Saturday, November 21, 2009

Kecekalan Hati Seorang Wanita

Kagum sungguh melihat ketabahan & kecekalan seorang wanita yang mencari rezeki untuk membantu suami mencari nafkah keluarga. Apatah lagi, melihat kecekalan seorang ibu yang menjadi tulang belakanag anak-anak. Kagum & kehairanan bagaimana hati seorang wanita y sekelumit itu mampu menanggung semua ini?

Ya! kehairanan ini semakin memuncak apabila melihat wanita-wanita ini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dikalangan golongan Adam. Lebih-lebih lagi dikalanagan suasana kerja yang sangat mencabar. Tidak semu lelaki mampu untuk bersaing di dalam industry “oil & gas” ini kan pula seorang wanita bergelar ibu. Tidak dapat bayangkan bagaimana mereka berusaha gigih untuk mencapai matlamat & kepuasan kerjaya.Pada saya bukan senang untuk mendaki ke puncak kejayaan, lebih2 lagi mereka bersaing di kalangan organisasi yang besar.

Semua sedia maklum, tekanan kerja dalam organisasi sebesar ini tidak sama dengan tekanan di dalam organisasi yang kecil. Ia terlalu jauh bezanya seperti langit & bumi. Pelbagai ragam dapat di lihat dikalangan pekerja itu sendiri. Dari pangkat yang bawah sehingga la pangkat yang paling tinggi. Cabaran & halangan kadangkala menuntut pengorbanan untuk kita lebih sabar.

Ada masanya, kita terlalu emosional dengan cabaran di tempat kerja. Kita ambil jalan singkat untuk lari dari masalah. Dengan pelbagai asalan seperti berhenti kerja, ambil MC & kadang ambil EL kalau2 xdapat MC. Kadangkala kita x professional dalam hal kerjaya. Bukan senang nak senang, ia menuntut 1001 kesabaran, ketabahan & kecekalan untuk maju ke depan. Bila kita terlanggara batu baru kita terngadah. Tapi itu lebih baik dari kita terus lena di buai mimpi, kisah2 dongeng & etc.

Ambillah ikhtibar dari kisah suka duka rakan-rakan kita di tempat kerja. Bagaimana meraka mengukir nama meniti kejayaan mereka hari ini. Teringat pada iklan PETRONAS lakonan Hafsam " Kita kena jalan kedepan....."

No comments: