Tuesday, December 29, 2009

Jendela 2009

Hampir berlalu 2009, bermula pula lembaran baru 2010.Terlalu cepat masa berlalu, tanpa perhitungan yang wajar 2009 meninggalkan kita. Pelbagai warna-warni kehidupan yang telah kita lalui. Chronology ringkas 2009

Jan:
•Permulaan tahun yang baik, start career as a Junior Quantity Surveyor kat Nam Fatt Oil & Gas S/B. Mula kan hidup sebagai seorang QS [tak ada life langsung, tahu2 pagi g keje balik dah lewat, nasib baik weekend boss tak kacau]
•Aktiviti hujung minggu lepak dengan Cik Ferry di Damansara, Hartamas, Round KL naik BJC sampi pernah kena tahan ngn polis.[namapak ke muka budak jahat?] Lepas ni mungkin xnaik BJC lagi, cik ferry dah nak dpt kerete baru (cukup setahun impian Ferry tercapai)

Feb:
•Dapat offer MMHE, kerja yang di idam-idamkan selama 3 bulan penantian. Bermula la hidup sebagai anak rantau di negeri orang[terasa sepi & hiba meninggalkan life di KL & Shah Alam]. Dah jadi macam orang GOMEN, 8.00-5.00. Nasib baik sabtu alternate.
•Mula menjadi “Orang Rumah” pergi kerja, balik kerja, duduk rumah, jalan2 jarang sekali. Life yang jumut sementara nak settle down kat negeri orang.

Mac:
•Tiada catatan yang menarik. Kehidupan biasa sebagai anak rantau tetapi dah mula selesa & mencari kehidupan baru. Mula mencari kawan2 lama di Johor untuk keperluan entertainment anak muda.

Apr:
•Genap 26 tahun berada dimuka bumi, terasa 1 kebahagian menantinya. Syukur di panjangkn umur serta dimurahkan rezeki. Hadiah terindah dalam hidup.
•Mak, papa & nenek menjalankan ibadah umrah( entah kenapa tak balik ziarah mereka), walaupun xla suka duduk di sini. Impian mak tercapai untuk hadiahkan nenek pakej umrah.(walaupun mak tak belajar tinggi tapi mak mampu bawak nenek tunaikan ibadah umrah. Tapi camne dengan aku? Mampukah aku lakukan seperti mak buat untuk ibunya?)

May:
•Kedatangan Ferry di nanti2kan setelah 3 bulan membuat perancangan. Desaru menjadi impian utama, Pulau Kukup, muzium bugis, layan muzik Danga Bay, naik basikal keliling danga bay,cermin depan BFX 1001 crack melayang duit gaji $300++.
•1st time celebrate Labour day as QS. Pada masa yang sama, Karimah diterima kerja di MMHE untuk high profile project[untung dia dapat masuk project]. Life di johor berubah seperti campus life jugak, university friend cum housemate & companymate. Macam tak percaya dia boleh tinggalkan KL life[itu namanya rezeki tuhan bagi].
•Graduation day-hari yang dinanti2 untuk berjumpe dengan Geng Drainage & si Dia. Dia berjumpa dengan family aku (apa boleh buat tiada jodoh antara kita).
•Best friends wedding- Yani& Hafiz dan Dayang Sarah&Hazrien. Semoga kebahagian mengiringi korang. Saat ini kawan aku yani dah masuk 7 bulan, tak sabar nak tengok baby dia nanti.Dayang Sarah jangan putus asa ye, tembakan belum kena sasaran yang tepat.

Jun:
•Ayah Rina pergi buat selama2nya. Rina dah jadi anak yatim. Syukur kawan2 sentiasa bersama dia ketika itu, aku je xda. 2 minggu kemudian ak sama2 rin g pusara Pak Cik Mohamed. Moga ditempatkan dikalangan para solihin.

Jul:
•Kehidupan biasa2 saja, 1st & 3rd week mesti balik KL, terasa johor-kl bukan jauh sangat. Kalau dah balik banyak la aktiviti boleh dibuat berbanding di sini. Kerja pun ada masa ok ada masa ko, pernah sekali terfikir nak berhenti saja.

Aug:
•Disahkan dalam jawatan setelah 6 bulan bekerja [tapi xla bekerja keras setakat main2 je sebab bulan pertama langsung xda kerja].
•Pertama kali jugak berpuasa di negeri darul ta’zim nie, kalau pergi bazaar ramadhan balik2 jual makanan yang sama je, Kalau sepanjang2 bazar tu sudah pasti boleh jumpe 5 -7 kedai yg sama menu, contohnya roti john, tau foo fa, nasi briyani & murtabak.
•Shopping raya pun bermula, tak payah jauh2 nak shopping sebab dalam MMHE saja dah macam2 boleh di beli & dah beratus2 duit habis. Seronok kerja kat sni walaupun kadang2 bosan dengan scope of works nya. Kawan2 sangat baik, dapat byk kawan kat sini.

Sep:
•Syoknya raya, amik cuti seminggu pun mcm x cukup.Tak cukup ngn cuti seminggu, bdk2 office ajak beraya lagi kat sini. Bole katakan ada saja rumah menjadi sasaran. Kira beraya sakan la. Adat Johor sangat menarik, masih ada lagi Marhaban time2 raya[kat selangor xda macam nie]

Oct:
•Kerja mcam biasa, Cuma hujung2 mingu lepak kat danga bay, kalau balik S.A mesti tak lekat kat rumah, ada saja aktiviti utk lepak, kalau x dengan bed & rina, mesti keluar ngn bdk2 QS, paling2 pun lepak kat kopitiam.

Nov:
•Setelah hampir 10 bulan kerja, akhirnya dapat jugak buat kerja mcm QS, kena prepare budget CAPEX & OPEX, tapi malang sebab nak cuti lama, kerja pun dah jadi pressure sebab ada saja yang perlu di edit, entah dah berapa banyak kali review sampai tak terkira. Maklumla boss2 banyak ide last minute.
•Birthday mak yang ke-53, hadiah utk mak kali ni Percutian 4 hari 3 malam ke Bandung, seronok sangat sebab dapat shopping macam2. Yang paling penting koleksi peribadi semakin bertambah.

Dec:
•Mula berminat sepenuhnya utk menulis belog, dengan harapan nak update setiap hari, tapi kadang2 tak ada idea & tak sempat nak mengadap netbook nie, so buat kerja giler2 sikit just logon n booking date dalam belog sahaja, then save as draft.[ada jugak orang cmni ye]
•Penutup tahun, dapat khabar duka, abah Karimah pergi buat selama2, memang dugaan besar bagi dia malam tue jugak gerak balik KL, moga2 rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.
•Penghujung tahun 31/12/2009 jam 11.59.59 berada di johor, plan asal nak gerak ke KL tahun 2009 & akan nak sampai ke KL tahun 2010. Macam mengambil masa setahun, tapi plan tidak menjadi sebab ada sikit masalah teknikal.


Rumusan yang dapat dibuat, tahun 2009 sangat bermakna dalam hidup ini. Dengan harapan tahun 2010 nie lebih baik dari tahun sebelumnya.

2 comments:

bling2 said...

memang betol2 berwarna warni la khidupan ko iba....

Pena QS said...

warna warni la sgt.......hope so