Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang
Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang
Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam
Teringat dengan lagu kumpulan XPDC, semngat yang hilang, Ia membawa erti yang pelbagai saat kala kita dilambung badai. Arrrgggghhh..... aku tidak sekuat orang-orang disekeliling ku, terlalu rapuh di saat terima tekanan yang hebat.
Kadangkala cuba dengan pelbagai penyelesaian, malangnya menemui jalan buntu. Aku masih keliru dengan corak kehidupan, rentak pekerjaan malah politik kerja yang ada masanya tidak boleh diterima dengan akal yang waras.
Kepuasaan bekerja masih samar-samar, sampai bila harus begini. Duka di hati pulih sedikit bila mana terima habuan bulanan dari majikan. Tetapi yang paling utama kepuasan yang datang dari hati yang ikhlas.
Ya Allah, tiada tempat untuk ku mengadu selain dari-Mu. Hambamu buntu& terlalu cetek pengetahuan dalam hal-hal sebegini. Bantulah hamba mu ini ya Allah. Dengan kalimah "La ila hailla Allah, Muhammad dur rasullah". Aku benar-benar yakin Engkau sentiasa bersama-sama hamba-Mu ini Ya Allah. Tiada daya & upaya selain menyerahkan segala-galanya pada-Mu Ya Allah......
No comments:
Post a Comment