Bila selalu berulang alik dari JB-KL or KL-JB dah rasa macam dekat je. Ada masa terluang sudah pasti ingin balik Shah Alam. Kalau kena masanya paling cepat boleh sampai KL kurang 4jam, itu pun ikut nasib-nasib.
Di Larkin bustation terlalu banyak "ULAT"[istilah untuk penjual tiket haram]. Ulat-ulat ini selalunya menipu, kalau cakap 10 perkara yang betul cuma 23 sahaja. Walaupun dah banyak kali balik ke KL aku pun tak terlepas dari ditipu ulat. Pokoknya, sampai KL sudah ler, tapi pernah sekali tue, aku mengamuk dengan ulat nie, samapi dia pun tak tahan, then pulangkan balik duit aku.
Kadang-kadang kecian, tapi cakap la betul2 kalau nak orang percaya, setakat 2-3 ringgit lebih tue tak jadi masalah pada aku, tapi jangan la menipu, nanti orang dah tak nak naik bus dia lagi. Hari nie aku jumpe dengan Uncle Kok, aku rasa percaya dengan kata-kata dia, dia kata kalau tak jam dalam 3 1/2 -4jam dah sampai KL. Aku pegang kata-kata apek nie, saje nak tengok orang kita bisnes Vs orang dia bisnes. Kalau betul, memang ler lepas nie aku akan jadi regular customer dia. Mari kita tunggu & lihat.@#@#
No comments:
Post a Comment