Thursday, January 14, 2010

Teck Soon & Bobcat

Sebahagian kerja-kerja aku sekarang nie menguruskan Supplier's claim yang berkaitan dengan Division aku. Kalau ada apa2 kebiasaanya contractor akan refer kat aku. Maka tersebutlah kisah[hihihi, ayat zaman klasik] satu contractor ingin menuntut claimnya. Masa tue aku baru berkerja dan tak kenal ramai orang. Untuk mengingat seseorang aku akan gelarkan orang tue dengan nama yang mudah. Aku gelarkan contractor nie Pakcik Shahrul, sebab aku tak tau nama dia.

Dipendekkan cerita, boleh kata kan dua hari sekali Pakcik Shahrul nie akan cari aku, dia memang seorang contractor yang gigih, berusaha sedaya upaya untuk bertanyakan status claimnya. Walaupun dia pasti jawapannya belum lagi & tunggu dulu. Dia nie dah tua & ala2 kelakar la, tengok gaya jalan pun dah macam apek-apek[tapi sebenarnya tauke tau]
Selalunya, bila dia masuk je office aku dari bilik kaca tue dia mesti dah angkat tangan kat aku[kadang-kadang naik lemas].

Sampai la satu masa, aku kat tempat Mus, Pakcik Shahrul nie berusaha cari aku. Aku & Mus dari jauh dah nampak, then kitorng buat-buat menyorok, tapi pakcik Shahrul nie nampak jugak kitorang. Apa lagi tergelak besar la kitorang tak berhenti-henti. Itulah kisah Pakcik Shahrul. Sekarang aku dah tau nama dia Mr Teck Soon. Dia nie Bobcat supplier. Sapa-sapa yang tak tahu Bobcat inilah dia rupanya.

Wednesday, January 13, 2010

Rukun

Islam

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

Iman

1. Beriman dengan Allah Subhanahu wa Taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Tuesday, January 12, 2010

Rukun Iman ke-6

"PERCAYA QADA' & QADAR"

Sebagai umat islam yang kerdil lagi kan hina, kita seharusnya beriman & percaya kepada Rukun Iman. Bukan setakat 5 Rukun Islam yang wajib kita ketahui. Malah Rukun Iman jugak penting untuk kita. Pendek, tepat & padat ayat ini "PERCAYA QADA' & QADAR" memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. Ada masanya kita tidak dapat menerima sesuatu yang telah ditakdirkan, kadangkala kita begitu mudah untuk menerima sesuatu takdir tuhan. Mungkin jugak keteguhan iman kita sentiasa di mainkan syaitan durjana. Ya Allah, jadikan aku seorang yang menerima dengan hati yang terbuka setiap apa yang Engkau telah takdirkan buat ku. Amin...................

Monday, January 11, 2010

Salahkah Faisal?

Cuti hujung minggu ini Faisal menghabiskan masa di kampung halaman. Tidak disangka kembaranya menuntut ilmu 3tahun dahulu sudah tamat. Baru rasanya semalam ibu & adiknya menangis menghantar dia ke lapangan terbang. Sebak rasanya ketika itu, meninggalkan ibu & adik yang perlukan perhatian seorang anak lelaki & seorang abang. Kata-kata ibunya masih terpahat di hati "Faisal, ibu merestui mu nak, jangan risaukan kami, cita-cita kamu kebahagian ibu nak". Tidak mungkin dilupakan kata-kata keramat itu. Niatnya hanya satu untuk memberi kebahagian kepada keluarga sementelah sejak kecil ibu dan ayahnya telah berpisah.

Petang itu sambil berjalan-jalan di tepi sawah milik arwah datuknya, dia menemui kawan yang sekian lama tidak bersua. Amran lah tempat dia mengadu suka duka, kawannya sewaktu di sekolah menegah lagi sehingga kini. Walaupun persahabatan mereka terpisah antara dua benua, keakraban mereka tidak dapt disangkal, umpama isi dengan kuku, di cubit peha kanan peha kiri terasa sakit. Amran kini bertugas di ibu kota, memegang jawatan Pengurus Projek Binaan. Dia bangga dengan sahabatnya itu, tidak berubah sedikit pun sedari mereka mula mengenali.

Terlalu merindu zaman remaja, petang itu mereka menghabiskan masa di Warung Pak Su. Warung Pak Su menjadi kegilaan anak bujang kampung ketika itu, kini anak sulung Pak Su mengambil alih usaha-usaha Pak Su. Baru saja duduk, tut, tut.... bualan mereka terhenti seketika, "Peja, jom teman aku ke bandar sekejap"

Dia rasa bersalahuntuk menjawab sms kawannya itu, hendak ditolak itu juga kawannya, hendak diterima dia baru saja nak bermesra dengan kawan karibnya. Lagi-lagilah mereka baru saja berjumpa. Dia biarkan saja sms kawannya tanpa di balas, dia keliru untuk membuat pilihan. Kalau di iukutkan hatinya, hendak saja dituruti kedua-dua permintaan sahabat-sahabatnya. Tapi apakan daya, dia insan kerdil, tidak mampu memuaskan permintaan semua dalam satu masa. Hatinya terdetik, biar masa & keadaan yang menentukannya. Fikirnya untuk membalas kemudian, untuk tidak mengguriskan hati sahabatnya.

Sunday, January 10, 2010

Lambaian Terakhir

Pagi itu, kedengaran suara Hj Brahim terbatuk-batuk tidak henti-henti. Dari dalam jendela rumah, kelihatan kelibat anak-anak Hj Brahim memasuki perkaranagn rumah. Hati ini, terdetik apa yang terjadi kepada keluarga Hj Brahim tetapi membiarkan ia berlalu pergi. Harith masih terpaku didalam bilik, melihat keadaan itu berlalu tanpa bertindak, dicapai kembali pena sebentar tadi, menyambung beberapa kalimah penutup bicara. Harith begitu yakin untuk menghantar bukunya kepada editor sebelum tibanya Awal Muharram. Terniat dihatinya untuk membawa keluarganya bercuti. Tidak banyak yang perlu selesaikan, cuma mengemaskini hasil yang terakhir.

Humairah sibuk didapur, menyediakan sarapan pagi untuk keluarga. Maklumlah, dihujung minggu ini masa yang sesuai untuk berkumpul ahli keluarga. Walaupun menyediakan menu yang ringkas, Humairah tetap berusaha gigih memberi layanan yang terbaik untuk suaminya serta dua permata hatinya yang sedang membesar. Rutin hariannya tidak pernah dilupakan, selesai saja solat subuh, pasti Humairah sibuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan suaminya tidak pernah menawarkan pembantu rumah untuknya, tetapi Humairah lebih selesa melakukan sendiri.

Si kecil Aiman dan Adillah masih nyenyak tidur di kamar masing-masing. Pastinya dihujung minggu mereka bangkit lewat. Maklumlah, menikmati cuti sepuas-puasnya. Lebih-lebih lagi sentuhan dalaman bilik meraka hasil ilham ibunya sendiri. Seorang Juru Hiasan Dalaman yang sangat dikenali di daerah mereka. Anak-anak menumpang glamour nama ibunya, Humairah banyak meyumbang idea-idea untuk sekolah anak-anaknya. Kalau tidak di kejut oleh Humairah, pastinya sicilik mereka bangkit melepasi matahari di puncak langit. Anak-anak mula bangun bila si ibu mengetuk pintu masing-masing.

Faham sangat dengan karenah si suami. Humairah membiarkan suaminya menyudahkan kerja-kerjanya. Walaupun makanan tersedia dihidang, si isteri tidak jemu menanti si suami turun bersarapan. Minat Harith untuk menghasilkan buku-buku rujukan kepada pelajar-pelajarnya semakin membara bila mana majikannya menganugerahkan Prof. Madya pada Harith. Satu usaha yang dibayar atas segala pengorbanan & usaha gigihnya selama ini. Itulah salah satu minat Harith mencintai ilmu-ilmu. Kalau di ungkap nostalgia lama, dia bukanlah dikalangan pelajar cerdik, tapi Harith begitu yakin dengan prinsipnya "Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Usaha tangga kejayaan". Berpengang teguh dengan prinsipnya, Harith mendaki puncak kejayaan sedikit demi sedikit.

Anak-anak mula gelisah kelaparan, memanggil-manggil si ayah untuk bersarapan bersama. Dari ruang atas rumah banglo dua tingkat itu, si ayah bersuara "tunggu sekejap, ayah turun nie". Aiman, Adillah dan Humairah sudah mengambil tempat masing-masing di meja makan, sudah tidak sabar untuk menjamu selera, menu istimewa hujung minggu, menanti si ayah untuk makan bersama. Tiba-tiba pintu rumah di ketuk, kedengaran suara orang memberi salam. Suara itu biasa didengarnya, sayup-sayup berlalu. Harith menuruni anak tangga, lantas dibukanya pintu. Salman, anak Hj Brahim dihadapannya. Kaki Harith lemah dan terpaku seketika. Tidak di sangka, bualan meraka malam jumaat lepas merupakan bualan yang terkahir. Teringat akan lambaian Hj Brahim melewati rumahnya selepas pulang dari masjid. Tidak diduga itulah lambaian terakhir Hj Brahim

Friday, January 8, 2010

Permataku

Wahai permataku Yasmin Hanie,
Engkaulah satu-satunya permata hati kami,
Sejak lahir hingga dewasa kini,
Kami besarkan kamu dengan penuh kasih sayang,
Bagai menatang minyak yang penuh,
Kami belaimu dengan penuh manja,
Segala permintaanmu cuba kami penuhi,
Kadangkala diluar kemampuan kami.

Wahai anakku,
Kami didikmu nilai-nilai murni,
Untuk kamu menjadi insan berguna,
Kami berusaha memberi pendidikan yang terbaik,
Untuk kamu maju selangkah kehadapan,
Kami penuhi hari ke harimu dengan kebahagian,
Untuk kamu nikmati manisnya nilai kekeluargaan.

Wahai anakandaku,
Ingatlah pesanan kami sebagai penyuluh hidupmu,
Belajarlah adat kita,
Budayakan bahasa kita,
Amalkan agama kita,
Pertahankan tanah air kita,

Wahai sayangku,
Bukan kecantikan paras rupa menjadi ukuran,
Bukan kekayaan harta benda menjadi buruan,
Malah menjadi harapan kami,
Biar cantik budi pekerti,
Biar kaya ilmu didada,
Untuk kau bahagia nikmati hidup di dunia & disana kelak,
Itulah yang menjadi kebahagian kami di alam sana,
Satu-satunya aset yang kami ada,
Bila kami pejamkan mata buat selama-lamanya.
Engkaulah zuriat yang kami tinggalkan.......


"Untuk anakku, belajarlah untuk mensyukuri nikmat tuhan selagi kita punya kemampuan untuk melalukannya. Belajarlah untuk menhgargai untuk kita rasa penuh syukur pada pencipta. Kini, dengan berat hati, kami bebaskan kamu, untuk kamu mengembara mengejar kejayaan, setelah kami laksanakan amanah ini, bawalah serta amalkanlah bekalan yang kami berikan, untuk panduan hidupmu di luar sana, agar kamu tidak sesat menuju destinasi nyata......."

Salam penuh kasih sayang,
Mama & Papa
University of Tasmania
Australia

Thursday, January 7, 2010

Hari ke-7

Memasuki hari ke-7 tahun 2010 sangat bermakna buat kita. Tanpa kita sedar, umur semakin meningkat[hanya angka yang tak perlu dirisaukan], dosa makin bertambah[sangat perlu dirisaukan], ajal semakin [entah bila di seru Illahi], pintu ke syurga semakin dekat[entah layak entah tidak], risiko penyakit kroni semakin dekat[macam2 penyakit zaman mellinium nie], tanggungjawab semakin besar[lagi berumur lagi banyak perlu difikirkan] & ........

Angka 7, sangat significant dalam diri, hari ke- 7 bulan April lahirnya insan kerdil dimuka bumi, hari ke-7 jugak genap seminggu kalendar harian, hari ke-7 membawa erti yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Manusia boleh mengungkap seribu kata-kata, tapi ia tidak dapat menggambarkan perasaan seseorang

Monday, January 4, 2010

Moga Bahagia


Selamat pengantin baru buat kak ley-are a.k.a zaleha ramli & suami[Hairul Shahri a.k.a ubiwankelubi]. Pembuka tirai perkahwinan 2010, moga2 nikmat berumahtangga menjadi milik kalian. yang paling penting dua2nya sama cantik sama hensem[xrugi kawen lewat, dapat yang paling puas hati] cayyya laaaa kak ley-are.

Seronok sangat dapat tengok kak ley-are bersanding, walaupun kitorang sampai lambat & kena hujan.

Imbas sedikit kenangan ASPURI 1996-1998, kak ley-are selalu bawak chocolate cadbury kat hostel. Memang puas makan la, maklum la aku 1 bilik ngn kak ley-are dari Form 1 bilik 4 & form 2 bilik 6. Dulu kitorang 1 geng memang baik ngn senior, masa tue kitrong form 1 & kak ley-are form 4. Bukan nak cakap besar la[bangga sikit je], kitorang kureng sikit rapat ngn budak2 1 batch, majoritynya semua ngn senior.

Kira aku ngn kak ley-are rapat la jugak, bertemu balik di Arau kak ley-are buat Dip. Accountancy & last jumpe dia bila aku kena buat assignment eco kat MBSA. Rupanya dia dah kerja ngn MBSA, Bahagian Kewangan, dah jadi orang gomen dah kak ley-are kita nie. Lepas nie xtau pulak leh jumpe kat mana, mugkin besar cuma dalam mukabuku aje.

Saturday, January 2, 2010

Cuti Tahun Baru



Lepas g majlis Kak Ley Are, kitorang g KL. Ada beberapa barang nak beli kat Jalan Hj Taib. Survey barang2 penting sikit. Bed ajak g Dataran Merdeka nak tengok Karnival Tahun Baru. Memang best kegemaran kitorang ada, dapat tengok tarian dari Istana Budaya. Ini lah aktiviti masa lapang bila berjumpa. Bed ambil kesempatan untuk menunjukkan bakatnya. Bed try uji bakat nak jadi pembaca berita TV1.


Bed minta tips dengan pengacara Selamat Pagi Malaysia

Teringat Tahun Baru 2008, bed, rin, shaman, yani & aku jalan2 round KL. Masa tue kitorang serba hitam, tapi tahun 2010 tinggal kita berdua saja.

Friday, January 1, 2010

2010!

Kebiasaannya tahun baru azam baru,
Bersemangat hanya di awal tahun,
Impian & matlamat dipasang di awal tahun,
Tapi sudahnya entah kemana.

Tidak perlu meletakkan azam terlalu tinggi,
Biar sedikit kehadapan asal mampu dicapai,
Dari terlebih kehadapan,
Tapi belum tentu dapat capai.

Tidak salah meletakkan matlamat yang tinggi,
Asal ada usaha untuk meraihnya,
Jangan asyik berangan-angan Mat Jenin,
Tapi dengan angan-angan membantu kita kecapi impian.

Salam Tahun Baru 2010.
Pena QS