Saturday, October 23, 2010

Cuti-cuti Cinta


Jumaat malam? esok sabtu kerja- apapun aktiviti wanita tetap diteruskan. Bersuka ria selain bersukan. Malam itu tanpa dirancang semestinya menjadi dari asyik rancang berminggu2 sekalipun belum tentu menjadi.

Udik tiba2 ajak tengok movie cuti-cuti cinta-Yang lain tidak kisah-Plan asal cuma nak lepak2+ dayah masak2 jamu kitorang. Tapi plan A dah bertukar ke plan B. Melepakkan diri di JJ Tebrau. Agenda makan tak ada gambar la pulak.

Lepas tue, main netball. Memang gila! Berapa hengget la dah abis! janji enjoy. Hal2 stress semua hilang terus. Sambung pula pratis paintball esok. Tengok muka kawan2 aku sumer hepy terlebih sedangkan on the way tadi kusut masai.

-Dayah, Mus, Udik & Mai-

Komen sikit cuti-cuti cinta
Tak pernah suka tengok cite melayu & tak pernah minat tengok movie, tapi layankan aje untuk social time & life for enjoy. Cerita ringkas tempat pun kampung je kat morib sana tue, tapi boleh la best jugak. Banyak lawak & ayat terkesan "KESABARAN DIPERLUKAN DISINI". Boleh pinjam ayat nie untuk aku masuk consultant. "kesabarandiperlukan untuk melangkah kehadapan"

Thursday, October 21, 2010

sukan kembali

Last main badminton seminggu sebelum puasa, Sekarang puasa pun dah abis, raya pun dah abis, duit pun dah banyak berabis gara-gara shoping raya, hantu raya, lebuh raya. Kalau nak cerita sibuk hal kerja, sampai ke tua tak bersukan, sampai ke malam tak bersosial, sampai penat pun tetap macam tue.

Yeah yeeehaaa...aktiviti sukan sudah bermula. Semalam 20.10.2010 tarikh yang cun mula dengan futsal. Arini badminton, esok pulak aerobic tapi aku tak join. Hahaha tak minat nak tari2 tapi lau suruh tengok zapin aku ler yang no. satu.

Nantikan pula ahad ini, mmhe paintball. Tahun lepas terpegun tengok orang main, bullet2 abis di kutip di tepi2 semak. Kali ini tak lepaskan peluang maklum ler tahun akhir di mmhe. Takut memang semestinya sebab aku pun bukan menggemar aktiviti lasak cuma sekadar nak merasa. Mesti havoc punya ramai geng2 futsal & badminton join. Mari berentap kita tengok group sapa bakal juara.

Sunday, October 17, 2010

Cereta semalam


Belum ada waktu yang cukup untuk aku belek belog ini. Apatah lagi untuk mengikuti belog2 pilihan hati yang menjadi sumber inspirasi aku. Sejak sebulan lalu macam2 yang difikirkan. Tak apalah, hidup ini cuma satu pengembaraan yang tidak terhenti. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi. Macam2 ceritera aku dalam seminggu ini. Bila dapat peluang balik ke KL pasti aku tak senang duduk. Tiap detik & waktu ada saja program yang dirangcang.

Diary hidup aku sangat ringkas! Aku lebih gemar bersosial dengan keluarga, sahabat2, kawan2, teman2, kenalan lama dan kadang2 jugak dengan sesapa sahaja yang baru aku kenali. Cara kita mungkin berbeza, tapi seperkara membuat kita sama. Ini lah yang membuatkan aku semakin sayang dengan kehidupan aku di sana. Aku mulakan cerita ringkas ini:

09-10-10, Sabtu
Aku kerja seperti biasa, menghabiskan sedikit tanggungjawab [ayat biasa boss aku] sebelum aku cuti lama. Kali ini, aku memang terfikir nak cuti seminggu tapi khamis 14hb aku ada meeting. Best dapat sampai KL awal, aku terus ke jalan TAR. Memang niat nak bershopping tudung. Kali nie aku sorang2 shopping beli T-shirt, tudung, cadang & baju budak kecik 2 orang kat rumah.

10-10-10, Ahad
Plan asal nak tengok baby izan classmate lama time degree. Bila ingat izan teringat cerita tiket muzium $2.00 yang konon2nya mahal. Izan, sampai ke tua nanti aku pasti ingat kat mung pasal cerita ini. Semua plan yang dirancang terpaksa dibatalkan bila mana pagi2 itu cousin aku datang beri tahu yang pak cik aku sakit. Paralyze sebelah kanan. Cuak jugak time tue, alhamdulillah sebelum aku balik johor cik roslan dah ok, dah discharge pun.

11-10-10, Isnin
Shah alam-Mutiara Damansara-PJ-Putrajaya-Mutiara Damansara. Menghabiskan masa bersama Cik ferry. Macam2 aktiviti yang dibuat & akhirnya ke opis KDN, mencari mangsa untuk kerja2 karut marut cik ferry. Yang peliknya, semua akan menjadi bila aku bersama dia. Dia memang pandai mengarut tapi itulah yang membuatkan aku tersenyum dikala keseorangan. Aktiviti lepaking dari pagi-petang terasa sangat2 berbaloi. Yang pasti cik ferry meninggalkan khazanah QSA yang sangat berharga yang boleh aku gunakan bila menjadi warga AQS kelak.


12-10-10, Selasa
Agenda utama sebab cuti panjang memekakkan telinga dengar QSIC 2010 di Grand Dossett Subang. Jumpa juga classmate lama Amir & Ajib, beberapa lecturer yang taste & sebaliknya. Malam tue dah xbanyak aktiviti nak buat sebab dah penat, makanya cik ayu datang amik utk sambung shopping kat JJ Bkt Tinggi->lepak kat Mr Kaya Kopitiam sampai aku tertido. Mana taknya jam dah dekat 12.30am. Kesian kat cik ayu, selalu benar aku tertelap.

13-10-10, Rabu
Sama je ceritanya masih di QSIC bezanya cuma dapat menambahkan kenalan baru terutama yang dah bergelar req. qs. Yang lain tak berapa nak ingat nama cuma Ms Thong je yang ingat. Dia ada bagi business card kat aku, masih muda & ada firm sendiri kat Puchong. Yang lain mungkin tengok muka ingat kot. Mula2 agak bosan aku gi convention nie, semua macam tua2 n sebab aku tak da geng kot . Nextime nak ajak member2 join sekali la baru best. Seperkara lagi aku dapat berjumpa dengan salah seorang sumber inspirasi aku. Dia sangat memotivasikan aku untuk terus melangkah kehadapan. Malam tue jugak aku pulang ke rumah sementara aku di johor, ditemani oleh Bebet & Ririn. sepanjang jalan aku hanya tidur.


14-10-10, Khamis
Aku kembali menjalankan tugas. Yang paling penting meeting hari ini dengan SGMO & new coming GM Mr Lio. 1/2 hari masa dihabiskan dengan meeting yang penuh dengan wayang & retorik. Petang kerja seperti biasa n petang itu jugak kami bertolak ke Desaru serta bermalam di Desaru Damai Resort.


15-10-10. Jumaat
Bercanda di tepian laut biru hijau cantik warnanya. Membuatkan hati yang gundah tenang kembali. Jalan2 di pekan kota tinggi yang tak pasal2 kena saman sebab tak bayar parking . Mana ler kitorang nak tau guna kupon sebab kita kan dah biasa bayar parking guna machine. Tak pasal2 ber'agrue' dengan staff unit undang2 MDKT. Melayang sudah duit $9.00. terus shopping di SSF home deco. Bawak bed makan ayam penyet pasir putih, katanya tak sedap langsung. Tapi tekak aku rasa sedap je.

16-10-10, Sabtu
Misi seterusnya ke daerah pontian. Kat sana ada Taman Negara yang sangat cantik. Tempat nie bukan setakat ulu tapi lebih ulu dari pasir gudang. Pasir gudang kira maju jugak sebab ada JJ, tesco, Giant & paling penting ada tempat lepak2 macam taipan ->Starbucks->Old Town White Coffee->Secret Recipe->Baskin Robin-> etc . Perjalanan dari JB lebih kurang 1 1/2 jam. Mula2 g ke Tg Piai yang mana penghujung selatan asia & pulau kukup. Sehari suntuk di pontian, malam pula makan di Hutan bandar. Sebelum malam jalan2 lagi di Puteri Harbour Nusajaya. tapi sayang batery camera kong, so xdapat amik gmbar.


17-10-10, Ahad
Akibat badan yang dah tak larat dipaksa2 juga, hasil dari perjalanan seminggu ini aku D.E.M.A.M. . Tak apa ler demam pun demam ler tapi aku tetap gumbira ngn sosial life aku. Esok aku mesti bersemangat untuk memulakan kerja seperti selalu. Hanya ada kurang dari 2 bulan sahaja aku di mmhe. Banyak benda yang perlu diselesaikan. Anggaplah kehidupan ini adalah satu pengembaraan.






Tuesday, October 5, 2010

Cerita Banyak

Dah lama tak update belog nie. Entah ler sejak tender notice tak sempat2 nak menaip. Idiea banyak, tapi tak tertulis. Malas+Penat+Rajin+Relax= membuatkan aku bertambah2 malas nak mengupdate.

Bila aku bengang, jalan terbaik aku diam
Bila aku marah, baik aku sama2 ketawa
Bila aku terasa, sangat baik aku buat lawak
Bila aku dalam tekanan, sangat hebat untuk aku menjadi semakin rajin

Semua ini untuk apa? Untuk sedap2 kan hati untuk sentiasa kekal muda remaja. untuk lebih awet muda( muda ler sangat).

Saturday, September 25, 2010

Ku pohon dari mu Ya Rabbi keredhaan serta keberkatan hidup. Hambamu memohon keampunan dari setiap zarah dosa-dosa kemurkaanmu Ya Rabbi

Thursday, September 16, 2010

3 months

3 months to go.go go agogo. After make decision and also support for my family, friends, colleges and other half now time to prepare mind, physical & spiritual to take challenge when i'm back in the normal track.

Many things can be happen within the time. Hopefully i can cope any pressure surrounding my workplace.

Wednesday, September 8, 2010

Note from Arisma

Dear Ibah,

It is sad that you are tendering yr resignation letter today. We will miss you less than 3 months from now. Imagine all the cheerful and thoughtful moments with all of yr colleagues in this office especially we all in this room……. Asmarida, Biha, Yati & me… and also our Aci last time.

We use to joke around with lots of joy sometimes having sarapan together and also lunch where we all will touch on all topics that cross our mind. We were happy and often teasing each other to create moments of memory…. memories which will touch your heart & our heart when we are all apart ! Do you feel the moments that cherish in your heart throughout your stay in TSD…….. sob……sob……

Ibah…..we shall all miss you and even now have felt the moment of missing you….while you are still around. Though we are wishing you all the best we are crying in our heart just as you do……….we feel it..Ibah……don’t save your tears…..cry for us…..sedih ni.

-Dedicated from my immediate boss En Razak/Pak Ajak/En Bajak/Ngongak/ Si Tua. My colleague said toughing & gediX, ayat nak menghanjing ada ler bla and bla and bla. There is a lot of memorable time spending with us. Today we create a moment with a joy rich, tomorrow it will be a memories in our life.

Tuesday, September 7, 2010

@#$%^&

Hard to think
Hard to make decision
Hard to impress a feeling
Hard to convince people

Many things in my mind
Many things to consider
Many things to scarify
Many things to settle down

Downgrade the status
Downgrade the image
Downgrade the income
Downgrade, downgrade and downgrade

Most of friends giving fully support
Not bad still ague and psycho
Are you crazy to doing this?

NO!NO!NO!
The truth will come later
Believe that Allah always with me

Friday, September 3, 2010

Tunggu

Benar kata orang,
Penantian 1 penyiksaan.
Benar kata orang,
Hati gundah tak senang duduk.
Benar kata orang,
Fikiran bercelaru memikirkannya.

Apapun ku tetap menanti. Penuh pengharap.

Thursday, September 2, 2010

50 percent

Alhamdulillah apa yang dikorbankan selama hampir 2 thn berbaloi akhir. Pokok yang ditanam sedang molek untuk dituai. Hasil tanaman yang sesuai untuk dikongsi bersama. Rasa-rasanya nak makan sorang belum tentu habis. Mari kita berkongsi dengan orang2 yang tolong menyiram & membaja sebelum ini. Hasil ini lebih nampak barakah nya bilamana kita berkongsi. Ramai yang akan dapat manfaatnya.

Tawaran 50% menjelang raya macam jualan pasar malam. Bila duduk di shopping mall nak tergelak pun ada. Kadang2 manusia ini mudah ditipu dengan tawaran 50% 60% sekalipun 70%. Mungkin juga ini rezeki kedatangan ramadhan? Tawaran 50% dah ada depan mata tapi masih menunggu tawaran 100%. Ini lebih berbaloi bukan?

Saat2 akhir ini, cuma menghitung hari, bilakah masanya akan tiba? Mengarap & sangat berharap offer 100% menjadi kenyataan, hanya masa & takdir yang akan menentukan. Tak sabar nak tunggu offer 100% ini sebelum raya.