Sunday, February 28, 2010

Make it happen


Some People Watch Things Happen
Some People Wonder What Happen
But Some People
MAKE IT HAPPEN
o_o



When someone tells you that you can't do something...






Look around...




Consider all options...




Then GO for it!

You've gotta stick your neck out!











Use all your skills and positive attitude!











Be creative!











In the end, you will succeed and prove them wrong!











Always remember





"Nothing is impossible, if your heart is willing and your attitude is positive!!"

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul

Selamat menyambut maulidur Rasul. Mana yang cuti bolehlah turut serta berarak. Sama-sama kita mengahayati sunnah serta perjuangan Nabi kita. Moga-moga kita tergolong dalam pengikutnya.

Wednesday, February 24, 2010

Open Secret?


Belum bersedia! Terlalu sukar! SHARE WALL, SMS, TELE-COM. & BELOG bukan medium yang terbaik ketika ini. Komen-komen balas yang kadang kala mencuit hati bahkan tak kurang juga sebaliknya merupakan medium sementara yang mampu buat kita tersenyum dengan disulami mutiara.

Tidak semudah kata-kata, tidak semudah tingkah laku malah kombinasi kata-kata & tingkah laku mungkin tidak dapat dirungkai dengan bahasa badan. Hukum karma ciptaan manusia tidak mampu memberi keadilan untuk semua. Ini adat, bukan sesuatu luar biasa pun.

Alam ini lebih mengetahui, diturunkan hujan seolah-olah mengerti. Dibalik awan ada sinar yang terlindung. Mungkinkah hendak diberikan pelangi tujuh warna untuk menemani hari esok. Tidak terungkap dengan kata-kata hanya yang termampu menerima saja kasih yang diberi. Moga-moga kebahagian milik kalian.


Monday, February 22, 2010

Gerak Hati

Tawaran baru? bunyi macam best aje. Apa ye? Terancang @ Kebetulan? Flash back seminggu dua yang lepas before CNY mungkin ada sedikit persamaan dengan apa yang berlaku. Gerak hati? Ini semestinya yang menjadi sebahagian hidup aku, ada betulnya gerak hati dengan kehidupan harian kita. Ditokok pula dengan cerita2 Mak & Nenek saban hari, ditambah pula dengan kisah2 sahabat terdekat dan dicampur pula dengan hasil experiment sendiri, membuatkan aku semakin percaya dengan KONSEP GERAK HATI. Konsepnya jelas, gerak hati ada auranya yang tersendiri. Pada yang percaya mungkin bersetuju, tapi pada yang tak percaya? Bagaimana?

Semakin dicari semakin jelas aku temui jawapannya. Masih lagi tinjau2 & jenguk2 tawaran yang ada didepan mata? Tak semua orang dapat lalui. Perlu rasa bersyukur yang teramat sangat. Dalam hidup ini antara dua pilihan yang ringkas kita boleh pilih. Soalan yang ringkas, tepat & padat sentiasa bermain difikiran. Tak kira zaman kita kanak2, muda remaja, alam dewasa mahupun separuh abad usia kita. Semuanya melalui fasa kehidupan yang sama, cuma yang membezakan masa, cara dan keadaan itu berlaku. Sedar ataupun tidak kita melalui semua ini.

Pertama
Nak bahagia @ derita



Kedua
Nak berjaya @ gagal



Ketiga
Nak senang @ susah



Keempat
Nak suka @ duka




Kelima
Nak ketawa @ menangis



Keenam
Nak terang @ gelap



Ketujuh
Nak mewah @ kesempitan



Kelapan
Nak rajin @ malas



Kesembilan
Nak baik @ nakal



Kesepuluh
Nak ke Tak Nak ( macam buku Dr H.M Tuah, sempoi aje tajuknya)




Ke-11?



Ke-12?



Ke-13?



Ke-14?



Ke-15?



Ke-16?



Ke-17?



Ke-18?



Ke-Bla Bla Bla?



Mungkin sekali ke Infinity?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
:-) @ :-(
Walhal hidup @ mati?



Apapun semua fasa ini mungkin kita dah pernah lalui atau mugkin kita bakal melalui. Persoalannya sejauh manakah penerimaan kita jika perkara ini telah ditakdirkan buat kita. Tepuk dada tanya selera.........

Thursday, February 18, 2010

Mulakan dengan meLANGKAH

Untuk melakukan perubahan dalam diri adalah perkara yang sangat sukar. Apapun jenis tranformasi yang kita pilih perlukan kekuatan jiwa. Berusaha keras lah selagi termampu, atur strategi demi strategi, sediakan Plan B jika Plan A kita gagal. Sekiranya keadaan memaksa, resturcture Plan A & B mengikut kesesuaian semasa. Amalkan perancangan diri yang terancang, bukan main terjah je macam tagline melodi, latih & didik untuk lebih berdisiplin supaya kelak tidak menyesal.

(",) vs :-(

Ya Allah kurniakan hambamu ini ketabahan hati untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan penuh ketenangan. Penuhi lah hari-kehari hambamu ini dengan kesabaran untuk mendidik jiwa ini erti keredhaan dengan setiap apa yang berlaku. Kaulah yang Maha mengetahui akan yang tersurat dan tersirat

Tuesday, February 9, 2010

SG21

Nak ucap tahniah pada kawan2 di Tempat Simpan Dokumen atas new job promotion as a Mechanical Techical Executive (TE). Secara rasminya esok diorang akan jadi TE, OL dapat 11 Feb nie.

Memandangkan kepohci-kepochi di AFA telah menyebarkannya lebih awal si mamat2 nie Sahar & Shahrul kenalah belanja kitorang. Setakat makan kat senibung tue apala sangat kan? Apapun tahniah!

Monday, February 8, 2010

Plan or Pelan

If you FAIL to PLAN, you PLAN to FAIL

Where this quote initially? Who are the first person said this quote? Commonly we hearing this quote during meeting, assemble time, ESQ , MLM, CFP & etc. Headmasters, Consultants and even CEO of multinational company are alway quote this statement as part of motivation to their staff on how plan is much important in our life. No matter how, no matter what, an idea is through out with action plan. Not essential that your plan must successful! The idea is that how you arrange to be success as you plan earlier .You will smile when you archive what your dream. You can see the powerfull of plan its work in your life. Believe it or not?

Saturday, February 6, 2010

Bijak Wang

Saksikan petang ini rancangan BIJAK WANG TV3. Topic yang sangat menarik OVERDRAFT. Mungkin segala yang bermain difikiran terjawab?

Thursday, February 4, 2010

Mak Cik Balang

Sebut saja Mak Cik Balang, tentu di kenali dikalangan warga UiTM Arau lebih2 lagi dikalangan students. Kedainya tak la sebesar mana, tapi sudah cukup membantu students. Macam-macam yang dijual mak cik balang & suaminya.Rata-rata students akan cari nescafe 3 in 1 , milo, maggie, gula2 & chocolate kat sini. Kalau dibuatnya kedai makcik balang tutup sudah membuat student merana lebih2 lagi bila tiba time exam.

Kedainya terletak dihujung sekali opposite dengan kedai dobi, sebelah kedai makcik balang tak ingat kedai jual apa. Macam mana boleh lekat nama makcik balang nie pun aku tak tahu, tapi mungkin sebab keunikan kedainya kot, biskut2 & kerepek2 dijual dalam bentuk timbangan gram. Kalau dulu bole lah nak beli $1.00 ke $2.00 ke $5.00 ke, makcik balang tak kisah pun sebab kesemuanya di letakkan didalam balang besar.


Bila malam kedai makcik balang lah menjadi tumpuan students, biasa la kan zaman remaja campus life bila malam macam burung hantu, so kudapan2 untuk melepak semestinya cukup. Aku tak sure lah yang makcik@pakcik balang nie panjang umur ke tidak, sebab masa aku muda remaja, makcik & pakcik balang nie agak berumur la jugak. Kalau masih di panjangkan umur, aku rasa nak gi la kedai makcik balang nie lagi. Hidup Makcik Balang! Hidup UiTM Arau!