Kalaulah di hitung dengan jari hampir sempurna angka 10 bulan. 10 jari pelengkap 10 bulan menempuh hari-hari suka duka sebagai insan yang meniti kehidupan. 10 bulan jugak bukanlah sesuatu yang sekejap dalam kalender harian kita. 10 bulan = 300 hari = 7200 jam = 432 000 minit = 25 920 000 saat. Sesuatu yang sukar di terima akal bila mana kita terlalu banyak masalah.
Kalaulah di hitungan tanpa kewajaran yang nyata, mungkin boleh jadi gile. Malah macam-macam lagi tindakan luar kawal yang boleh mengganggu kita. Hanya secebis IMAN & sedikit TAQWA dalam diri yang mampu memberi kekuatan pada kita untuk mengharunginya.
Kalaulah di beri kebenaran untuk kembali ke 10 bulan lepas, belum pasti apa yang kita impikan akan tercapai. Sesuatu yang kita tidak pasti akan kebenaran & susun atur hidup ini.Terlalu banyak yang tersirat dari yang tersurat.
Kalaulah di beri peluang kedua, belum pasti peluang itu menjanjikan kebahagian serta menurut citarasa kita. Mungkin jugak kita akan tersalah membuat pilihan. Mungkin juga kita akan menyesal seumur hidup. Tetapi kita harus PERCAYA & YAKIN bahawa segala sesuatu yang terjadi adalah ketentuan ILAHI.
No comments:
Post a Comment