Friday, November 27, 2009

Syukur

Dalam kehibaan menyambut kedatangan Aidiladha terasa penuh kesyukuran mempunyai keluarga, sahabat handai serta kenalan sekeliling. Bertapa pentingnya insan-insan ini dalam kehidupan kita. Bukan sekadar kekasih sahaja perlu ada dalam ruang hati kita, tapi kita seharusnya memberi ruang pada insan-insan sebegini.

Kebesaran tuhan tiada tandingnya, sudah pasti akan janji2 tuhan pada kita: "Berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan". Ia juga senonim dengan pepatah melayu: "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Ringkas & mudah 2 kata-kata ini. Tapi membawa makna yang sangat mendalam.

No comments: