Saturday, March 20, 2010

Bila kerajinan ada.....

KeMALASan yang ada dah hilang, mungkin cik M***S g bercuti sebab weekend kan. Nanti hari isnin mesti cik M bertugas balik dalam diri aku nie.Pagi nie di apartment aku nampak tenang macam nak hujan pun ada, tengok swimming pool tue tenang saja, airnye biru, biru clorien bkn biru laut tau.

Aku nak sambang balik cerita 2 hari lepas yang terbengkalai. Pasal realiti hidup manusia, dalam dunia yang semakin maju masih ada lagi insan2 y kurang bernasib baik, ujian allah berbeza2 pada hambanya. Mungkin hari ni kita di atas tapi esok lusa kita tak tahu. Rezeki masing2 kan.

Tersentuh jiwa beb, remaja yang sepatutnya melalui hidup remaja ler kan, lau macam sekarnag nie synonim dengan campus life, tapi itu tak berlaku pada adik Norliana. Adik Norliana yang menetap di Melaka terpaksa mengorbankan cita-citanya demi seorang adik yang istimewa. Dia 3 beradik kehilanagn ayah & ibu sejak 10tahun lalu. Ketabahan adik Norliana menjaga adiknya. Mampukah kita untuk melalukannya seperti beliau? Di saat negara di gemparkan dengan penderaan kanak2 sehingga membawa maut, tetapi jauh masih ada insan2 yang berhati mulia sepertinya.


Mereka 3 beradik menumpang kasih seorang nenek. Hanya kepada nenek tempat mereka bermanja. Usia nenek pun dah semakin senja. Siapakah yang akan menggantikan nenek nanti? Ya Allah panjangkan usia nenek ini untuk kebahagiaan cucu2nya.


Keluarga ini hanya mendapat bantuan RM400.oo sebulan. Adakah cukup untuk membeli keperluan susu si adik? Susu 1tin=Rm50.00=seminggu. Saluran tiub susu perlu di tukar seminggu sekali. Bagaimana dengan keperluan lain? Fikir2kan.


Keluarga ini mendapat perhatian BERSAMAMU TV3 jugak pelajar2 QS UiTM UTM, mereka menghulurkan bantuan dari segi tenaga & RM. Remaja yang seusianya melalui 2 keadaan yang berbeza.


Tidak kurang juga mendapat perhatian dari UiTM Melaka. Pengarag Kampus nya juga turun padang. Ini lah konsep 1Malaysia yang di tunjukkan, ringan sama di jinjing, berat sama dipikul.

Kepada anda yang bersimpati boleh lah menghulurkan sumbangan kepada Adik Norliana Abdul Gafar Maybank account:154080062019.






P/S: Bersyukurlah dengan nikmat tuhan yang tidak terhingga. Janagan nak mengeluh saja.

No comments: