Wednesday, July 28, 2010

Wajah ayu

Wajah ayu mu membuat kan aku semakin menyayangi mu,
Semakin mengambil berat tentang mu,
Sayang yang tidak berbelah bagi lagi,
Hajat hatiku telah lama terkubur,
Bila melihat wajah mu yang semakin bersinar.

Dulu,
Tika hujan kau lah peneman ku ke fakulti,
Kawan ku mencari maklumat,
Usahamu tidak jemu-jemu menemani ku diwaktu malam,
Hadirmu sedikit sebanyak mudahkn pergerakkan ku.

Kini,
Kau telah banyak menabur jasa,
Hutang budi mu yang tak dapat di balas,
Cuma ak terpaksa meleburkan RMRM aku demi menjaga hati kau,
Dengan harapan kau tidak meragam lagi.......

*Tolong lah wahai BFX aku telah berhabis RMRM demi kasih sayangku padamu.


Sunday, July 11, 2010

Johor

Fakta Johor yang berkaitan dengan aku:
  1. Rezeki aku tercatat di sini, mmhe di hati. Ini yang paling utama.
  2. Time nak interview Ranhil & mmhe, nak cari hotel mutiara sikit punya susah. At last panggil taxi ikut dari belakang-settle bayar $7.00
  3. Pusing2 entah berapa kali asyik jumpe teluk danga- Danga bay la baru faham.
  4. Bab makan2, sangat jatuh cinta dengan tauhu bakar, laksa johor & ayam penyet. Tapi sup jamu bukan kegemaran aku. Asam pedas pun sedap jugak. Ubi rebus En Miskam & Chamek.
  5. Kalau minum pulak, aku suka air katira, kt tmpt lain xda.
  6. Bila banyak duit sikit bole lepak Senibong. Emmm seafood restaurant- harga berbaloi2 dengan sedapnya.
  7. Geng2 opis aku yang sangat best membuatkan aku tak bole lupa diorang bila dah xda kat sini
  8. Jadi atlite. Tak pernah2 ak minat sukan. Mula2 main tenis-bila geng dah kawen bertukar arah main badminton. Tak tahan tu jadi champion mmhe. Sekarang futsal mesti tak mis once a week.
  9. Dapat jejak kasih kawan lama-dulu jumpa kat utara naaa sekarang selatan pulak
  10. Tragedi terbaru, tarikh 4.7 yang aku accident.
Semua yang diatas akan sentiasa terpahat dihati. Bak kata wartawan aduan rakyat "hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri"- Wakakah aku masih setia dengan:

Saturday, July 10, 2010

BFX

Patah kaki aku dibuatnya tak ada bfx. Oohhhh jasamu dikenang selagi ada hayat. Aku menyayangi mu...ting tong......Tak sabar nak tengok wajah bfx yang berwajah baru. Baru!

Terlalu merinduimu, lega hati ku dapat melihat wajah mu. Walaupun tatkala ini kau sangat comot, sayangku tidak berbelah bagi. Percayalah akan kesetiaanku pada mu...

Mati kutu aku dibuatnya tanpamu. Kehadiranmu sanagt berharga buatku. Sabarnya wahai bfx, rabu petang akan aku sediakan ongkos yang banyak untuk menebusmu. Kamu akan menjadi milikku yang abadi. Sayangku bfx

Friday, July 9, 2010

Geng Futsal

Aku dah blocked calender-setiap rabu 6-7ptg futsal time ngn kengkawan mmhe. Mula2 skt je geng2 nie, lama2 dh ramai. Ada masa main tak cukup orang, ada masa ramai sangat macam langau. Langau pun langau la, janji best-enjoy-release-ada masa dapat rembat perghhh macam tendangan xpuas hati je. Lagi best bila tadi meeting kena tiaw memang best la untuk mengtiaw bola macam itu kepala si polan.
Credit to Sally- beriya bawak camera. Bahang world cup makin dekat Spain Vs Holland. Makanya kitorang buat ler gaya macam sotong paul. Ha yang duduk tue team yang menang, yang berdiri? Amacam kalah lahkan.
Futsal dah berjalan lancar cumanya badminton dah tergendala la pulak. Nak main mesti je ada problemnya. Adusssssssssss bersawang la gamaknya raket aku nie.

Thursday, July 8, 2010

Buatlah

Bila kecik2 mak bapak kita yg banyak aturkan cara hidup kita. Bila meningkat kanak2 sikit, kita dah mula creative buat apa yang kita mahu. Tapi ada jugak sikit2 halangan dari mak bapak kita.

Bila muda remaja cara hidup kita banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya, geng2 bas sekolah, budak hostel & ..... Bila masuk U, totally change. Kita buat keputusan sendiri, cara hidup sendiri. Itu yang best

Sebenarnya bila kita buat sesuatu ikut apa yang kita suka dah pasti berjaya. Tambah2 lagi bila kita yakin dengan keputusan kita.

Ada seorang kawan, mengambil tindakan berani berhenti belajar demi meneruskan cita2nya. Maka hari ini, terbukti tindakannya membuatkan hasil. Moralnya: Yakin pada diri sendiri, yakin kemampuan diri.pasti ada jalan di hujung sana. Kisah kawan aku [penulis muda]

Monday, July 5, 2010

Terima Kasih

Terima kasih pada yang bertanya. Kira2 korang nie sangat2 taking care kat aku.Hihihi. Terbukti ini lah salah satu faktor yang membuatkan aku sayang dengan mmhe. Punya kawan yang baik2, walaupun kadang2 mulut hahaha boleh tahan jahatnya. Sabar2 cakap dalam hati.

Malam nie nak g makan tauhu bakar, tapi geng dah kurang 2 orang, satu g uhuk2 satu lagi pulang ke seberang. Tinggal kita bertiga aja. Sabar2.

Tanggal 4 Bulan 7 2010

Siapa sangka dalam kegembiraan melayan keluargaku, sepantas kilat saja menjadi duka. Syukur pada Allah disaat post ini di catatkan, Allah masih bagi ruang untuk aku bernafas. Untuk aku terus berbakti kepada keluargaku. Saat ini aku tidak mampu untuk menulis semua peristiwa tadi yang berlaku sekelip mata. Hanya tuhan yang tahu isi hati yang sukar diterjemahkan. Saat ini juga, mutiara jenih menjadi peneman setia, imaginasiku begitu tinggi untuk menggambarkan keadaan tadi "kalaulah" "kalaulah" kalaulah". Mungkin aku boleh menjadi gila! Trauma! Sekali lagi ku panjatkan syukur padamu. Semua itu hanya imaginasiku.

"Ya Allah, jauhkan lah apa yang aku fikirkan ini menjadi realiti....Engkaulah tempat sebaik2nya untuk aku merintih, Hanya Engkau tuhan yang maha mendengar"


Terdengar jelas kata-kata mak pagi tadi "BFX dah banyak bejasa.....bla bla bla"-YA memang benar BFX banyak berjasa dalam keluargaku. Kalaulah nak diceritakan terlalu banyak.


Hari ini 4/7 bersamaan hari ahad, BFX 47 menyentuh perasaanku. Tidakku duga kejadian ini berlaku:

Ketika lampu isyarat merah BFX 47 telah dilanggar oleh JKK3160 dari arah kanan. Kira over corner ler, aku relax2 tunggu hijau, tiba bang! tersentak & tergamam. Mana tak terkejut baru keluar rumah dalam 3 minit.

Bumper, side & signal depan pecah.

Ni cuma nak fokus yang BFX kebal. Teringat kat classmate aku Hafiz Murad "Kak, kete ko mcm kete kebal"- Compare JKK tu ngn BFX. mana kebal?

Diantara penyelamat yang ada ditempat kejadian. Dari kanan Mr Anthony[my mechanic], Asri[my opismate], Pemabuk+Xda lesen[driver JKK3160], Boss ke sedara sepapat pemabuk yang mengaku islam. Tapi badan penuh tatu.

En Zul[opismate lagi kebetulan kejadian berlaku dekat dengan rumahnya]


K Nora[my auntie dengan anak kecik lagi], Rafie serta Cik Anjang[hantar mak & nenek2] & beberapa orang awam yang simpati[xdapat nak snap semua maklumlah hati tak tenang]. Kalau ada perkataan lebih dari terima kasih banyak2, itulah yang sesuai untuk kalian.


Kepada ibuku serta nenek2 ku, aku sentiasa doakan tuhan merahmati kalian. Kalianlah sebaik2 insan dalam hidupku. Aku terima ujian ini dengan tabah. Mereka ini menjadi mangsa keadaan.


Kepada pemabuk: Memandulah secara berhemat. Anggaplah ini sebagai pengajaran. Maaf xdapat nak settle luar, aku lebih menghormati orang2 yang membela aku ketika ini. Aku lemah, aku hanya mampu mengikut kata mereka.

Friday, July 2, 2010

Pasar Malam

Balik kerja tadi ingat nak singgah KipMart, tapi malas la pulak hujan2 nie. Jadinya, singgah kejap kat pasar malam megah ria nie. Maklumlah mak & nenek-nenek aku nak datang. Emm tak patutla kan mereka datang aku tak masak.

Makanya aku membelilah sedikit lauk2 untuk buat breakfast esok pagi. Mula2 beli ayam. Ayam+Kaki+Kepala+Kuku+Leher pendek kata semuanya ada= RM5.90. Dalam hati "betul la kot, beli je la"

"Pakcik, saya malas pegang, pilihkan yang sedang, potong sekali ye"
"Ni boleh, $11.50"
"Ok"
-Kisah ayam, berpuas hati, cepat & pantas pakcik ni-


Kemudian, beli sayur dalam hati nak buat tomyam. Segala macam campur2 sayur carrot, kobis, serai, cili padi, tomato, daun limau purut ke kasturi camtu & kobis bunga. Semua $4.50
-Sekali lagi berpuas hati-


Singgah jap kat gerai runcit, cari paste tomyam & bawang. Dalam hati "buat meehoon tomyam sedap jugak nie"
"Berapa semua?" ->$3.90
Eh meehoon ada x? -> Ada. $9.20
Meehoon berapa?->$2.50
ayoo apek sudah salah kira ka? terkejut saya.
Soli2 moi, soli arrr -> Ok xpe.

Tetiba apek nie berborak plak ngn aku. Malas layan.

G gerai buah pulak. Cari buah. Nenek aku suka makan epal. Makanya, aku beli epal + orange. Excited la pulak kan, mana taknya nenek aku 1st time datang sini. Buat ke-2 kalinya ok cepat. Harga berpatutan cuma $6.00 je.


Maka akhirnya aku terkejut.
Makcik, tauge 50sen, tauhu sehengget, daun bawang aku amik sedikit, mee kuning sebungkus.--> Ok lagi
Dalam hati kecian makcik nie "tambahlah 1 cendawan, berapa semua makcik"
$8.20?--> Makcik nie mesti dah salah kira, sebab apa? Dia borak2 ngn anak dia. Ahh malas aku nak suruh dia kira balik sebab dah tua2 skt. Betul ke x? Ke aku yang tak tau market price. Confuse2 terkezut pun ada.

Thursday, July 1, 2010

Rezeki itu bukan milikku

Kawan sekonsep aku selalu cakap "kalau rezeki tue allah dah tetapkan untuk kita pasti kita miliki". Macam2 konsep yang terlintas di benak nya yang kadang kala boleh diterima akal, tak kurang juga seringkali menjadi topik perbalahan.

Petang semalam, balik kerja sambil melayan 'dinding mukabuku' teman sekampus yang buat kali ketiganya menolak rezeki yang dimiliki. Bertuah rasa hati yang kepingin untuk mendapatkannya.

Give up dah nak follow up. Mungkin hanya penyebab dan nak dijadikan sebab, kecuaian orang membuatkan ini semua berlaku. Kata orang bukan susah nak dapat, asal ada fulus dan mencukupi syarat sudah tentu dapat.

Percaya lah, ada hikmahnya nanti. Tuhan lebih tahu dari kita, Dia plan yang terbaik untuk hambanya. Rezeki itu bukan milikku..

Wednesday, June 30, 2010

Macam Polis

Dah 1 tahun 5 bulan menjadi warga mmhe. Ada 1 KPI yang sukar untuk dipenuhi. Nampak remeh tapi hanya tuhan yang tahu. Kat sini level supervisor & above wajib SAC orang. 1 quater 1 sac je. SAC tu sejenis kad nasihat HSE (Safety Advisory Chit), bila ada orang buat salah berkaitan safety boleh lah issue SAC. Kalau kesalahan tu berat sangat baru lah saman.

Eh SAMAN? Macam polis? Geng polis ke? Gerak Khas ke? Tak pun macam penguatkuasa Majlis @ yang seumpamanya. Teringt MBSA zaman2 aku study kena buat assignment pasal MBSA. Kalau cakap kat sini orang tak tau. Diorang tau MPPG je. Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Aku cukup tertekan & menyampah bila nak kena buat nie, kena round2 yard untuk cari salah orang. Uhhhh kadang2 nak tergelak jugak. Macam Pak Guard UiTM je. Kalau tak sialp pak guard uitm kena saman sekurang2nya 3 dalam sehari. Bila cakap pasal guard, teringat kat kawan lama. Aku gelarkan dia HEBAT. Hebat memang sangat hebat, dia ada 4 handphone, handbag sentiasa diribanya. Hand hand hand sampai kena sound ngn lecturer. Kesian kot tengok dia riba bag. Dia kata nak keje gomen. Apa2 position pun dia tak kisah . Katanya janji keje Gomen. Gomen pun gomen la, janju rock. Tapi lau jadi Mak Guard sanggup ke Cik Hebat?-Apapun itu kenangan lama dengan Hebat. Sampai tua mesti aku ingat kat dia.

Bila round2 yard, aku sangat lemas bila nk buat SAC. Boleh katakan dalam 1 quater (3 bulan), 5x roundbaru boleh issue 1 je SAC. Itu pun kawan2 aku yang tolong. Tapi kadang2 kalau diorang dah tolong pun aku masih takut. Nak kata takut ada ler sikit2, takut orang dendam. tapi yang paling penting takut orang maki. Hidup tak berkat wei. Tapi apa boleh buat ini kerja. Lebih pada kecian la ni.

Mari kita berfikir sejenak.....1 2 3 pejam mata.-----------

Ok apa nak kata kalau memang tak ada orang buat salah? Nak bet ke? Ada berani SAC staff mmhe? Tentu sekali tidak kan? Maknanya apa? Ha dah tentu2 nak aniaya orang kan? Ada berani jawap YA? Zalim kan. Aku tak rela jadi orang yang zalim. Zalim menganiya orang yang lemah. Katakan TIDAK! TIDAK!TIDAK!

Andai kata kesalahan itu sememangnya betul, tidak menjadi persoalan. Bila hidup kita di paksa buat benda yang kita tak suka, akhirnya kita menjadi penipu. Ya Allah aku tidak sanggup. Engkau lah yang lebih mengetahui dari sesuatu