Tuesday, December 29, 2009

Jendela 2009

Hampir berlalu 2009, bermula pula lembaran baru 2010.Terlalu cepat masa berlalu, tanpa perhitungan yang wajar 2009 meninggalkan kita. Pelbagai warna-warni kehidupan yang telah kita lalui. Chronology ringkas 2009

Jan:
•Permulaan tahun yang baik, start career as a Junior Quantity Surveyor kat Nam Fatt Oil & Gas S/B. Mula kan hidup sebagai seorang QS [tak ada life langsung, tahu2 pagi g keje balik dah lewat, nasib baik weekend boss tak kacau]
•Aktiviti hujung minggu lepak dengan Cik Ferry di Damansara, Hartamas, Round KL naik BJC sampi pernah kena tahan ngn polis.[namapak ke muka budak jahat?] Lepas ni mungkin xnaik BJC lagi, cik ferry dah nak dpt kerete baru (cukup setahun impian Ferry tercapai)

Feb:
•Dapat offer MMHE, kerja yang di idam-idamkan selama 3 bulan penantian. Bermula la hidup sebagai anak rantau di negeri orang[terasa sepi & hiba meninggalkan life di KL & Shah Alam]. Dah jadi macam orang GOMEN, 8.00-5.00. Nasib baik sabtu alternate.
•Mula menjadi “Orang Rumah” pergi kerja, balik kerja, duduk rumah, jalan2 jarang sekali. Life yang jumut sementara nak settle down kat negeri orang.

Mac:
•Tiada catatan yang menarik. Kehidupan biasa sebagai anak rantau tetapi dah mula selesa & mencari kehidupan baru. Mula mencari kawan2 lama di Johor untuk keperluan entertainment anak muda.

Apr:
•Genap 26 tahun berada dimuka bumi, terasa 1 kebahagian menantinya. Syukur di panjangkn umur serta dimurahkan rezeki. Hadiah terindah dalam hidup.
•Mak, papa & nenek menjalankan ibadah umrah( entah kenapa tak balik ziarah mereka), walaupun xla suka duduk di sini. Impian mak tercapai untuk hadiahkan nenek pakej umrah.(walaupun mak tak belajar tinggi tapi mak mampu bawak nenek tunaikan ibadah umrah. Tapi camne dengan aku? Mampukah aku lakukan seperti mak buat untuk ibunya?)

May:
•Kedatangan Ferry di nanti2kan setelah 3 bulan membuat perancangan. Desaru menjadi impian utama, Pulau Kukup, muzium bugis, layan muzik Danga Bay, naik basikal keliling danga bay,cermin depan BFX 1001 crack melayang duit gaji $300++.
•1st time celebrate Labour day as QS. Pada masa yang sama, Karimah diterima kerja di MMHE untuk high profile project[untung dia dapat masuk project]. Life di johor berubah seperti campus life jugak, university friend cum housemate & companymate. Macam tak percaya dia boleh tinggalkan KL life[itu namanya rezeki tuhan bagi].
•Graduation day-hari yang dinanti2 untuk berjumpe dengan Geng Drainage & si Dia. Dia berjumpa dengan family aku (apa boleh buat tiada jodoh antara kita).
•Best friends wedding- Yani& Hafiz dan Dayang Sarah&Hazrien. Semoga kebahagian mengiringi korang. Saat ini kawan aku yani dah masuk 7 bulan, tak sabar nak tengok baby dia nanti.Dayang Sarah jangan putus asa ye, tembakan belum kena sasaran yang tepat.

Jun:
•Ayah Rina pergi buat selama2nya. Rina dah jadi anak yatim. Syukur kawan2 sentiasa bersama dia ketika itu, aku je xda. 2 minggu kemudian ak sama2 rin g pusara Pak Cik Mohamed. Moga ditempatkan dikalangan para solihin.

Jul:
•Kehidupan biasa2 saja, 1st & 3rd week mesti balik KL, terasa johor-kl bukan jauh sangat. Kalau dah balik banyak la aktiviti boleh dibuat berbanding di sini. Kerja pun ada masa ok ada masa ko, pernah sekali terfikir nak berhenti saja.

Aug:
•Disahkan dalam jawatan setelah 6 bulan bekerja [tapi xla bekerja keras setakat main2 je sebab bulan pertama langsung xda kerja].
•Pertama kali jugak berpuasa di negeri darul ta’zim nie, kalau pergi bazaar ramadhan balik2 jual makanan yang sama je, Kalau sepanjang2 bazar tu sudah pasti boleh jumpe 5 -7 kedai yg sama menu, contohnya roti john, tau foo fa, nasi briyani & murtabak.
•Shopping raya pun bermula, tak payah jauh2 nak shopping sebab dalam MMHE saja dah macam2 boleh di beli & dah beratus2 duit habis. Seronok kerja kat sni walaupun kadang2 bosan dengan scope of works nya. Kawan2 sangat baik, dapat byk kawan kat sini.

Sep:
•Syoknya raya, amik cuti seminggu pun mcm x cukup.Tak cukup ngn cuti seminggu, bdk2 office ajak beraya lagi kat sini. Bole katakan ada saja rumah menjadi sasaran. Kira beraya sakan la. Adat Johor sangat menarik, masih ada lagi Marhaban time2 raya[kat selangor xda macam nie]

Oct:
•Kerja mcam biasa, Cuma hujung2 mingu lepak kat danga bay, kalau balik S.A mesti tak lekat kat rumah, ada saja aktiviti utk lepak, kalau x dengan bed & rina, mesti keluar ngn bdk2 QS, paling2 pun lepak kat kopitiam.

Nov:
•Setelah hampir 10 bulan kerja, akhirnya dapat jugak buat kerja mcm QS, kena prepare budget CAPEX & OPEX, tapi malang sebab nak cuti lama, kerja pun dah jadi pressure sebab ada saja yang perlu di edit, entah dah berapa banyak kali review sampai tak terkira. Maklumla boss2 banyak ide last minute.
•Birthday mak yang ke-53, hadiah utk mak kali ni Percutian 4 hari 3 malam ke Bandung, seronok sangat sebab dapat shopping macam2. Yang paling penting koleksi peribadi semakin bertambah.

Dec:
•Mula berminat sepenuhnya utk menulis belog, dengan harapan nak update setiap hari, tapi kadang2 tak ada idea & tak sempat nak mengadap netbook nie, so buat kerja giler2 sikit just logon n booking date dalam belog sahaja, then save as draft.[ada jugak orang cmni ye]
•Penutup tahun, dapat khabar duka, abah Karimah pergi buat selama2, memang dugaan besar bagi dia malam tue jugak gerak balik KL, moga2 rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.
•Penghujung tahun 31/12/2009 jam 11.59.59 berada di johor, plan asal nak gerak ke KL tahun 2009 & akan nak sampai ke KL tahun 2010. Macam mengambil masa setahun, tapi plan tidak menjadi sebab ada sikit masalah teknikal.


Rumusan yang dapat dibuat, tahun 2009 sangat bermakna dalam hidup ini. Dengan harapan tahun 2010 nie lebih baik dari tahun sebelumnya.

Monday, December 28, 2009

Wali Band



Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim


Pena QS: Terima kasih Mus, bluetooth lagu nie kat LG KP500i

Sunday, December 27, 2009

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Pena QS: Salam takziah buat Karimah sekeluarga di atas perginya insan tersayang ayahanda Md Fadil pada 27hb Dec 2009 Jam 12.05am. Semoga allahyarham dicucuri rahmat & keampunan.

Monday, December 21, 2009

Tempat jatuh lagikan dikenang

Rin & Bed ajak keluar ptg sabtu. Dah lama sangat tak jumpa dengan diorang. Lebih-lebih lagi bila aku tinggal di Johor, Bed di Port Dickson & Rin sibuk dengan hal-hal kerje di Sepang. Akhirnya selepas 3 bulan tak jumpe, kitorang keluar g lepak.

Tanpa arah tuju selepas diorang amik aku kat rumah [sejak tinggal di Johor kawan2 rajin amik dirumah]. Masih tercari-cari tempat yang nak dituju. disebabkan Bed nk makan sangat Ayam Penyet, kitorang lepak di USJ Taipan. Makanan kira ok cuma agak pedas sedikit.

Lepas tue, kitorang plan nak g karoke, emmm tak de tempat lain kecuali PAS & Ole-Ole. Ole-ole menjadi pilihan, sempat jugak main basket ball kat ole-ole, rasa seronok dapat enjoy sekejap ngn bed & Rin, sementara tunggu Bed solat [terlalu bersopan santun], kitorang lepak tengok orang main bowling.
Pehhh teringat zaman QS last sem, tempat nie la menjadi rutin minggu Geng Drainage, lepas class Costech je mesti g main bowling, lau tak di PAS pasti di Ole-Ole.
*Bed & Rin dengan gaya terpendam

Sekarang semua tinggal kenangan, memori indah zaman2 Drainage, entah bila dapat buat aktiviti nie bersama Drainage lagi ye. Rindu, rindu sangat2 dengan korang, bola terlepas kebelakang, masuk longkang la, terjatuh la & bla.bla.bla.[click untuk review zaman Drainage]
* Zaman Drainage dah berlalu...............

Sunday, December 20, 2009

Cakap Serupa Bikin

"Walk as you talk"

Bila ia diterjemahkan serupalah dengan "cakap serupa bikin". Inilah salah satu orang kita susah nak tunaikan. Bukan tak ada orang yang sebegini tapi bilangannya masih boleh dikira dengan jari.

Orang yang diketegorikan macam inilah selalu yang dicari lebih-lebih lagi golongan usahawan dari sekecil-kecil perniagaan sehinggalah ke dunia koporat. Memang di nanti-nantikan kedatangan orang yang sebegini..

Saturday, December 19, 2009

Lidah Umpama Pedang


"terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata-kata buruk padahnya"

Tak pasti simpulan bahasa di atas tepat penggunaan ayatnya. Saya bukan lah seorang yang tahu dengan pujangga melayu. Tapi ia membawa maksud yang sama @ ada sedikit persamaan di situ.

Pedihnya kata-kata seseorang kadang-kadang membuat hati terluka. Percakapan yang tidak elok di dengar kadang-kadang membuat seseorang ketawa dalam tangisan, senyum dalam kesedihan, ceria dalam kepahitan mahupun bermesra dalam kekecewaan.

Tidak salah untuk menugur, tidak salah untuk menyuarakan pendapat malah tidak salah untuk memberikan kritikan & komen, tapi biar lah kena pada caranya. Kadang-kadang bukan dendam di hati, tapi kata-kata yang dihamparkan umpama halilintar yang menusuk di kalbu.

Kalau lah semua orang berpegang pada prinsip " tidak ada manusia yang sempurna" alangkah indahnya kita hidup. Konsepnya mudah sahaja, yang betul itu benar, yang salah itu tetap salah, terimalah kesalahan kita dengan hati yang terbuka.

Mengakui kesalahan adalah sesuatu yang sukar diterima oleh mana-mana pihak. Tidak kira la apapun latar belakang kita, apapun pangkat kita, apapun darjat kita. Sekalipun kita tidak mahu mengakui, diam adalah cara terbaik untuk kita mengakuinya. "Belajar dari kesilapan" ada benarnya bukan?

Bila hati terluka dengan kata-kata yang tidak enak di dengar, barulah kita faham lidah ini kadang-kadang lebih dasyat dari pedang. Lidah juga boleh membunuh. Membunuh nilai-nilai murni dalam persahabatan, keakraban dalam kekeluargaan & kerukunan dalam rumah tangga. Kerana lidah juga badan bina, kerana lidah jugak porak peranda.

"Hidup kita umpama roda", kitaran yang cukup signifikan dikaitan dengan perbuatan kita, ramai orang mengulas " hari ini hari dia, esok lusa hari kita", "hari ini di buat kita, esok lusa orang buat dia"........Itu semua kerja tuhan, kita sebagai insan yang kerdil tidak layak untuk mempersoalkannya. Siapalah kita untuk menilai dan menentukan masa depan seseorang.


Pena QS: ambil yang jernih buat teladan, yang keruh jadikan sempadan. Fikir-fikirkan.

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah

Khas kepada semua umat Islam di dunia,
Semoga kedatangan tahun baru hijrah 1431 membawa 1001 makna & kerahmatan buat kita. Tanamkan keazaman untuk menjadi yang terbaik serta memperbaiki kelemahan yang ada.

Salam Maal Hijrah 1431
Pena QS

Thursday, December 17, 2009

JB-KL-JB

Bila selalu berulang alik dari JB-KL or KL-JB dah rasa macam dekat je. Ada masa terluang sudah pasti ingin balik Shah Alam. Kalau kena masanya paling cepat boleh sampai KL kurang 4jam, itu pun ikut nasib-nasib.

Di Larkin bustation terlalu banyak "ULAT"[istilah untuk penjual tiket haram]. Ulat-ulat ini selalunya menipu, kalau cakap 10 perkara yang betul cuma 23 sahaja. Walaupun dah banyak kali balik ke KL aku pun tak terlepas dari ditipu ulat. Pokoknya, sampai KL sudah ler, tapi pernah sekali tue, aku mengamuk dengan ulat nie, samapi dia pun tak tahan, then pulangkan balik duit aku.

Kadang-kadang kecian, tapi cakap la betul2 kalau nak orang percaya, setakat 2-3 ringgit lebih tue tak jadi masalah pada aku, tapi jangan la menipu, nanti orang dah tak nak naik bus dia lagi. Hari nie aku jumpe dengan Uncle Kok, aku rasa percaya dengan kata-kata dia, dia kata kalau tak jam dalam 3 1/2 -4jam dah sampai KL. Aku pegang kata-kata apek nie, saje nak tengok orang kita bisnes Vs orang dia bisnes. Kalau betul, memang ler lepas nie aku akan jadi regular customer dia. Mari kita tunggu & lihat.@#@#

Wednesday, December 16, 2009

Munggil di Penawar


Munggil [nama manja Asri di office] admitted di Penawar. "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.." itu lah pepatah yang senonim untuk dilabelkan pada Penawar. Kalau kena admit sudah semestinya kena operate. Munggil kena buat laser tghari tue jugak. Bukan main cepat lagi penawar memberikan perkhidmatan. Kelihatan dalam gambar Pn Mus & En Syafri yang berusaha membazirkan air liur untuk menghiburkan asri.
Kebetulan juga, di wad yang sama anak En Sahab[Head of Electrical dept.] admitted jugak. Di fahamkan adik Mohd Shauki terkena air panas ketika nak buat air sendiri kerana merajuk dengan ibu beliau disebabkan tidak diizinkan untuk berkhatan cuti sekolah nie. Kesian tengok si Shauki yang menahan kesakitan.

Pena QS: ikut cakap ibu sudah pasti dapat untung, (",)

Tuesday, December 15, 2009

Padahnya orang yang tak tahu MENJAHIT

Bukan main susah nak cari tailor yang boleh otter jacket office. Cuma yang aku tau ada 1 kedai je kat masai nie, tapi malang sekali tuan kedai reject jacket yang aku hantar buat kali ke-2. Kali pertama dulu, dekat2 nak raya, dia xleh terima order lagi sebab dah terlalu banyak, tapi kali nie pun sama jugak, kalau nak, kena tunggu lps raya cina. Huhuhu dh ler uniform aku 1 tu dh buruk giler. Pujuk punya pujuk tauke kedai cuma accept seluar ak saja.

Dengan hampa, aku terpaksa cari kedai lain, 2 3 kedai pergi semuanya x amik otter jacket. nasib baik 1 kedai nie terima Roy Chain Toiler, tapi dia pun x janji bila bole siap, dia cakap susah ler apa ler, baju bertulang la. Baju pun ada tulang ke? Sebab dah xda sangat aku cakap la tak kisah, janji boleh dipakai, ak buat muka kecian cakap baju ada 1 je dah la musim hujan. Apek nie pun setuju nak siapkan baju ak dalam masa seminggu ngn kos RM15. Tu je kisah orang yang x tahu menjahit, mengharap orang tolong repairkan jacket. Kalau aku ikut cakap mak dulu suruh belaja jahit, mungkin tak la terjadi perkara tadi. hhuhuu sedih kan? orang yang xtahu jahit

Friday, December 11, 2009

Hari ini Selangor cuti

Huhuhu seronoknya warga Selangor lebih2 lagi yang berkerja. Hari nie cuti lagi sempena besday Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Nampak gaya warga Selangor cuti 3 minggu berturut2 setiap jumaat December ni.

Kalau la time nie aku masih berkerja di Nam Fatt Oil & Gas S/B or kerja di Selangor, sudah pasti sekarang nie tengah sibuk menguruskan majlis perkahwinan my beloved cousin Dedah. But now, im still at Larkin Bus Station, away back to Shah Alam. Very excited to arrive earlier to meet them.

Bertambah excited bila mana ak nak hadiahkan dedah chocolate(special made for her) as a door gift. Harap2 chocolate nie sampai Shah Alam dalam good condition jugak. Ya Allah mudahkan lah urusan hamba mu ini Ya Allah

Wednesday, December 9, 2009

Aduhhhhh prihatinnya dia

Aduhhh...pagi ni dah la terlambat nak g kerja, masuk je highway pasir gudang jam la pulak, tak macam selalu. Emm rupa-rupanya ada car brakedown kt emergency lane. Xda pape pun aku tengok, tapi semua kenderaan mula perlahankan kenderaan macam paparazzi, sibuk sangat nak tengok, apa yang best pun ak xtau. Huhuhu buat sesak jalan & susah orang saja. Bila kita terlalu nak amik tahu pun susah jugak, terlalu prihatin sampai berlaku kesesakan jalan......

Happy Wedding



I would like to wish congratulation to my lovely cousin Shahidah Muslimah (Dedah/Syahid) on her coming wedding day on 12/13 Dec 2009 with Dr. Azizul Akram. The event will be held at our small village Kg. Jalan Kebun, Sek 30, Shah Alam. Pray to Allah for make her marriage happenies till the end.

*Dedah with her brother, Muzakkir

Tuesday, December 8, 2009

Duit HANATARAN

Apakah beza duit MAS KAHWIN Vs duit HANTARAN? Duit mas kahwin yang disebut dalam akad, wang yang wajib di bayar oleh pengantin lelaki, bergantung pada negeri kalau di Selangor RM80.00 @ di Johor RM22.50.

Duit HANTARAN? Inilah yang menjadi topik perbualan di office pagi tadi. Persoalannya milik siapakah WANG HANTARAN itu? Milik"Pengntin Perempuan" atau milik "Ibubapa Pengantin Perempuan"?

Apakah jawapan yang tepat mengikut fakta-fakta yang nyata? Simple je soalan kawan nie, tapi susah nk bagi jawapan yang tepat. Siapa boleh tolong bagi komen?Cuma sempat search dalam google berkaitan ini [Article] [Article 2]

Monday, December 7, 2009

Lain dari Lain

Memory setahun yang lepas, masih segar dalam ingatan. Kalau kebiasaan, setiap semester QS students akan buat Site Visit tapi kali nie Geng Drainage buat kelainan sedikit ke Parlimen Malaysia [click disini]. Emm niat asal saja nak tengok orang bersidang atau lebih tepat lagi cara bergaguh dengan penuh Professional. (hehehehe..mana tau lepas nie dh penat nk buat taking off, boleh la lobby untuk jadi MP).

Emm sapa ye agak2nya di anatara Geng Drainage yang mendahului? Kalau tengok gaya Heikal dah ada style dah( mana taknye dia versatile menggayakan baju batiknya). Mungkin MP Shah Alam atau MP Pasir Mas atau MP Puchong?Rata2 Geng Draiange x fanatic sgt ngn politik, kalau adapun sikit2 saja untuk mengikuti perkembangan tanah air. Ada yang BIRU, ada yang HIJAU, ada yang DACING, ada yang BULAN, janji jangan ada yang ROKET.Mungkin ada yang fobia nak g parlimen lagi sebab takut hilang buat kali kedua. [click disini].

Apapun ini lah pengalaman yang sangat berharga. Tak sama dengan lawatan site mahupun pengalaman kerja sebagai QS. Percaya lah kalau keje 10thn pun lum tentu dapat g parlimen lagi. Lain dari Lain bukan?

*Idea asal: Cik Ferry
*Direalisasikan: SMG
*Sokongan: Geng Drainage
*Penerima Idea: Pn K & Pn NAS

Sunday, December 6, 2009

1, 2 & 3 memang senang

Sebut saja 1 2 & 3 memang senang bukan? Semudah kita sebut A B & C. Bukan susah pun nak cakap benda-benda nie. Kalau di suruh tulis dengan pejam mata sekalipun, sudah tentu 100% betul.Ohh......apa kaitan 123 Vs ABC? Ahhh sama saja, bezanya 123 adalah nombor manakala ABC adalah abjad.-@%&-

Saturday, December 5, 2009

Alahai KING KONG

2009 mencatat sejarah Aidilfitri di raikan di Johor. Suasana sambutan raya disini sangat seronok.Walaupun raya dah masuk 2 minggu tapi kami geng2 bujang tetap beraya sakan. Lepas balik kerja ada saja plan untuk beraya ke rumah staff2 berkeluarga.

Pembuka jemputan rumah terbuka ialah En Miskam di Bukit Dahlia. Banyak sangat makanan yang dihidangkan. Special menu yang paling disukai Roti Jala, Ubi & sambal & rojak buah. Kitorang dapat layan istemewa dari En Miskam (ceh ceh ceh perasan la pulak) sebab dia bawakan kitorang teh O panas(maklum je la sebab hujan).

Selang seminggu raya rumah En Zul, orang rumahnya menjamu kitorang laksa johor & nasi lemak (request menu dari Kak Asma). Pehhh memang pandai la isteri En Zul masak, sampai licin diorang makan. Siap ada puding coktail.

Pernah dua kali tue, 1 malam kitorang raya 2 rumah. Rumah En Syed & rumah En Midon hari yang sama.Kemudian rumah En Senian & rumah En Bob. Emmm.... faham2 je ye, bila masuk rumah kedua dah xboleh makan banyak sebab dah kenyang melantak kat rumah 1st. Walaupun hidangan tu sedap2.

Penutup jamuan raya 2009 rumah En Hussin Ali. Rumah dia dekat je dengan rumah aku, tapi nie la yang paling lama kitorng sesat. Haaaah jangan tak tahu, kitorng dapat wrong information, Mamat "S" cakap dekat junction rumah En Husin ada replika "King Kong". Punya la cari bagai nak giler, rupa2nya bukan Kingkong tapi "Orang Kuat". Apalagi kitorng punya la gelak bagai nak giler jugak. Adussss penat beb asyik ketawa je. Alahai Orang Kuat, mati2 kitorang ingat King Kong.

Nur Kasih

Cinematography Nur Kasih tayangan TV3 setiap Jumaat jam 9.00pm merupakan sebuah drama arahan Khabir Bhatia sangat terkesan pada masyarakat Malaysia kini. Walaupun drama ini telah tamat pada minggu lepas, rata-rata orang masih mengulas drama ini. Tidak hairan drama ini terkesan kepada jiwa masyarakat, satu-satunya drama yang penuh dengan message & pengajaran dihujung cerita.

Syabas sekali lagi untuk
Khabir Bhatia dengan penuh keberanian menampilkan kelainan dalam dunia seni tanah air. Jauh bezanya dari typical drama-drama melayu yang penuh dengan cinta koprat, cinta golongan atas mahupun cinta tiga segi. Ikuti ulasan penuh dari Zaffan Khalid.

* Drama Rating: A++

GSM Mobile-myiman

Tanpa dirancang, lepas saje safety talk terus g koperasi. Koperasi MMHE memang ada jual pelbagai HP . Harganya boleh tahan & berpatutan dengan harga2 dipasaran. Punya belek2 pamplet & new hp, rasa sangat tertarik dengan model myiman. HP nie complete dengan digital Al-quran Features. Antara digital Quran features adalah seperti:
  • Digital holy Quran text & audio (114 surahs) arabic text by Othman Font
  • Recitation by sheikh sudias & shuram
  • Duaa khatam al-quran & 99 names of Allah
  • Qibla direction of all major cities in the world
  • 28 languages Quran translation
  • 9 hadith books
  • Salat times with Adhan alarm
Manakala ciri2 HP pulak seperti:
  • GSM 900/ DCS 1800 / PCS 1900
  • Dual SIM cards
  • True color TFT LCD, touch screen
  • Bluetooth, FM
  • 1.3 mega pixels camera
  • MP3 & MP4
  • Support T-flash card
HP ni sesuai utk kegunaan sendiri, tapi kalau dah ada 2 @3 HP xperlula beli. Sangat sesuai utk di hadiahkan pada parents, suami@isteri @ pada staff2 kita(hehehe sebab bos aku pun beli).

Thursday, December 3, 2009

Sukar dipercayai

Teringat akan hikayat melayu " Pengembala Kambing". Pengembala kambing yang selalu menipu orang kampung tentang kambingnya di makan harimau/musang. Orang2 kampung selalu tertipu dengan helah si pengembala kambing ini

Pada suatu hari, peristiwa ini benar-benar terjadi. Pengembala kambing meminta tolong:
"Tolong....tolong kambing aku di makan musang......."

Dia memekik berpuluh kali. Tapi malangnya tiada seorang pun datang menolongnya. Akhirnya Si Pengembala kambing kerugiaan besar. Semua kambing2nya mati di telan musang.

* Siakap sinohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri"

Wednesday, December 2, 2009

Moga Selamat

Malam itu terasa sunyi, hanya kedengaran deruan air di swimming pool serta detikan jarum jam. Dekat rumah sambil layan FB & sedikit kerja pejabat. Housemate pulak layan perasaan dalam bilik. Tit Tit.... 1 new message received. Terus aku capai LG KP500i.

"Salam. Saya & en nazir inyaallah akan berpindah ke Uitm sarawak pertengahan december ni utk 2 tahun. DOakan kebaikan kami ye. Selamat berkorban demi agama"

"Wsalam...susahla nak belanje lg :-). ni mesti naik pangkat. Apapun saya doakan yang terbaik untuk Pn sekeluarga.selamat menjalani kehidupan baru disana.Sampaikan salam saya pada en nazir.Keep in touch ye"

"Bukan naik pangkat tp cuma lecturer senior je. kami pun pergi dengan syarat tak mau jadi KP. Tukar angin.TQ atas doa. Kalau nak belanje lagi cakap je. Kita boleh naik belon balik."

"haha ok je. Nanti i pun leh g sana.Prof Kamil cakap lau kita merantau murah rezki."

"Insyaallah murah rezeki.Nanti boleh pulak saya belanje :-).Okla nak tido dah ngantuk"

"Ok.good nite"

"Night too.Tel saya kalau dtg S'wak"

Bila dapat message macam nie terasa di ingati,walaupun kehidupan mereka tersangat sibuk dengan hal-hal kerja serta keluarga. Rasa terharu jugak la, bila orang ingat kat kita nie kan. Apapan semoga Pn sekeluarga selamat & bahagia di bumi Kenyalang..............

Sunday, November 29, 2009

Semangat Yang Hilang

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

Teringat dengan lagu kumpulan XPDC, semngat yang hilang, Ia membawa erti yang pelbagai saat kala kita dilambung badai. Arrrgggghhh..... aku tidak sekuat orang-orang disekeliling ku, terlalu rapuh di saat terima tekanan yang hebat.

Kadangkala cuba dengan pelbagai penyelesaian, malangnya menemui jalan buntu. Aku masih keliru dengan corak kehidupan, rentak pekerjaan malah politik kerja yang ada masanya tidak boleh diterima dengan akal yang waras.

Kepuasaan bekerja masih samar-samar, sampai bila harus begini. Duka di hati pulih sedikit bila mana terima habuan bulanan dari majikan. Tetapi yang paling utama kepuasan yang datang dari hati yang ikhlas.

Ya Allah, tiada tempat untuk ku mengadu selain dari-Mu. Hambamu buntu& terlalu cetek pengetahuan dalam hal-hal sebegini. Bantulah hamba mu ini ya Allah. Dengan kalimah "La ila hailla Allah, Muhammad dur rasullah". Aku benar-benar yakin Engkau sentiasa bersama-sama hamba-Mu ini Ya Allah. Tiada daya & upaya selain menyerahkan segala-galanya pada-Mu Ya Allah......


Saturday, November 28, 2009

SempiT PemikiraN

Pandanglah kehadapan
Jangan terlalu sempit kan pemikiran
Tuhan bagi akal yang sempurna
Kenapa perlu di bataskan

Pandanglah ketimur
Bangsa lain maju kehadapan
Sebab itu Dr M pernah lancarkan
"Dasar Pandang ke Timur"

Pandanglah orang2 disekeliling kita
Contohi yang kehadapan
Ambil ikhtibar yang jauh ketinggalan
Untuk kita lebih berhati2

Pandanglah orang yang menjadi idola kita
Untuk kita maju setapak kehadapan
Tidak salah untuk meletakkan matlamat yang tinggi
Tapi biarlah mampu untuk mencapainya

Pandanglah sesuatu dengan mata hati
Bukan mata penglihatan
Mata hati adalah sesuatu yang tulus
Tersurat & tersirat 1001 pengertian

Pandanglah sidikit pengorbanan WANITA
Walaupun sekecil zarah sekalipun
Jangan abaikan peranan ini
Sumbangan yang tak terhingga kepada negara & agama

Kini zaman mellinium abad 21
Fikirlah secara matang
Luaskan pemikiran
"JanGan SemPitkan PemikiRan"

Friday, November 27, 2009

Syukur

Dalam kehibaan menyambut kedatangan Aidiladha terasa penuh kesyukuran mempunyai keluarga, sahabat handai serta kenalan sekeliling. Bertapa pentingnya insan-insan ini dalam kehidupan kita. Bukan sekadar kekasih sahaja perlu ada dalam ruang hati kita, tapi kita seharusnya memberi ruang pada insan-insan sebegini.

Kebesaran tuhan tiada tandingnya, sudah pasti akan janji2 tuhan pada kita: "Berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan". Ia juga senonim dengan pepatah melayu: "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Ringkas & mudah 2 kata-kata ini. Tapi membawa makna yang sangat mendalam.

Takbir Bergema Lagi

10 Zulhijjah kembali lagi
Gema takbir di corong radio menambat hati
Alunan syahdu memuhasabahkan diri
Tidak terhitung dosa-dosa lalu

Keheningan malam memukau pandangan
Terkenangan kisah-kisah lampau
Tanpa di duga tanpa di sangka
Memory 2002 segar dalam ingatan

Peristiwa yang sama kembali lagi
Beza cuma tempat & waktu
Dulu jauh ke utara tanah air
Kini di penghujung selatan

Hari berlalu terlalu pantas
Tanpa menunggu sesiapa saja
7 thn dahulu bersama rakan seperjuangan
Tapi kini bersama rakan sematlamat

Tanpa diduga dengan akal fikiran
Bertapa besarnya keagungan tuhan
Dia lah yang maha pengasih maha menyayang
Mengetahui & menyusun yang terbaik untuk hambanya

Tersedar dari dunia hayalan
Kadang-kadang angan-angan nenjadi kenyataan
Pastinya kenyataan adalah kebenaran nyata
Tanpa muslihat dari sesiapa saja

Hening sungguh angin subuh
Sehingga menusuk ke kalbu
Bersyukur pada pencipta
Dapat merasai suasana ini kembali.......

Tuesday, November 24, 2009

Kalaulah!

Kalaulah di hitung dengan jari hampir sempurna angka 10 bulan. 10 jari pelengkap 10 bulan menempuh hari-hari suka duka sebagai insan yang meniti kehidupan. 10 bulan jugak bukanlah sesuatu yang sekejap dalam kalender harian kita. 10 bulan = 300 hari = 7200 jam = 432 000 minit = 25 920 000 saat. Sesuatu yang sukar di terima akal bila mana kita terlalu banyak masalah.

Kalaulah di hitungan tanpa kewajaran yang nyata, mungkin boleh jadi gile. Malah macam-macam lagi tindakan luar kawal yang boleh mengganggu kita. Hanya secebis IMAN & sedikit TAQWA dalam diri yang mampu memberi kekuatan pada kita untuk mengharunginya.

Kalaulah di beri kebenaran untuk kembali ke 10 bulan lepas, belum pasti apa yang kita impikan akan tercapai. Sesuatu yang kita tidak pasti akan kebenaran & susun atur hidup ini.Terlalu banyak yang tersirat dari yang tersurat.

Kalaulah di beri peluang kedua, belum pasti peluang itu menjanjikan kebahagian serta menurut citarasa kita. Mungkin jugak kita akan tersalah membuat pilihan. Mungkin juga kita akan menyesal seumur hidup. Tetapi kita harus PERCAYA & YAKIN bahawa segala sesuatu yang terjadi adalah ketentuan ILAHI.

Saturday, November 21, 2009

Kecekalan Hati Seorang Wanita

Kagum sungguh melihat ketabahan & kecekalan seorang wanita yang mencari rezeki untuk membantu suami mencari nafkah keluarga. Apatah lagi, melihat kecekalan seorang ibu yang menjadi tulang belakanag anak-anak. Kagum & kehairanan bagaimana hati seorang wanita y sekelumit itu mampu menanggung semua ini?

Ya! kehairanan ini semakin memuncak apabila melihat wanita-wanita ini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dikalangan golongan Adam. Lebih-lebih lagi dikalanagan suasana kerja yang sangat mencabar. Tidak semu lelaki mampu untuk bersaing di dalam industry “oil & gas” ini kan pula seorang wanita bergelar ibu. Tidak dapat bayangkan bagaimana mereka berusaha gigih untuk mencapai matlamat & kepuasan kerjaya.Pada saya bukan senang untuk mendaki ke puncak kejayaan, lebih2 lagi mereka bersaing di kalangan organisasi yang besar.

Semua sedia maklum, tekanan kerja dalam organisasi sebesar ini tidak sama dengan tekanan di dalam organisasi yang kecil. Ia terlalu jauh bezanya seperti langit & bumi. Pelbagai ragam dapat di lihat dikalangan pekerja itu sendiri. Dari pangkat yang bawah sehingga la pangkat yang paling tinggi. Cabaran & halangan kadangkala menuntut pengorbanan untuk kita lebih sabar.

Ada masanya, kita terlalu emosional dengan cabaran di tempat kerja. Kita ambil jalan singkat untuk lari dari masalah. Dengan pelbagai asalan seperti berhenti kerja, ambil MC & kadang ambil EL kalau2 xdapat MC. Kadangkala kita x professional dalam hal kerjaya. Bukan senang nak senang, ia menuntut 1001 kesabaran, ketabahan & kecekalan untuk maju ke depan. Bila kita terlanggara batu baru kita terngadah. Tapi itu lebih baik dari kita terus lena di buai mimpi, kisah2 dongeng & etc.

Ambillah ikhtibar dari kisah suka duka rakan-rakan kita di tempat kerja. Bagaimana meraka mengukir nama meniti kejayaan mereka hari ini. Teringat pada iklan PETRONAS lakonan Hafsam " Kita kena jalan kedepan....."

Sunday, November 15, 2009

Paintball

Kali nie kejohanan Paintball MMHE berlangsung di Taman Rekriasi Skudai. Wahh memang best la, sebab kali ini di buat dalam Hutan Kelapa Sawit. Adventure giler.

Officemate aku: Azizi (Capt.), Syafri, Mustaffa (Mus), Asri & Nina masuk perlawanan ini dengan nama friendly Fire..hehehe kalau guna nama Team Babat mesti diorang menang. Diorang kalah time liga set, 1st game kalah teruk, semua mati. 2nd game ada peningkatan & 3rd game diorang menang.

Kali nie capt. & Asri pandai mengatur langkah, tapi sayang capt terjatuh masa nak amik bendera. Kalau tidak memang dah menang la.Syabas bebeh, korang memang hebat..(walaupun kalah tak dapat masuk semi final). Apapun, kitorng enjoy dengan game tadi, kalah menang adat la kan. Tak payah nak emosi2 janji dpt release segala bala masalah.


Friday, November 13, 2009

"JaGa-JaGa"

Untuk makluman semua yang masih berkerja makan gaji+terima duit tiap2 bulan dari company, tak kira apa sekali pun jawatan yang disandang i.e clerk, manager, executive, supervisor, GM even MD/CEO, anda semua masih tertakluk kepada Code of Conduct. Secara ringkas, anda masih terikat dengan:

1- Rahsia company
2- Dokumen2/profile company
3- Reputation company

Semua di atas adalah tanggungjawab setiap pekerja untuk menjaga nama baik company. Segala maklumat adalah "private & confidential". Ia merupakan satu kesalahan besar sekiranya kita mendedahkan kepada awam serta berkemungkinan akan di ambil tindakan disiplin.

*sayangi la company anda.

Thursday, November 12, 2009

Mentor + Car Breakdown = Headache

Today, at 08:30 until 17:00 only selected staffs are invited to "Relationship Building Mentors & Mentees Program". This program held at Tangjung Puteri Resort has been organized by HR Department.

Selected mentor which is those who are in SG24 and above and most of the mentees are in SG21.Frankly, I'm very happy with this program because i got a best mentor(kalau dapat mentor yg K.O mesti xbest & agak bosan).Every mentor got two mentees. My mentor En Azizan (forgot his father's name, sorry ye en azizan) from Legal department very friendly person. Within shortest time during kick off meeting, it can be concluded that he can be part of motivator, counselor, consultant, coach & may be a friend. Hopefully i can learn as much as possible from him especially for career future.

Bit sadly, after the program end my KANCIL was breakdown(nasib baik ada man & faizal). They delivered me at home & now my car still at workshop. Many things to think just now, i'm become headache.

Wednesday, November 11, 2009

Maintenance Management @ Construction Economic?

Dreaming to doing a Master in Maintenance Management or construction Economic in near future? Isn't both course are offer by our local university? I'm not very sure that our local university are offered both course. If have, may be by doing a research.

Isn't it compulsory to have a Master degree to boost up your career? or part of self satisfactory to have master? the most importance things is what you want to be? what are your goals/aims for your further life/career?

Haaaaaaaaaaah start thinking of that...:-)

Tuesday, November 10, 2009

Pressure.................

Arghhhhhh.....
hari nie rasa macam tersangat pressure, tapi hidup perlu di teruskan. KERJA? memang macam tu kot, ada masa O.K ada masa K.O, ada masa SERONOK ada masa BUSAN, ada masa rasa office tue macam MMHE dihati ku ada masa macam Tong Sampah Div & ada masa macam nak sehidup semati je ngn company aku sekarang.

Environment kerja keseluruhannya best, kawan2 serta staff kat sni baik2, relationship bonding between each other very2 strong. apa perlu buat, pada aku layankan je flow dia sekarang, ikut & layankan je apa yang berlaku. tapi aku sangat tertarik ngn statement kawan aku ni "APA NAK BUAT DEMI SESUAP NASI" dan aku menambah "APA NAK BUAT HIDUP PERLU DITERUSKAN"

Monday, November 9, 2009

1st Ramadhan

Negeri Johor cuti sempena Awal ramadhan , tapi Nuzul Quran tidak cuti. Kalau di Selangor sebaliknya yang berlaku. Peluang cuti hujung minggu aku plan memang nak balik Kampung. Konon2nya nak sambut ramadhan & berbuka puasa bersama keluarga. Impian aku akhirnya tercapai.Petang tue, kami sekeluarga berbuka di rumah nenek, emmm macam2 lauk ada, rezeki berbuka magrib tue terlalu banyak.Alhamdullilah, rezeki Allah bagi melimpah ruah.

Biasa ler, bulan2 puasa, siang hari kurang sikit aktiviti kalau nk dibandingkan dengan bulan2 lain. Pagi tue dpt sms dari Cik Pumpkin” Ko free x? jom ikut ak g Gold course morib, ak teringin sangat”.Masa tue memang tak da plan lagi, aku pun bersetuju tapi dengan syarat CIK PUMPKIN kena amik, sebab aku balik naik bus, so kurang transport la kat umah, masing2 guna kereta.

Perjalanan ke Morib mengambil masa 45 minit (hihi nie kira cepatla sebab BHK bawak macam F1). Bila sampi morib rupa2nya Gold Course Resort tue under construction lagi, belum pun siap. Tapi signboard dh merata kitorng jumpe, mati2 ingat dah siap la. Untuk tak menghampakan cik PumPkin, kitorng lepak kat tepi pantai morib. Memang syok abis, orang pun x ramai, angin sepoi2 memang kuat ler, fuyoooo best giler tue,, rasa hilang sekejap beban2 kat opis. Baru la rasa gaya hidup yang sihat.

*Memandangkan Cik Ayu@Pumpkin duduk berdekatan ngn umah aku, dia lah yang selalu & rajin amik aku bawak g jln2. Terima kasih -QS Ayu-