Saturday, November 7, 2009

Dalam Delima

Hari jumaat, lunch hour lama sikit....banyak benda boleh buat. Selalunya kitorang keluar makan jauh sikit mcm ke tesco, jusco or g masai. Tapi tengah hari nie kitorang x keluar. Berbicara soal "PERKAHWINAN".

Macam2 persoalan yg timbul di kalangan kami bertiga, yang 1 ni dah nak kahwin tak lama lagi(lebih kurang lagi 2 minggu je lagi) yang lagi sorang nie bln 6 tahun dpn. Macam2 la kami fikirkan, yang paling utama adakah perkahwinan itu menjamin kebahagiaan? Yang paling penting apakah tujuan utama kita berkahwin? Tak ada lagi kami dapat jawapan yang tepat.

Memang pusing hidup & lumrah alam: dari kecik ke dewasa dari zaman kanak2 ke zaman universiti, di alam perkerjaan sampi alam perkahwinan & etc. Yang pasti kalau kita buat survey tanya semua orang akan bagi typical jawapan "nak bina keluarga bahagia".

Perkahwinan itu lebih pada tanggungjawab, perngorbanan, yang mana kita perlu memberi, menerima & merasai. Kasih sayang perlu di tunjukan dengan perbuatan, perlakuan bukan setakat kata-kata sahaja. Kita lah yang mengemudi samada nak bahagia @ sebaliknya. Kita kena berusaha utk membawa yang terbaik dlm sebuah perkahwinan. Kelebihan & kelemahan pasangan harus di terima dengan hati yang terbuka, dlm masa yang sama kita perlu memperbaiki mana yang tak kena. Yang PENTING kita kena berusaha, berdoa & bertawakal pada Allah supaya rumahtangga kita aman bahagia & kekal dunia akhirat......

4 comments:

Jazz said...

sya bersetuju ngn pandangan awak :-)

Anonymous said...

ada beza pendapat skt

Anonymous said...

bersabar saja la, masanyer akan tiba jua...

suhaibah said...

Jgn risau ok,
ni pndpt kwawn2 ku jua