie Pakcik Shahrul, sebab aku tak tau nama dia.

Dipendekkan cerita, boleh kata kan dua hari sekali Pakcik Shahrul nie akan cari aku, dia memang seorang contractor yang gigih, berusaha sedaya upaya untuk bertanyakan status claimnya. Walaupun dia pasti jawapannya belum lagi & tunggu dulu. Dia nie dah tua & ala2 kelakar la, tengok gaya jalan pun dah macam apek-apek[tapi sebenarnya tauke tau]
Selalunya, bila dia masuk je office aku dari bilik kaca tue dia mesti dah angkat tangan kat aku[kadang-kadang naik lemas].

Sampai la satu masa, aku kat tempat Mus, Pakcik Shahrul nie berusaha cari aku. Aku & Mus dari jauh dah nampak, then kitorng buat-buat menyorok, tapi pakcik Shahrul nie nampak jugak kitorang. Apa lagi tergelak besar la kitorang tak berhenti-henti. Itulah kisah Pakcik Shahrul. Sekarang aku dah tau nama dia Mr Teck Soon. Dia nie Bobcat supplier. Sapa-sapa yang tak tahu Bobcat inilah dia rupanya.

Sunday, December 20, 2009

Cakap Serupa Bikin

"Walk as you talk"

Bila ia diterjemahkan serupalah dengan "cakap serupa bikin". Inilah salah satu orang kita susah nak tunaikan. Bukan tak ada orang yang sebegini tapi bilangannya masih boleh dikira dengan jari.

Orang yang diketegorikan macam inilah selalu yang dicari lebih-lebih lagi golongan usahawan dari sekecil-kecil perniagaan sehinggalah ke dunia koporat. Memang di nanti-nantikan kedatangan orang yang sebegini..

Thursday, December 17, 2009

JB-KL-JB

Bila selalu berulang alik dari JB-KL or KL-JB dah rasa macam dekat je. Ada masa terluang sudah pasti ingin balik Shah Alam. Kalau kena masanya paling cepat boleh sampai KL kurang 4jam, itu pun ikut nasib-nasib.

Di Larkin bustation terlalu banyak "ULAT"[istilah untuk penjual tiket haram]. Ulat-ulat ini selalunya menipu, kalau cakap 10 perkara yang betul cuma 23 sahaja. Walaupun dah banyak kali balik ke KL aku pun tak terlepas dari ditipu ulat. Pokoknya, sampai KL sudah ler, tapi pernah sekali tue, aku mengamuk dengan ulat nie, samapi dia pun tak tahan, then pulangkan balik duit aku.

Kadang-kadang kecian, tapi cakap la betul2 kalau nak orang percaya, setakat 2-3 ringgit lebih tue tak jadi masalah pada aku, tapi jangan la menipu, nanti orang dah tak nak naik bus dia lagi. Hari nie aku jumpe dengan Uncle Kok, aku rasa percaya dengan kata-kata dia, dia kata kalau tak jam dalam 3 1/2 -4jam dah sampai KL. Aku pegang kata-kata apek nie, saje nak tengok orang kita bisnes Vs orang dia bisnes. Kalau betul, memang ler lepas nie aku akan jadi regular customer dia. Mari kita tunggu & lihat.@#@#

Saturday, December 5, 2009

GSM Mobile-myiman

Tanpa dirancang, lepas saje safety talk terus g koperasi. Koperasi MMHE memang ada jual pelbagai HP . Harganya boleh tahan & berpatutan dengan harga2 dipasaran. Punya belek2 pamplet & new hp, rasa sangat tertarik dengan model myiman. HP nie complete dengan digital Al-quran Features. Antara digital Quran features adalah seperti:
  • Digital holy Quran text & audio (114 surahs) arabic text by Othman Font
  • Recitation by sheikh sudias & shuram
  • Duaa khatam al-quran & 99 names of Allah
  • Qibla direction of all major cities in the world
  • 28 languages Quran translation
  • 9 hadith books
  • Salat times with Adhan alarm
Manakala ciri2 HP pulak seperti:
  • GSM 900/ DCS 1800 / PCS 1900
  • Dual SIM cards
  • True color TFT LCD, touch screen
  • Bluetooth, FM
  • 1.3 mega pixels camera
  • MP3 & MP4
  • Support T-flash card
HP ni sesuai utk kegunaan sendiri, tapi kalau dah ada 2 @3 HP xperlula beli. Sangat sesuai utk di hadiahkan pada parents, suami@isteri @ pada staff2 kita(hehehe sebab bos aku pun beli).

Monday, November 9, 2009

Nur Art & Craft


Nak buat promotion sikit pasal business sahabat baik saya.Business nie telah di usahakan secara perkongsian dengan kakak dia. Macam2 dia jual, kebanyakan barang adalah berasaskan HOMEDECO, HIASAN HANTARAN, GUBAHAN BUNGA & ETC. Aisha@Shaman juga menyediakan perkhidmatan "door to door services", memang sesuai ngn suri2 yang tak berkesempatan utk keluar rumah.Harga2 yang ditawarkan sangat berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. feel free to surfing her blog. [Click Here]

Sekiranya berminat, bole la menghubungi Aisha@Shaman di talian 017-6841470.Perniagaan nie bertempat di Setia Alam / Rantau Panjang, Selangor.

Thursday, November 5, 2009

Car Wash

Baru sebulan aku amik service ngn uncle nie utk cuci kete aku every week. Mula2 ak cuba buat 2 kali, sekali cuci $5.00. start bulan lepas ak mula amik bulanan, sebab uncle nie dia charge sgt murah. Hanya $17.00 sebulan (4x sebulan).. ....

Sejak aku kenal uncle nie, kete aku sentiasa bersih, seawal pagi uncle nie dah cuci kete aku, Biasanya ak g keje dalam 7.15pg, mesti dia dah siap cuci. Cuma kadang2 je kalau ak keluar awal dia x siap lg cuci.....

Walaupun dia dah berumur ak bangga tenguk dia. Dia x mengharap pun orang lain. Pernah sekali aku borak ngn dia (masa tue dia dah terlambat cuci),1 hari dia bole cuci average dlm 20 buah kete. Bayang kan kalau 20buah dia dah bole dapat $100/sehari. Modal dia yang ak nampak cuma sabun, span, tyre wax & polish chemical. Macm baldi aku tengok dia pakai waste paint. Air dia amik free je kat tepi rubbish collection.
**Moral:kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau kita
ada usaha nak buat sesuatu, insyaallah berjaya dengan pertolongan yang Maha
Kuasa....








*Warga tua yang gigih mencari rezeki*









*Dengan basikal tua nie dia dapat $$$*










*Gross income= fresh graduate salary*