Sunday, December 19, 2010

kawan baru

semalam keluar ngn kawan baru, baru tak baru la, dah kenal dr diorng cuma tak pernah keluar n borak panjang.

dia orang pahang, konon2 nak try GPS. dah tue sesat jugak. No signal! sedangkan smlm ok je. Pandai sangat ler tue download sana sini terus hampeh tak leh guna.

Lau pun sesat, still dapat enjoy. Banyak teman g, nasib kawan baru ni pun suka jalan.
Danga city mall- choc fair & cari mouse
City square-cari buku
Pasar karat@ seget- saje tengok2 koleksi baru
Dataran- isi perut ngn makanan taksub.

kawan baru, thank melayan. next time ajak lagi ya.

Saturday, December 18, 2010

11 hari

4.30am dah terjaga! lastweek, 4.30am gak dah siap2 nak g layan hobi baru. bila time tak keje mesti bangun awal. Pelik kan!


Banyak benda menarik dan sebaliknya. Bila kita anggap 'hidup hanya sekali' benda yang pahit akan terasa manisnya. Baru jadi pelangi! Kalau tak de hujan mana kan muncul 'Sang Pelangi'. Oh Pelangi! Kehidupan kita juga macam tu juga.


11 hari! Delay terlalu lama tak update2. Diary aku tidak sebusy YB jauh sekali MP. Jauh panggang dari PM. Busy aku cuma sekadar budak hingusan yang tak tahu manage time, dulu hanya belajar project management je, time management tak pulak di ajar.


Tahun Baru bakal tiba!Review back 2009, 2010. 2011 tak lama lagi kejap je kan.. Tapi kali nie aku lompat ke tahun baru 23hari awal dari sepatutnya. Kali nie aku ikut calender 1432. Bila masuk calendar baru, planning baru kadang2 xperlu, memadai sekadar yang ada utk review & update sahaja. Kesimpulannya satisfied dgn 1431/2010.



Culture shock bila2 boleh berlaku. Kalau kita tidak bersedia. Fizikalnya: well prepared, body stamina: strongly enough, mindset: in developing, emotional: question mark????, life style: totally change! Yang ke-5 mungkin susah sikit. Orang cakap hidup macam roda, tapi bagi aku hidup macam ferris wheel. Tidak terlalu laju malah tidak terlalu lambat. Ada masa di atas & dibawah ler. Konsepnya sama.



Dalam kesibukan aku 2 minggu kebelakagan nie, aku tak lupa akan life quality. Pasal keje, sampai mati pun tak abis kan. Priority tetap sama. Ingat hidup kt dunia CUMA sekali, manfaatkan sebaik mungkin.

Aktiviti weekend aku tidak terjejas sama sekali, mungkin lebih dasyat dari 1431. Sebab apa? Hobi baru mengatasi segalanya. Kena pulak ada yang melayan. Soal Ar Em pun dah banyak habis, macam bole beli satu lagi BHD. Oh rindunya dengan BHD. Teringat dulu, BHD selalu berkawan dengan BJC, tapi sekarang semua dh jadi tukun hidup. Kadangkala saja berasap.



MUNGKIN sekarang aku dah berada di track yg betul, mungkin juga tidak, menuju ke satu destinasi. Adakah destinasi itu sampai? Kita tidak pasti! Kita serahkan pada yang Kuasa. Itu bukan kerja kita. Kerja kita cuma memilih destinasi yang nak dituju, contohnya ke Kluang dengan tujuan nak minum Kopi 0 yg ‘Konon2’ glamour dengan naik train.

Tapi kita tidak pasti train ini melalui track yg betul @ tak. Double track @ tak. Tiba2 train shift destination . Adakah hajat kita itu tercapai? Beginilah perumpamaan dia. Mudah aje kan. macam mudah dot com



Dalam aku berleter panjang, ini adalah benda yang patut aku tahu & faham dari awal lagi. Nikmat TUHAN. Key to everything. Kategori wajib bagi aku untuk bersyukur. Aku punya Mak yang sangat sangat sangat memahami anaknya. She always beside me. She colors my life like ‘Sang Pelangi’ yg aku cerita tadi. Mak, I'm proud to be your daughter. Also to my family members who also brightened my life.

Hidup aku tak seindah ini kalau aku tak punya mereka. They are also significant in my life. Although there is no blood relationship, I cherish them. Mereka ini sangat baik budi,baik perwatakan & baik segala-galanya. Mereka ini pelbagai kategeri: usia, pangkat, status, bangsa,agama, political view,etc. Adakalanya, mengenali mereka hanya beberapa minit. Aku namakan mereka sebagai sahabat, kawan, teman & juga kenalan.

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah 1432

salam maal hijrah 1432 buat semua. semoga hijrah ini membawa kebaikan buat kita berbanding sebelumnya. Sekadar berkongsi pengertian hijrah.

Maka, blog ini juga telah berhijrah ke wajah baru. Alamak tapi part picture kat title blog tu xjadi la, penat adjust, nak buat macam banner je memanjang cam gitu. Esok je la try

Monday, December 6, 2010

kehidupan


Officially, hari ini hari terakhir aku di MMHE. Tapi aku cuma bekerja sehingga Jumaat 3rd dec 2010. Kadang2 aku merasakan aku seorang yang mengarut! Banyak benda2 mengarut yang aku buat dalam hidup ini. Ada masa benda mengarut ini membuatkan kita tenang, bahagia & tak kurang juga sebaliknya. Kadang2 orang disekiling kita juga turut mendapat tempiasnya.


Rupa2nya, kehidupan aku banyak berkisar dengan laut. Laut oh laut. Sejak kecil, aku telah didedahkan dengan laut, maklumlah abah kerja di KCT(sekarang Northport), aku pulak praktikal dip di LPK(memang terdedah dengan laut). Project2 aku dulu pun dekat Northport, westport & Southpoint.

Uniform Geomass & Mmhe seakan2 sama


Adik lagi ler kena bond dgn MISC(memang tak lari lah dari laut lagi). Tak lama kemudian, aku pulak join MMHE. Sekarang aku dah quit dari laut. Mungkinkah adik akan mengikut jejak aku?
Yg pasti aku sangat seronok dengan kehidupan ini

Sunday, December 5, 2010

Wall Tiles Goreng



Dr M kata: Melayu mudah lupa! Betul ke? Jom scroll!!!








sedang make up nak g wedding cousin
sambil panaskan kuali








konon teringin nak makan karipap














tapi apa dah jadi nie?
@@@@

@@@@

@@@@







panic dibuatnya. asap memenuhi ruang dapur.







sempat siram air, api lagi naik macam mamak goreng mee. adoooaiiiii dah jadi wall tiles goreng pulak.







Kesan dari itu. Mak kata alhamdulillah selamat , masih hidup. Syukur sangat. Adik kata punya sengal la ko ni kak!




Friday, December 3, 2010

Farewell


Farewell party was made one day earlier before my service ending. Something that is not expected by me. My tenure with this company has been a memorable experience, the knowledge and skills acquired are priceless. My deepest appreciation to all of you who had given me cooperation, support & guidance.


My tears fell when boss read the prayer. This prayer touched my heart:
“Ya Allah, sempena majlis perpisahan Siti Suhaibah yang diraikan pada saat ini kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu Ya Allah agar dirinya diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan. Sihat walafiat yang berkekalan”
“Kami berdoa ke hadrat-Mu Ya Allah agar dirinya dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan kerja dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan jayanya”
“Jadikanlah kami yang berada disini agar dapat meneruskan tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan syarikat ini serta dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.”
“Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini dan mereka yang bersama kami, kebinasaan dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.” Amin-

The relationship between us is so strong and makes us love each other. There is the unique environment culture in MMHE. MMHE the best company I found. Thank you for giving me the opportunity to serve and be part of your team and wish all the best to all of you


Gift to & from them.





In memory (Feb 2009-Dec 2010)

Tuesday, November 30, 2010

Pantas

Dulu 3 bulan kini 3 hari,
Dulu February kini December,
Dulu awal tahun 2009 kini akhir tahun 2010
Dulu kosong kini bertambah-tambah.

Ya! Kita tidak menyedari masa berlalu begitu pantas,
berlalu meninggalkan kita sedar atau tidak.
Yang pasti ianya meninggalkan kesan terindah dalam hidup ku



*-mengembara mencari erti kehidupan-*

Saturday, November 27, 2010

tutorial 1

Hobi baru aku kali ini cuba untuk berjinak2 dengan dunia DSLR. Sebenarnya, aku bukan minat sangat dengan aktiviti lasak macam nie. Tau2 jela kan photographer ni semua nya lelaki, nampak lasak+ganas, tonggeng sana senget sini bongkok situ & macam2 lagi. Daya kemampuan aku tidak tercapai...hahaha betul ke apa yang aku nak sampaikan?

Tapi minat tue kadang2 datang sendiri & kadang2 faktor sekitar yang mendorongnya. Bagi aku, kali ini faktor sekitar yg membuak2 membuatkan aku minat dengan hobi baru ini. Kawan2 mmhe terutama yang perempuan banyak jugak main DSLR. Dah kira advance jugak la budak2 ni.Ila- body 550d+ L-series yang beriban, Echa- medium set, Mus-beginner, Rid-pinjam laki punya cam & beberapa bebudak lelaki Asri & Man yang dah tentu hebat.

Aku dah mula ikut2 wedding photography. Ni job En Mie Rull, dia nie baik orangnya siap boleh turunkan ilmu time buat job. Terharunya F.O.C. lagi. Bukan senang nak cari orang cmni ni zaman sekarang. Semuanya materialistic.
Mie Rull menunjukkan hasilnya kpd pengantin

sebelum bersanding:" awak ikut je saya, baru dapat feel"-tak nak ar mengganggu je. "xpe ikut je dari belakang, snap je seberapa banyak yang boleh".

aku cuma memerhati aksinya. Bertungkus lumus dia menjalankan tugas.Kalau nak tahu nie 1st time aku jumpa dia. Kenal dalam forum Julfy JR. Perasaan takut ada juga (maklum lah kita nie perempuan), tapi ini bukan pertama kali jumpa orang yang tak kenal. Dari zaman belajar, lagi2 time nak buat assignment bezanya berteman. Entahlah bukan nak kata berani sangat tapi NIAT kot. Insyaallah Selamat.

Kalau minggu lepas di puncak alam, minggu ni di jj terbrau. Kebetulan Si Mie Rull ni outstation ke Johor sempat la TT dengan dia. Kali ni kurang segan sebab aku bawak bodyguard yang otai DSLR jugak. Lepak dekat Kenny Rogers Roasters.


Asri + Mie Rull tengah sembang pasal Wifi flash wireless flash technique. Mus pulak teruja dengan gear2 wide lens si Mie Rull nie.

Kpd En Mie Rull terima kasih dari saya+kawan2. Semoga allah membalas anda dengan kebaikan.

Friday, November 26, 2010

syida& syafiq


Tahniah buat syida & syafiq. Semoga kekal abadi cepat2 dapat baby. Mama iba x sabar nak bagi duit raya...hihihi

Monday, November 22, 2010

kaset

arini x da aktiviti menarik. semua orang dah mula keje. tinggal ak menghabiskan sisa2 cuti di rumah. 5hari lalu memang pax ke sana ke sini, cuma pagi tadi jadi driver mak ke pasar jawa-socso-bank. adusss urusan mak semua di klang & b.b.klang. ni yang lemah nie sebab aku dah tak tau jln klang. Nasib baik mak bole jadi GPS yang sangat hebat. Cite jalan klang segala pelusuk mak tahu.

pasar jawa:
mak kata nak cari buku & kaset agama utk cik roslan (adik ipar mak yang sakit). buku ada kaset xda. kaset?? tauke kedai cakap sekarang dah tak jual kaset, semua cd je. penat pusing sampai ke hujung tapi takda gak.


Ohhh nampak gaya kaset dah out dated.
tapi kt umah nenek cuma ada radio y guna kaset je.
macam tu kete kancil aku pun kira dh ketinggalan zaman
kete wira mak pun maju dah guna cd apatah lagi kete bkx ak


kaset!!!!
kaset!!!!
kat mana nak cari kaset dizaman skrang!!!
aku rasa masih ada jual lagi.
nanti aku carikan ....mari terjah dimana kau kaset