Tuesday, June 21, 2011

Rindu

"Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" Rindu!Rindu!Aku rindu pada dia. Dia yang menjadi petunjuk jalan hidup ku. Dulu, Pernah ku berjanji dalam diri ini Akan mencium & mendakap dia 2x sehari Pagi dan malam Tapi, Sekarang ku akui jarang sekali ku buat Walaupun niat dihati tetap Ada. Aku, Tidak mahu dilabelkan insan yang alpa & lupa Furqan, Namamu memberi makna buat yang menghayati

Sunday, June 19, 2011

Stanza Cinta



Nak buat promo sikit,drama stanza cinta mlm ni pukul 9,TV3. Ayat standard "dia tu kawan Aku".....haha classmate Aku. Dia pun memilih TIDAK menjadi QS!berbeza sedikit ngn Mr Wee(trainer semalam)

Bagi Aku nurull halawati dah berjaya!!novel pertama Ada lagu tema & di dramakan.pelakon plak bole tahan hebat, masuk plak TV3(halloooo tv3 x amik citer2 ngarut ni@xda quality) Jom layan cerita ni malam ni

Saturday, June 18, 2011

Penat!!!

Penat seh attend training 1 hari. Dalam training sempat lagi Aku tertidur. Siap berangan!!! Otak Aku terfikir tentang background trainer ni Sangat menakjubkan!!!! Dia memilih tidak menjadi tradition QS

Friday, June 17, 2011

Beruntung

Aku patut rasa beruntung!Aku dapat supervisor yg bole guide Aku & kawan2. Walaupun Aku sentiasa dlm mood 'Ss' not for Siti Suhaibah,dia Sangat bagus. Aku Kenal kn dia sebagai mister Kay.dia bags, ak nk upload gmbar dia ni tapi x bole la pulak tenet bb yg smakin lembab ni, capacity terbatas! Jadi Aku cuma bercerita tentang mister Kay ini.dia rajin mengaja Aku & kawan2, kdg2 bosan gk. Bila dia byk masa dia siap buat site visit lagi ngn Aku. Untung x untung tu Nama nya?

Tuesday, June 7, 2011

6 bulan

Tau2 dh 6 bln ak di tempat baru.Bagi ak 1 tempoh yg cukup lama dan membuatkan Aku sentiasa dalam keadaan tertekan. Unfair la kan, mcmner ak selalu cerita yang ak dh mcm pekerja bangla tapi ak hepy keje hujung minggu tanpa Ada paksaan.ak sgt2 hepy bergelar QSs, ak sgt hepy dgn 'kerjaya baru' tp sgt x hepy dgn 'life kerjaya baru' Aku!Aku!dan Aku! Mampu bertahan disebabkan:-
  1. impian Aku!impian Aku mengatasi segalanya
  2. boss yg baik hati n supportive( tiba tang dia nk bagi lecture xlarat nk dgr,kalah lecturer ngajar)
  3. of course org keje pasal rm br dtg experience.tipu ar lau org keje sbb nk cr experience semata2.bole bla la.lau pure experience request kt boss"sila byr gj sy 6 bln sekali" ha Ada berani ka?
  4. staff welfare terjaga(rank lbh dri fair,good kot tp ak belum pernah claim apa2 even milage,Entah belum Ada hati lagi nk isi form. Agak2 lau dah 6 bln bole dpt gadget baru 
  5. staff benefit menang Ada tapi not eligible at all.tunggu setahun kot baru dapat 
  6. yg best weekend xkeje,ak sgt suka,ak boleh sibuk ngn aktiviti ak 
  7. dunia ak semakin expose; ak dpt Kenal 7 Jenis ragam Ar & kedua2 Ir.Kerenah client x susah sangat
  8. walaupun ak smakin sengal,projek ak lain2 kategori;clubhouse,service apartment,shop office,DSTH,factory,earthworks,1 projek engineering. Tapi Bosannya 80% Masih pre contract
  9. Aku dpt belajar 2 software y sedikit memudahkan kerja ak 
  10. opismate y 'agak' ok

Monday, May 30, 2011

0=sifar

Kosong!!! Sejak2 ada minat yg mendalam berstatus TEGAR,masa yang ada nak update blog sentiasa terbatas. Lagi2 sejak bergelar buruh kasar sector binaan cumanya bukan di import dari Bangladesh.

0!!!tidak bermakna stress andai kita bijak memilih jalan supaya ketegaran semakin tegar.

Walaupun bergelar buruh kasar lebih dari bangla, hati ini happy. happy! hi hip hureyyyyyyyyyyyyyy

Tuesday, May 17, 2011

Public holiday

Arini Aku x sure cuti apa. Thaipusam or wesak day? Ahhhh..... Cuti aje la.plan arini nk g no47, jalan molek 1/8.dalam 3 jam blk arrr Now, ak dh giler,giler kerja? Giler talak? Jawapan giler:contest n giler stock!sbb Utama gk ak beli benda ala nie. now.agak2 nya fully utilise x?br Pakai shari dh bosan.ak crass pun best sgt pun 6/10.....bazir Ada

Sunday, May 8, 2011

bomba datang tapi....

Kampung halaman ku di kejutkan dengan kebakaran 11/12 buah deretan rumah sewa. Ranap di mamah api sekelip mata

Dikabarkan bomba datang tapi lambat. Tidak dapat menyelamatkan sebuah rumah pun. Bomba cuma dapat mengawal kebakaran dari merebak ke beberapa banglo berdekatan.

Punca kebakaran dari keterlupaan salah seorang peyewa, masak air guna cerek lepas tue siap g bank bayar itu ini.Cerek yang terlalu panas terbakar & meletup. Menyambar elektrik, maka berlaku lah kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Tapi mereka tinggal sehelai sepinggang.

Syukur kejadian tahun lalu & yang terbaru membuatkan kita lebih berwaspada.

Warga JK turut membantu, season f&n juga dapat dipanjangkan kepada magsa kebakaran. Sehingga kini, warga 'kampung halaman' setia menanti.


Saturday, May 7, 2011

Friday, May 6, 2011

luahan pengukur bahan binaan

aku dah macam astro, tak abis2 buat siaran ulangan cerita yang sama. dalam belog aku xsure la dah buat post  mcm ni ke belum. tapi dari keluhan dah berjuta2 kali kot. Macam skrip yang dihafal, mudah saje nak cakap.

Entah keberapa kali aku hairan yang teramat sangat dengan 'mereka' yang berjiwa consultant! Salute la kat korang. Korang memang tabah! Kalau ada vote sms utk anugerah pekerja consultant terhebat,mungkin jari ini dah send berjuta2 sms utk undi korang.

"sms hantar VOTEferry, VOTEbling2, VOTEpumpkin"

dari 2009/2010 sampi 2011 setia pada yang 1. Tidak berpaling tadah walaupun 1. Hanya sekadar rungutan yang keluar dibibir 'mereka'. Jiwa kental la korang nie. Agak2 macam kentang yang tahan lama.

kawan2 yang lain masih ada jiwa2 consultant tapi macam aku juga, suka melompat lompat macam katak. Bosan 1, cari 2, bosan 2, cari 3. Tapi kalau dah bosan 3, wajarkah cari 4? Aduhhhh sila bersabar wahai budak baru belaja! Aku hanya insan biasa...hahaha penat dah nak sabar2 nie.

Baru lalu 4 bulan, ada lagi 1 tahun 6 bulan, Boleh giler kah aku macam nie?

Tekanan mula dirasai, tapi bila fikir balik berbaloi kah untuk menghadapi tekanan ini?Katakan TIDAK! tidakkkkkkkkkkkkkkkk.....tidakkkkkkkkkkkkkkk.......................

Arrggghhh aku malas nak fikir, aku nak amik jalan mudah, aku xmo sakit jantung darah tinggi, nauzubillah jauh sekali sakit jiwa.....

Cara mudah.com aku buat bodooooo....selagi aku mampu buat bodoooo aku akan stay lagi 545 hari. Selagi kesabaran mampu dipikul, selagi ketabahan mampu dirangkul aku akan jaga 'baby' aku sampai CPC issue.

walau macam mana, aku tetap sayang dengan baby2 aku........................baby2 aku macam ragam, kerenah lain2, suka layan mereka. sebab baby2 aku terlalu comel, sebab itu juga aku mampu bertahan.






P/s: sejak belog ni mula dijejaki oleh mereka yang tak patut, semakin banyak kiasan dalam menulis. Makin pusing2 karam singh la nampaknya.Belum terfikir untuk convert ke nama lain. Keadaan masih terkawal.