Showing posts with label Terbuka. Show all posts
Showing posts with label Terbuka. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Azam tahun 2011

TUJUAN asal: CONTEST Matjoe

Kali ini, aku rasa terbuka untuk berkongsi azam aku (pelik tapi benar) Kebiasaannya, azam aku terdiri dari 4 elements ;personal (family, health, life, hobbies & activities) ;financial; career & belief. Azam ini kemudiannya akan diterjemahkan dalam bentuk mindmap seperti ini…..

Preview sedikit azam 5thn dulu. Dari 2006-2008 ditulis dalam diary. Azam 2009 hilang! Konon2 canggih semua simpan dalm LG Cookies, sudahnya handphone kena curi. 2010!-Ingat dalam kepala aje sekadar review & update mana2 yg tertangguh. Cuma yang specific mengumpul ‘mobile asset’. 70% satisfied dengan plan2 ini.


2011! Kurang 3 jam dari sekarang! ‘hi hi for 2011’ and ‘bye bye for 2010’. AZAM 2011 disini hanya menyentuh element aku yang ke-2 ‘financial’ dan tagline matjoe yang pertamaInvesting, Living & Anything’ .


AZAM 2011- TO DIVERSIFY INVESTMENT PORTFOLIO[Mempelbagaikan portfolio pelaburan]

1 Memadai bagi aku. Utk aku lebih FOCUS (Forget Other Commitment Until Success)


Macamana caranya?

Mula2 aku akan INVEST BUKU dulu. Aku akan laburkan $$$ aku untuk ini dulu

Sapa nak pinjam boleh email aku. Kita share sama2, Xpayah beli buku yang sama. Kita buat system butter. Semua dapat manfaat. Beli 1 buku dapat baca 2 buku. Ok apa kan.

Bila ilmu dah ada sikit2, & dari report2 trusted fund yg aku simpan, aku nak increase kan sikit2 dalam UNIT TRUST. Sikit2 lama2 jadi berbukit2. Tujuan utk long term-investment.


Then,, aku nak beli GOLD ACCOUNT. Aku dah ricky2 dekat KFH. Pelaburan awal tidak lah tinggi mana sekadar 10g & 1g for subsequent purchase.. Utk long term return, dalam 15-20% (mengikut kata officer bank tue ler).

Aku memilih KFH sebab memang syariah complianc. Agak TERUJA dapat pegang emas ini (Berangan sekejap: “kalau tukarkan duit hantaran ke emas elok jugak”- Capital appreciation


Akhir sekali, aku nak menjinak-jinak kan diri dalam KLSE lebih aktif setelah aku di ajar dari pemberian IPO tahun ini oleh company kesayangan aku. AKu belajar dari Ms Pauline Yong

Rule of thumb in investment:’ High return high risk’. Jangan tau set return/ profit je, tapi kita lupa nak set berapa banyak risk/loss yang kita boleh accept.


Untuk short term, Defensive Investment dah memadai- Sekadar monitor n keep on saving in ASB & gunakan OD dengan betul. Nak buat passive income dlm property belum cukup ilmu lagi & limited income . Ingat ukur baju dibadan sendiri!

Untuk mencari keberkatan-NYA, buatlah apa yang patut. Halal haram kena jaga, Jangan belasah aje. Ingat tue’Niat tidak menghalalkan cara’.Insya Allah, rezeki kita akan cukup. Tak percaya, cubalah buat.

Sekian untuk azam 2011. Plan your work and work your plan. Target aku bila umur 40 nanti biarlah $$$ berkerja untuk aku. Bukan aku berkerja untuk $$$. Kualiti masa saya ada time tue akan aku gunakan untuk family & orang2 disekelilng aku. Aku buat ini untu apa? Untuk nie ha....

(Nampaknya aku dah merepek dah nie, banyak makan kerepek n kawan dengan apek……….)

AZAM ANDA bagaimana? Jom join Contest Matjoe/leave comment.anda

-SALAM 01012011 1111-

‘contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)'

Wednesday, November 3, 2010

Kenapa aku bukan CIKGU?

Dulu lepas2 SPM aku pernah terfikir nak jadi CIKGU. Cikgu math la konon-kononnya. Sebab dari dulu sampi sekarang sapa-sapa yang pernah ajar aku math mesti aku ingat sampai mati. Memang favor gilar la dengan subject nie. Aku memang gila ngn nombor2 tak kiralah apa sahaja termasuklah calculator, scale ruler & rm-rm. Hahaha rm-rm tue mesti x boleh tinggal, maklumlah keje aku pun berkaitan rm-rm nie.

Mungkin bukan rezeki aku nak jadi cikgu, uitm lebih pantas ketika itu. Kenapa aku BUKAN cikgu? Mungkin terjawab hari ini. Petang tadi aku g umah untie aku, seorang cikgu seni. Sekarang nie musim exam, cikgu2 sibuk marking paper.

Soalan lebih kurang berbunyi begini. Sila lukis 1 daripada 3 soalan dibawah:

Pilihan 1, Buah manggis diatas meja?-cuba imagine apa end product dari form 2 punya lukisan? Kalau macam nie, tersenyumlah aku dari kiri ke kanan walaupun xda meja

Kalau macam ni? -dalam hati boleh la dari xda colour.
-
-
-
-
-
-
Tapi kalau dah macam nie?
-
-
-
-
-
-
-
Nak kata apa? Naik darah aku dibuatnya.
Sebab tue aku xlayak bergelar cikgu





Pilihan 2, Konsep 1Malaysia. Simple aje soalannya. Kalau dapt camni ok la kan. Jalur gemilang bernombor 1, design ala-ala stem malaysia sebab ada $10. stem bernilai 10 hengget. Darah aku turun balik.




Amacam lau dapat macam nie?
-
-
-
-
-
-
bendera yang tak rupa bendara macam kueh lapis je. Adooiii sayang idea budak tingkatan 2 ka nie? Sakit pancreas aku nak gelak. Gambar terada flash xclear la jawapnya. Maka sekali lagi aku tak layak jadi cikgu. Tahap kesabaran yang sangat kurang



Pilihan 3, berkaitan hari bapa & seumpamanya. Tapi nie aku dah tak larat nak cari yang ok sikit. Mostly macam nie lah hasilnya.

Sedih gila setakat tulis je & colour sikit2 aje. Ya ampunnnnnn.......patut la aku tak layak jadi CIKGU.

Wednesday, June 30, 2010

Macam Polis

Dah 1 tahun 5 bulan menjadi warga mmhe. Ada 1 KPI yang sukar untuk dipenuhi. Nampak remeh tapi hanya tuhan yang tahu. Kat sini level supervisor & above wajib SAC orang. 1 quater 1 sac je. SAC tu sejenis kad nasihat HSE (Safety Advisory Chit), bila ada orang buat salah berkaitan safety boleh lah issue SAC. Kalau kesalahan tu berat sangat baru lah saman.

Eh SAMAN? Macam polis? Geng polis ke? Gerak Khas ke? Tak pun macam penguatkuasa Majlis @ yang seumpamanya. Teringt MBSA zaman2 aku study kena buat assignment pasal MBSA. Kalau cakap kat sini orang tak tau. Diorang tau MPPG je. Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Aku cukup tertekan & menyampah bila nak kena buat nie, kena round2 yard untuk cari salah orang. Uhhhh kadang2 nak tergelak jugak. Macam Pak Guard UiTM je. Kalau tak sialp pak guard uitm kena saman sekurang2nya 3 dalam sehari. Bila cakap pasal guard, teringat kat kawan lama. Aku gelarkan dia HEBAT. Hebat memang sangat hebat, dia ada 4 handphone, handbag sentiasa diribanya. Hand hand hand sampai kena sound ngn lecturer. Kesian kot tengok dia riba bag. Dia kata nak keje gomen. Apa2 position pun dia tak kisah . Katanya janji keje Gomen. Gomen pun gomen la, janju rock. Tapi lau jadi Mak Guard sanggup ke Cik Hebat?-Apapun itu kenangan lama dengan Hebat. Sampai tua mesti aku ingat kat dia.

Bila round2 yard, aku sangat lemas bila nk buat SAC. Boleh katakan dalam 1 quater (3 bulan), 5x roundbaru boleh issue 1 je SAC. Itu pun kawan2 aku yang tolong. Tapi kadang2 kalau diorang dah tolong pun aku masih takut. Nak kata takut ada ler sikit2, takut orang dendam. tapi yang paling penting takut orang maki. Hidup tak berkat wei. Tapi apa boleh buat ini kerja. Lebih pada kecian la ni.

Mari kita berfikir sejenak.....1 2 3 pejam mata.-----------

Ok apa nak kata kalau memang tak ada orang buat salah? Nak bet ke? Ada berani SAC staff mmhe? Tentu sekali tidak kan? Maknanya apa? Ha dah tentu2 nak aniaya orang kan? Ada berani jawap YA? Zalim kan. Aku tak rela jadi orang yang zalim. Zalim menganiya orang yang lemah. Katakan TIDAK! TIDAK!TIDAK!

Andai kata kesalahan itu sememangnya betul, tidak menjadi persoalan. Bila hidup kita di paksa buat benda yang kita tak suka, akhirnya kita menjadi penipu. Ya Allah aku tidak sanggup. Engkau lah yang lebih mengetahui dari sesuatu