Friday, November 27, 2009

Syukur

Dalam kehibaan menyambut kedatangan Aidiladha terasa penuh kesyukuran mempunyai keluarga, sahabat handai serta kenalan sekeliling. Bertapa pentingnya insan-insan ini dalam kehidupan kita. Bukan sekadar kekasih sahaja perlu ada dalam ruang hati kita, tapi kita seharusnya memberi ruang pada insan-insan sebegini.

Kebesaran tuhan tiada tandingnya, sudah pasti akan janji2 tuhan pada kita: "Berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan". Ia juga senonim dengan pepatah melayu: "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Ringkas & mudah 2 kata-kata ini. Tapi membawa makna yang sangat mendalam.

Takbir Bergema Lagi

10 Zulhijjah kembali lagi
Gema takbir di corong radio menambat hati
Alunan syahdu memuhasabahkan diri
Tidak terhitung dosa-dosa lalu

Keheningan malam memukau pandangan
Terkenangan kisah-kisah lampau
Tanpa di duga tanpa di sangka
Memory 2002 segar dalam ingatan

Peristiwa yang sama kembali lagi
Beza cuma tempat & waktu
Dulu jauh ke utara tanah air
Kini di penghujung selatan

Hari berlalu terlalu pantas
Tanpa menunggu sesiapa saja
7 thn dahulu bersama rakan seperjuangan
Tapi kini bersama rakan sematlamat

Tanpa diduga dengan akal fikiran
Bertapa besarnya keagungan tuhan
Dia lah yang maha pengasih maha menyayang
Mengetahui & menyusun yang terbaik untuk hambanya

Tersedar dari dunia hayalan
Kadang-kadang angan-angan nenjadi kenyataan
Pastinya kenyataan adalah kebenaran nyata
Tanpa muslihat dari sesiapa saja

Hening sungguh angin subuh
Sehingga menusuk ke kalbu
Bersyukur pada pencipta
Dapat merasai suasana ini kembali.......

Tuesday, November 24, 2009

Kalaulah!

Kalaulah di hitung dengan jari hampir sempurna angka 10 bulan. 10 jari pelengkap 10 bulan menempuh hari-hari suka duka sebagai insan yang meniti kehidupan. 10 bulan jugak bukanlah sesuatu yang sekejap dalam kalender harian kita. 10 bulan = 300 hari = 7200 jam = 432 000 minit = 25 920 000 saat. Sesuatu yang sukar di terima akal bila mana kita terlalu banyak masalah.

Kalaulah di hitungan tanpa kewajaran yang nyata, mungkin boleh jadi gile. Malah macam-macam lagi tindakan luar kawal yang boleh mengganggu kita. Hanya secebis IMAN & sedikit TAQWA dalam diri yang mampu memberi kekuatan pada kita untuk mengharunginya.

Kalaulah di beri kebenaran untuk kembali ke 10 bulan lepas, belum pasti apa yang kita impikan akan tercapai. Sesuatu yang kita tidak pasti akan kebenaran & susun atur hidup ini.Terlalu banyak yang tersirat dari yang tersurat.

Kalaulah di beri peluang kedua, belum pasti peluang itu menjanjikan kebahagian serta menurut citarasa kita. Mungkin jugak kita akan tersalah membuat pilihan. Mungkin juga kita akan menyesal seumur hidup. Tetapi kita harus PERCAYA & YAKIN bahawa segala sesuatu yang terjadi adalah ketentuan ILAHI.

Saturday, November 21, 2009

Kecekalan Hati Seorang Wanita

Kagum sungguh melihat ketabahan & kecekalan seorang wanita yang mencari rezeki untuk membantu suami mencari nafkah keluarga. Apatah lagi, melihat kecekalan seorang ibu yang menjadi tulang belakanag anak-anak. Kagum & kehairanan bagaimana hati seorang wanita y sekelumit itu mampu menanggung semua ini?

Ya! kehairanan ini semakin memuncak apabila melihat wanita-wanita ini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dikalangan golongan Adam. Lebih-lebih lagi dikalanagan suasana kerja yang sangat mencabar. Tidak semu lelaki mampu untuk bersaing di dalam industry “oil & gas” ini kan pula seorang wanita bergelar ibu. Tidak dapat bayangkan bagaimana mereka berusaha gigih untuk mencapai matlamat & kepuasan kerjaya.Pada saya bukan senang untuk mendaki ke puncak kejayaan, lebih2 lagi mereka bersaing di kalangan organisasi yang besar.

Semua sedia maklum, tekanan kerja dalam organisasi sebesar ini tidak sama dengan tekanan di dalam organisasi yang kecil. Ia terlalu jauh bezanya seperti langit & bumi. Pelbagai ragam dapat di lihat dikalangan pekerja itu sendiri. Dari pangkat yang bawah sehingga la pangkat yang paling tinggi. Cabaran & halangan kadangkala menuntut pengorbanan untuk kita lebih sabar.

Ada masanya, kita terlalu emosional dengan cabaran di tempat kerja. Kita ambil jalan singkat untuk lari dari masalah. Dengan pelbagai asalan seperti berhenti kerja, ambil MC & kadang ambil EL kalau2 xdapat MC. Kadangkala kita x professional dalam hal kerjaya. Bukan senang nak senang, ia menuntut 1001 kesabaran, ketabahan & kecekalan untuk maju ke depan. Bila kita terlanggara batu baru kita terngadah. Tapi itu lebih baik dari kita terus lena di buai mimpi, kisah2 dongeng & etc.

Ambillah ikhtibar dari kisah suka duka rakan-rakan kita di tempat kerja. Bagaimana meraka mengukir nama meniti kejayaan mereka hari ini. Teringat pada iklan PETRONAS lakonan Hafsam " Kita kena jalan kedepan....."

Sunday, November 15, 2009

Paintball

Kali nie kejohanan Paintball MMHE berlangsung di Taman Rekriasi Skudai. Wahh memang best la, sebab kali ini di buat dalam Hutan Kelapa Sawit. Adventure giler.

Officemate aku: Azizi (Capt.), Syafri, Mustaffa (Mus), Asri & Nina masuk perlawanan ini dengan nama friendly Fire..hehehe kalau guna nama Team Babat mesti diorang menang. Diorang kalah time liga set, 1st game kalah teruk, semua mati. 2nd game ada peningkatan & 3rd game diorang menang.

Kali nie capt. & Asri pandai mengatur langkah, tapi sayang capt terjatuh masa nak amik bendera. Kalau tidak memang dah menang la.Syabas bebeh, korang memang hebat..(walaupun kalah tak dapat masuk semi final). Apapun, kitorng enjoy dengan game tadi, kalah menang adat la kan. Tak payah nak emosi2 janji dpt release segala bala masalah.


Friday, November 13, 2009

"JaGa-JaGa"

Untuk makluman semua yang masih berkerja makan gaji+terima duit tiap2 bulan dari company, tak kira apa sekali pun jawatan yang disandang i.e clerk, manager, executive, supervisor, GM even MD/CEO, anda semua masih tertakluk kepada Code of Conduct. Secara ringkas, anda masih terikat dengan:

1- Rahsia company
2- Dokumen2/profile company
3- Reputation company

Semua di atas adalah tanggungjawab setiap pekerja untuk menjaga nama baik company. Segala maklumat adalah "private & confidential". Ia merupakan satu kesalahan besar sekiranya kita mendedahkan kepada awam serta berkemungkinan akan di ambil tindakan disiplin.

*sayangi la company anda.

Thursday, November 12, 2009

Mentor + Car Breakdown = Headache

Today, at 08:30 until 17:00 only selected staffs are invited to "Relationship Building Mentors & Mentees Program". This program held at Tangjung Puteri Resort has been organized by HR Department.

Selected mentor which is those who are in SG24 and above and most of the mentees are in SG21.Frankly, I'm very happy with this program because i got a best mentor(kalau dapat mentor yg K.O mesti xbest & agak bosan).Every mentor got two mentees. My mentor En Azizan (forgot his father's name, sorry ye en azizan) from Legal department very friendly person. Within shortest time during kick off meeting, it can be concluded that he can be part of motivator, counselor, consultant, coach & may be a friend. Hopefully i can learn as much as possible from him especially for career future.

Bit sadly, after the program end my KANCIL was breakdown(nasib baik ada man & faizal). They delivered me at home & now my car still at workshop. Many things to think just now, i'm become headache.

Wednesday, November 11, 2009

Maintenance Management @ Construction Economic?

Dreaming to doing a Master in Maintenance Management or construction Economic in near future? Isn't both course are offer by our local university? I'm not very sure that our local university are offered both course. If have, may be by doing a research.

Isn't it compulsory to have a Master degree to boost up your career? or part of self satisfactory to have master? the most importance things is what you want to be? what are your goals/aims for your further life/career?

Haaaaaaaaaaah start thinking of that...:-)

Tuesday, November 10, 2009

Pressure.................

Arghhhhhh.....
hari nie rasa macam tersangat pressure, tapi hidup perlu di teruskan. KERJA? memang macam tu kot, ada masa O.K ada masa K.O, ada masa SERONOK ada masa BUSAN, ada masa rasa office tue macam MMHE dihati ku ada masa macam Tong Sampah Div & ada masa macam nak sehidup semati je ngn company aku sekarang.

Environment kerja keseluruhannya best, kawan2 serta staff kat sni baik2, relationship bonding between each other very2 strong. apa perlu buat, pada aku layankan je flow dia sekarang, ikut & layankan je apa yang berlaku. tapi aku sangat tertarik ngn statement kawan aku ni "APA NAK BUAT DEMI SESUAP NASI" dan aku menambah "APA NAK BUAT HIDUP PERLU DITERUSKAN"

Monday, November 9, 2009

1st Ramadhan

Negeri Johor cuti sempena Awal ramadhan , tapi Nuzul Quran tidak cuti. Kalau di Selangor sebaliknya yang berlaku. Peluang cuti hujung minggu aku plan memang nak balik Kampung. Konon2nya nak sambut ramadhan & berbuka puasa bersama keluarga. Impian aku akhirnya tercapai.Petang tue, kami sekeluarga berbuka di rumah nenek, emmm macam2 lauk ada, rezeki berbuka magrib tue terlalu banyak.Alhamdullilah, rezeki Allah bagi melimpah ruah.

Biasa ler, bulan2 puasa, siang hari kurang sikit aktiviti kalau nk dibandingkan dengan bulan2 lain. Pagi tue dpt sms dari Cik Pumpkin” Ko free x? jom ikut ak g Gold course morib, ak teringin sangat”.Masa tue memang tak da plan lagi, aku pun bersetuju tapi dengan syarat CIK PUMPKIN kena amik, sebab aku balik naik bus, so kurang transport la kat umah, masing2 guna kereta.

Perjalanan ke Morib mengambil masa 45 minit (hihi nie kira cepatla sebab BHK bawak macam F1). Bila sampi morib rupa2nya Gold Course Resort tue under construction lagi, belum pun siap. Tapi signboard dh merata kitorng jumpe, mati2 ingat dah siap la. Untuk tak menghampakan cik PumPkin, kitorng lepak kat tepi pantai morib. Memang syok abis, orang pun x ramai, angin sepoi2 memang kuat ler, fuyoooo best giler tue,, rasa hilang sekejap beban2 kat opis. Baru la rasa gaya hidup yang sihat.

*Memandangkan Cik Ayu@Pumpkin duduk berdekatan ngn umah aku, dia lah yang selalu & rajin amik aku bawak g jln2. Terima kasih -QS Ayu-