Wednesday, January 27, 2010

-@- -@- -@-

Seandainya kita ditakdirkan untuk menjadi satu,
Walau jauh sekalipun kita tetap bersatu,
Seandainya kita ditakdirkan untuk tidak bersatu,
Walau dekat sekalipun kita tidak akan bersatu.

Soalannya, seandainya kalian bijak bestari, sila tukar ayat ini mengikut citarasa Karam Singh Walia [Wartawan berita & alam sekitar TV3 yang sangat glamor].

Tuesday, January 26, 2010

Sijil Premium

Adakah Premium BSN ini menguntungkan? Ada sapa2 tahu lebih lanjut. Ada sapa2 pernah buat? Ada sapa2 pernah dapat Merc Benz? BMW? Persona? Apa lagi hadiah cabutan BSN? Macam mana pulak probability untuk menang? Untuk dapat? Apakah kelebihan sijil ini? Apakah yang paling 'Nyata' ? Ada sapa2 boleh bantu? Bagi pendapatan? Silap bagi pendapat? Dari hukum hakam agama adakah ia sah?

Mari kita cuba! Tengok hasilnya dalam masa setahun ini. Secara logiknya tidak menguntungkan. Kenapa? Sebabnya mudah saja:
  1. Duit tak banyak, dapat sikit je no yang dibeli, jadi kemungkinan besar tidak dapat ler tuah nye, mungkin dapat jebat nya sahaja.
  2. Dalam masa setahun, kalau simpanan kurang dari 2k tak dapat apa2, baik simpan kt bank cap ayam pun bole dapat dividen.Hihihi. Setakat $50 tak payah la nak harap, untuk buat experiment bolehlah la kan beb, untuk suka2 je.
Tapi terpulang pada individu samada percaya @ tidak? Nak buat @ tak?

Dan akhirnya aku jugak terpengaruh...tapi untuk suka2 je & experiment



*Pegawai BSN yang cun, sangat komited dengan tugasnya di hujung minggu




* Mari kita tengokkkkkkkk.....sapa yang kena?

Sunday, January 24, 2010

Bakat Terpendam


Nie kisah seorang kawan aku, budaknya seorang yang baik, sopan santun & lemah lembut. Kadang2 terlalu lemah lembuat kitorang bahasakan dia 'lemah lembap'. Kecian cik bebet nie, nama bebet glamor selepas sekolah.

Zaman jahiliah kat hostel dulu glamor ngn nama 'Bed Otai' [Klik disini], sebut je nama bed, satu aspura & aspuri dah tau dah siapa empunya diri. Kalau korang tengok bed nie macam tak percaya je keOTAIannya sewaktu di asrama. Dia lah ketua segala ketua, kalau bab-bab lawan AJK hostel sudah pasti dia lah orang yang paling berani. Syabas bebet, kau seorang cakap serupa bikin.

Sejak bila la pulak dia dah minat ngn aktiviti2 macam tarian, ghazal & gamelan. Kalau korang nak tau masa kt UUM dia begitu aktiv dengan kumpulan gamelan universiti, selalu buat function untuk konvokesyen.

Saturday, January 23, 2010

seakan serupa

"Xtau la"
"Aku xtau ler"
"Aku xth la"

Terlalu buntu untuk mendapatkannya, dengan ringkas taip saja sms kpd kawan2. Mana la tau diorang dapat membantu di saaat kita sendiri runsing untuk menyelesaikannya. Dengan pantas sekali, persoalan ini terjawab, malangnya masih tidak temui penyelesaian. Setidak-tidaknya mereka ini membantu dengan memberi jawapan yang tepat samada 'TAHU' @ 'TIDAK'. Ketiga2 jawapan di atas membawa maksud yang sama, bezanya cuma penulisan. Dengan erti kata lain mereka menjawab soalan dengan TEPAT & RINGKAS. Terima kasih kawan-kawanku.

Friday, January 22, 2010

Nikmat Tuhan

Bagi manusia biasa macam kita-kita ini, kadang kala kita lupa untuk mensyukuri nikmat tuhan yang begitu banyak di anugerahkan kepada kita. Seringkala kita lalai dengan keseronokan dunia.

Bersyukurlah diberi nikmat hidup yang sempurna, terlalu banyak yang perlu kita syukuri. Tuhan beri kita macam-macam[lebih dari astro], negara yang makmur jauh dari bencana alam, dari peperangan yang berpanjangan malah rezeki buat kita yang mencukupi.

Konsep bersyukur: Berterima kasih kepada pencipta dengan apa yang kita ada, berdoa dengan apa yang di anugerahkan dan yang paling penting memandang sedikit kebelakang apa yang kita ada. Selagi kita memandang terlalu kehadapan selagi itu kita sukar untuk melahirkan rasa bersyukur kepada Tuhan kita.

Contohnya: Kalau hari ini kita tinggal di Terrace house 200K sudah pasti kehidupan kita selesa. Pandanglah sedikit kebelakang untuk rasa penuh syukur dengan membandingkan ada lagi orang-orang yang tidak punya rumah, masih tinggal di setinggan-setinggan di pusat bandar. Jangan lah pula, kita mahu lebih dari itu pada kadar kemampuan kita. Selagi kita membandingkan dengan orang yang tinggal di Semi-D @ Kondominium selagi itu konsep bersyukur kita lupakan.

Banyak cara untuk kita melahirkan rasa syukur pada pencipta, terpulang pada individu itu sendiri samada nak ke tak nak.

Thursday, January 21, 2010

Hampir hilangnya keistimewaan

Entah kenapa......hari ini start dari pagi macam2 hal yang kurang baik berlaku. Entah2 sebab pagi tadi g kerja tak baca doa selalu. Dah terlambat terus je reverse kereta. Bermula dari highway Pasir Gudang dah nak terlanggar kereta depan. Ak & kwn dah cuak, cuak giler la. Di tambah pula dengan macam2 hal pagi tue kat opis. Sampai beli meehon sup xsempat nak makan.

Kemuncaknya, tghari after lucnh, kira dah lambat 10minit macam tue, dekat main gate security, ada motor subcontractor[ Cik Man] tue berhenti, dari sidemirror aku perasan yang motor tue macam nak terjatuh kat aku, aku elak la & yang pasti aku memang perasan yang Cik MAn tue tak jatuh. Secara logiknya, bila tak jatuh & aku tengok dia ok je, dah tentu la aku jalan terus. Tapi sebenarnya Cik Man cakap aku dah terlanggar kaki dia. Rule kat mmhe: kalau terlibat dengan accident, dah tentu pass kereta kena tarik, kerete dah tak bole masuk yard. Ini lah satu2nya privillage kat cini. Kalau dah disqualify blacklist pulak tue. Payah lah, jawabnya kenalah menapak

Nasib menyebelahi badan, Cik Man tue subcontractor Syafri[budak opis aku]. Kira settle luar lani, Cik Man tak buat report kat security kalau tidak naya la susah hidup. Kalau kat luar accident ke apa just bayar je saman polis or JPJ, tapi kat cni hilang terus keistimewaan bawa kereta masuk yard. Susah hidup aku lau xda kereta. Kepada Cik Man, Syafri[walaupun sengal-sengal susu tipu aku mula2 tue], rida & member2 opis aku yang tuduh aku "LANGGAR LARI" terima kasih banyak2. Akhirnya pass sticker aku selamat. Cuak giler bebehhh.....

Wednesday, January 20, 2010

Panjang Umur Murah Rezeki

Flashback last 20 Jan 2009 [20012009] after office hour celebrated my friend's birthday at Kopitiam. Today, the day so cute 20 Jan 2010 [20012010]. Speechless to talk any more, it is just a sweet memory in my heart when now I'm faraway from her. Nothing special gift for her today, just send short email:

"wish u very sweet 25th year. May your dream come true soonest possible."


Tuesday, January 19, 2010

Kaulah

Untuk sahabatku yang dikasihi,
Terima kasih menjadi temanku selama ini
Pahit manisnya persahabatan telah kita lalui
Cuma yang tinggal hanya kenangan
Citarasa kita mungkin berbeza
Namun seperkara yang membuat kita sama
Kadangkala hati ini ego untuk mengakui
Hadirmu hanya pinjaman untuk aku bina kekuatan disini
Tidak dapat disanggah kuasa Tuhan membatasi segala-galanya
Akur pada hakikat dan ketentuan Illahi
Dalam perjuangan perlu ketabahan dan keteguhan hati
Betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan ini
Harapan ku semoga kau temui apa yang tersirat dihati
Doakan aku diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan disini
Hadiah yang terindah dan berharga dalam persahabatan
Adalah sebuah kepercayaan
Selagi ianya tidak di khianati, Insya Allah kekal abadi
Sesungguhnya kau lah sahabat, kau lah teman,
Selamat Berjuang Sahabatku…………….

Sunday, January 17, 2010

Basikal Tua

Balik KL hujung minggu nie, tak ada apa2 plan menarik kecuali nak tengok Ammar Faiq yang baru 10hari. Gambar2 comel Ammar Faiq tidak sempat di bluetooth dari HP mama dia. Nextime balik raya cina boleh la masukkan entry Ammar Faiq. Ahli keluarga ke-13 dalam family Al-Ghazali. Puas sudah melayan si kecil, petang tue sebelum balik Johor masa utk Bed & Ririn pulak. Tak ada plan nak ke mana, teringat pulak nak jalan2 kat Amcorp Mall, weekend biasanya ada Flet Market. Banyak shop jual barang2 antik.
Basikal merah nie koleksi terbaru, tak plan pun nak cari basikal tua, tup tup jumpa dan terus beli. Harganya pun berpatutan. Yang nie pulak, koleksi2 yang sedia ada.
Suprise 2 my lovely advisor ada jugak kat situ, dunia kita nie kecik aje, jalan2 tempat yang sama. Pukul 5 masih di PJ. Bila pulak nak sampai JB? Ohoho KL-JB macam dekat je, dah la isnin tue keje. Memang malas rasa nak balik JB, sambung pulak lepak kat A&W Jalan Pudu dengan Bed & Ririn smapi ke 7.00malam. Baru lah balik JB.

Friday, January 15, 2010

PROJECTOR

"Penantian satu penyeksaan........."

Memang benar simpulan bahasa melayu, projector yang di nanti-nantikan selama ini akhirnya dapat juga. Macam lagu kumpulan Exist "berkurun lama, ku nanti kan......."
Bila saja ada meeting, sememangnya menjadi masalah bagi kami untuk mencari projector. Terpaksalah buat muka kecian telepon sana sini untuk meminjam. Kalau nasib kurang baik, hampir satu yard kami mencari.
Sekadar bebarapa muka ceria staff TSD bila dah dapat projector nie[gambar diatas], patutlah susah nak dapat, model nie tak di pasaran terbuka. Hanya orang-orang yang banyak duit je mampu beli [special model:KURUN 2010i]