Showing posts with label Forum. Show all posts
Showing posts with label Forum. Show all posts
Saturday, February 6, 2010
Bijak Wang
Saksikan petang ini rancangan BIJAK WANG TV3. Topic yang sangat menarik OVERDRAFT. Mungkin segala yang bermain difikiran terjawab?
Wednesday, February 3, 2010
OD?
Advise needed.
What is overdraft facility?
Under what circumstances should people take this facility?
What are the risk involve taking this facility?
____________________________________________
At this stage, finance note is most most important.

Saturday, December 19, 2009
Lidah Umpama Pedang

"terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata-kata buruk padahnya"
Tak pasti simpulan bahasa di atas tepat penggunaan ayatnya. Saya bukan lah seorang yang tahu dengan pujangga melayu. Tapi ia membawa maksud yang sama @ ada sedikit persamaan di situ.
Pedihnya kata-kata seseorang kadang-kadang membuat hati terluka. Percakapan yang tidak elok di dengar kadang-kadang membuat seseorang ketawa dalam tangisan, senyum dalam kesedihan, ceria dalam kepahitan mahupun bermesra dalam kekecewaan.
Tidak salah untuk menugur, tidak salah untuk menyuarakan pendapat malah tidak salah untuk memberikan kritikan & komen, tapi biar lah kena pada caranya. Kadang-kadang bukan dendam di hati, tapi kata-kata yang dihamparkan umpama halilintar yang menusuk di kalbu.
Kalau lah semua orang berpegang pada prinsip " tidak ada manusia yang sempurna" alangkah indahnya kita hidup. Konsepnya mudah sahaja, yang betul itu benar, yang salah itu tetap salah, terimalah kesalahan kita dengan hati yang terbuka.
Mengakui kesalahan adalah sesuatu yang sukar diterima oleh mana-mana pihak. Tidak kira la apapun latar belakang kita, apapun pangkat kita, apapun darjat kita. Sekalipun kita tidak mahu mengakui, diam adalah cara terbaik untuk kita mengakuinya. "Belajar dari kesilapan" ada benarnya bukan?
Bila hati terluka dengan kata-kata yang tidak enak di dengar, barulah kita faham lidah ini kadang-kadang lebih dasyat dari pedang. Lidah juga boleh membunuh. Membunuh nilai-nilai murni dalam persahabatan, keakraban dalam kekeluargaan & kerukunan dalam rumah tangga. Kerana lidah juga badan bina, kerana lidah jugak porak peranda.
"Hidup kita umpama roda", kitaran yang cukup signifikan dikaitan dengan perbuatan kita, ramai orang mengulas " hari ini hari dia, esok lusa hari kita", "hari ini di buat kita, esok lusa orang buat dia"........Itu semua kerja tuhan, kita sebagai insan yang kerdil tidak layak untuk mempersoalkannya. Siapalah kita untuk menilai dan menentukan masa depan seseorang.
Pena QS: ambil yang jernih buat teladan, yang keruh jadikan sempadan. Fikir-fikirkan.
Tuesday, December 8, 2009
Duit HANATARAN
Apakah beza duit MAS KAHWIN Vs duit HANTARAN? Duit mas kahwin yang disebut dalam akad, wang yang wajib di bayar oleh pengantin lelaki, bergantung pada negeri kalau di Selangor RM80.00 @ di Johor RM22.50.
Duit HANTARAN? Inilah yang menjadi topik perbualan di office pagi tadi. Persoalannya milik siapakah WANG HANTARAN itu? Milik"Pengntin Perempuan" atau milik "Ibubapa Pengantin Perempuan"?
Apakah jawapan yang tepat mengikut fakta-fakta yang nyata? Simple je soalan kawan nie, tapi susah nk bagi jawapan yang tepat. Siapa boleh tolong bagi komen?Cuma sempat search dalam google berkaitan ini [Article] [Article 2]

Saturday, December 5, 2009
Nur Kasih
Cinematography Nur Kasih tayangan TV3 setiap Jumaat jam 9.00pm merupakan sebuah drama arahan Khabir Bhatia sangat terkesan pada masyarakat Malaysia kini. Walaupun drama ini telah tamat pada minggu lepas, rata-rata orang masih mengulas drama ini. Tidak hairan drama ini terkesan kepada jiwa masyarakat, satu-satunya drama yang penuh dengan message & pengajaran dihujung cerita.
Syabas sekali lagi untuk Khabir Bhatia dengan penuh keberanian menampilkan kelainan dalam dunia seni tanah air. Jauh bezanya dari typical drama-drama melayu yang penuh dengan cinta koprat, cinta golongan atas mahupun cinta tiga segi. Ikuti ulasan penuh dari Zaffan Khalid.
* Drama Rating: A++

Friday, November 13, 2009
"JaGa-JaGa"
Untuk makluman semua yang masih berkerja makan gaji+terima duit tiap2 bulan dari company, tak kira apa sekali pun jawatan yang disandang i.e clerk, manager, executive, supervisor, GM even MD/CEO, anda semua masih tertakluk kepada Code of Conduct. Secara ringkas, anda masih terikat dengan:
1- Rahsia company
2- Dokumen2/profile company
3- Reputation company
Semua di atas adalah tanggungjawab setiap pekerja untuk menjaga nama baik company. Segala maklumat adalah "private & confidential". Ia merupakan satu kesalahan besar sekiranya kita mendedahkan kepada awam serta berkemungkinan akan di ambil tindakan disiplin.
*sayangi la company anda.

Saturday, November 7, 2009
Dalam Delima
Hari jumaat, lunch hour lama sikit....banyak benda boleh buat. Selalunya kitorang keluar makan jauh sikit mcm ke tesco, jusco or g masai. Tapi tengah hari nie kitorang x keluar. Berbicara soal "PERKAHWINAN".
Macam2 persoalan yg timbul di kalangan kami bertiga, yang 1 ni dah nak kahwin tak lama lagi(lebih kurang lagi 2 minggu je lagi) yang lagi sorang nie bln 6 tahun dpn. Macam2 la kami fikirkan, yang paling utama adakah perkahwinan itu menjamin kebahagiaan? Yang paling penting apakah tujuan utama kita berkahwin? Tak ada lagi kami dapat jawapan yang tepat.
Memang pusing hidup & lumrah alam: dari kecik ke dewasa dari zaman kanak2 ke zaman universiti, di alam perkerjaan sampi alam perkahwinan & etc. Yang pasti kalau kita buat survey tanya semua orang akan bagi typical jawapan "nak bina keluarga bahagia".
Perkahwinan itu lebih pada tanggungjawab, perngorbanan, yang mana kita perlu memberi, menerima & merasai. Kasih sayang perlu di tunjukan dengan perbuatan, perlakuan bukan setakat kata-kata sahaja. Kita lah yang mengemudi samada nak bahagia @ sebaliknya. Kita kena berusaha utk membawa yang terbaik dlm sebuah perkahwinan. Kelebihan & kelemahan pasangan harus di terima dengan hati yang terbuka, dlm masa yang sama kita perlu memperbaiki mana yang tak kena. Yang PENTING kita kena berusaha, berdoa & bertawakal pada Allah supaya rumahtangga kita aman bahagia & kekal dunia akhirat......

Subscribe to:
Posts (Atom)