Saturday, December 19, 2009
Lidah Umpama Pedang
"terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata-kata buruk padahnya"
Tak pasti simpulan bahasa di atas tepat penggunaan ayatnya. Saya bukan lah seorang yang tahu dengan pujangga melayu. Tapi ia membawa maksud yang sama @ ada sedikit persamaan di situ.
Pedihnya kata-kata seseorang kadang-kadang membuat hati terluka. Percakapan yang tidak elok di dengar kadang-kadang membuat seseorang ketawa dalam tangisan, senyum dalam kesedihan, ceria dalam kepahitan mahupun bermesra dalam kekecewaan.
Tidak salah untuk menugur, tidak salah untuk menyuarakan pendapat malah tidak salah untuk memberikan kritikan & komen, tapi biar lah kena pada caranya. Kadang-kadang bukan dendam di hati, tapi kata-kata yang dihamparkan umpama halilintar yang menusuk di kalbu.
Kalau lah semua orang berpegang pada prinsip " tidak ada manusia yang sempurna" alangkah indahnya kita hidup. Konsepnya mudah sahaja, yang betul itu benar, yang salah itu tetap salah, terimalah kesalahan kita dengan hati yang terbuka.
Mengakui kesalahan adalah sesuatu yang sukar diterima oleh mana-mana pihak. Tidak kira la apapun latar belakang kita, apapun pangkat kita, apapun darjat kita. Sekalipun kita tidak mahu mengakui, diam adalah cara terbaik untuk kita mengakuinya. "Belajar dari kesilapan" ada benarnya bukan?
Bila hati terluka dengan kata-kata yang tidak enak di dengar, barulah kita faham lidah ini kadang-kadang lebih dasyat dari pedang. Lidah juga boleh membunuh. Membunuh nilai-nilai murni dalam persahabatan, keakraban dalam kekeluargaan & kerukunan dalam rumah tangga. Kerana lidah juga badan bina, kerana lidah jugak porak peranda.
"Hidup kita umpama roda", kitaran yang cukup signifikan dikaitan dengan perbuatan kita, ramai orang mengulas " hari ini hari dia, esok lusa hari kita", "hari ini di buat kita, esok lusa orang buat dia"........Itu semua kerja tuhan, kita sebagai insan yang kerdil tidak layak untuk mempersoalkannya. Siapalah kita untuk menilai dan menentukan masa depan seseorang.
Pena QS: ambil yang jernih buat teladan, yang keruh jadikan sempadan. Fikir-fikirkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Hai...Cam penah dengar ayat ni...Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya. Walaupun bagi org lain biasa2 aja...Belajarlah dari kesilapan org lain.
Kpd Anonymous,
cerita2 yg dibawa sedikit sbyanyk melibat apa yg saya perhatikan, imiginasi & hayalan nyata mahupun maya. Mgkin anda pernah lalui & mungkin juga saya yang lalui sendri
Yeah belajar dari kesilapan orang lain ada benarnya.
Kita selalu mendengar orang mengungkapkan kata-kata Akibat pulut santan binasa, akibat mulut badan binasa. Nenek moyang orang melayu dahulu cukup bijak dalam mereka bidalan dalam menggambarkan perlakuan dan juga situasi yang berlaku. Bidalan yang dicipta entah zaman bila lagi itu masih releven sehingga sekarang.
http://kelana-sufi.blogspot.com/
Post a Comment