Saturday, November 27, 2010

tutorial 1

Hobi baru aku kali ini cuba untuk berjinak2 dengan dunia DSLR. Sebenarnya, aku bukan minat sangat dengan aktiviti lasak macam nie. Tau2 jela kan photographer ni semua nya lelaki, nampak lasak+ganas, tonggeng sana senget sini bongkok situ & macam2 lagi. Daya kemampuan aku tidak tercapai...hahaha betul ke apa yang aku nak sampaikan?

Tapi minat tue kadang2 datang sendiri & kadang2 faktor sekitar yang mendorongnya. Bagi aku, kali ini faktor sekitar yg membuak2 membuatkan aku minat dengan hobi baru ini. Kawan2 mmhe terutama yang perempuan banyak jugak main DSLR. Dah kira advance jugak la budak2 ni.Ila- body 550d+ L-series yang beriban, Echa- medium set, Mus-beginner, Rid-pinjam laki punya cam & beberapa bebudak lelaki Asri & Man yang dah tentu hebat.

Aku dah mula ikut2 wedding photography. Ni job En Mie Rull, dia nie baik orangnya siap boleh turunkan ilmu time buat job. Terharunya F.O.C. lagi. Bukan senang nak cari orang cmni ni zaman sekarang. Semuanya materialistic.
Mie Rull menunjukkan hasilnya kpd pengantin

sebelum bersanding:" awak ikut je saya, baru dapat feel"-tak nak ar mengganggu je. "xpe ikut je dari belakang, snap je seberapa banyak yang boleh".

aku cuma memerhati aksinya. Bertungkus lumus dia menjalankan tugas.Kalau nak tahu nie 1st time aku jumpa dia. Kenal dalam forum Julfy JR. Perasaan takut ada juga (maklum lah kita nie perempuan), tapi ini bukan pertama kali jumpa orang yang tak kenal. Dari zaman belajar, lagi2 time nak buat assignment bezanya berteman. Entahlah bukan nak kata berani sangat tapi NIAT kot. Insyaallah Selamat.

Kalau minggu lepas di puncak alam, minggu ni di jj terbrau. Kebetulan Si Mie Rull ni outstation ke Johor sempat la TT dengan dia. Kali ni kurang segan sebab aku bawak bodyguard yang otai DSLR jugak. Lepak dekat Kenny Rogers Roasters.


Asri + Mie Rull tengah sembang pasal Wifi flash wireless flash technique. Mus pulak teruja dengan gear2 wide lens si Mie Rull nie.

Kpd En Mie Rull terima kasih dari saya+kawan2. Semoga allah membalas anda dengan kebaikan.

No comments: