Segala kenangan masih terpahat utuh di sanubari. Tatkala zaman sekolah, kami budak2 hostel terlalu mentah untuk menilai mana kaca mana permata. Adakala kami menjadi kawan yang sangat baik, sampai perkara kecil kami boleh berkompromi, saat itu lah paling menggembirakan buat kami, saat suka di kongsi bersama, sama-sama solat berjemaah, baca al-ma’surat, basuh kain,pergi study dan makan sama-sama. Masa tue pot kami dah tentulah kat belakang. Tak kurang juga saat kami buat jahat langgar peraturan asrama, kami akan buat sama2 fly utk outing, solat dalam bilik, xpergi study menyorok dalam locker pada kami perkara biasa. tapi tak semua kita rancang menjadi kenyataan, panas yang diharap hingga ke petang tidak kesampaian. Kami pernah bergaduh, sampai satu tahap aku bersama kawan2 yang lain pulau kan dia. Tidak pasti saat itu macam mana hati ini tergamak untuk melalukan semua itu. Kalau difikirkan balik, terlalu jahil nya hati ini tatkala sahabat yang di cari selama ini sanggup di buat seperti itu……..Tapi tuhan sentiasa bersama hamba-NYA yang soleh, dia tidak keseorang saat melalui semua itu, ada sebahagian senior2 yang simpati dengannya. Seingat aku Zaleha Ramli la teman dia saat2 itu. Keadaan kembali normal, apabila kami mengambil langkah untuk bersemuka. Menyelesaikan perkara yang tidak ku ingat puncanye. Bermula dari titik nokhtah itu, hubungan persahabatan yang terjalin mekar sehingga hari ini.
Sehingga saat dia bakal menjadi isteri orang, rasanye segala dosa lalu dapat ku tebus atas dasar ehsan seorang sahabat bernama Noraisha. Dialah sahabat suka duka, riang tawa, dosa pahala. Terlalu banyak kenangan bersamanyer tidak mungkin ku lupakan. Saat ini kami bersama-sama menyaksikan lafaz akad dengan tenang keluar dari mulut seorang jejak. Saat itu jugalah dialah kawan dialah sahabat sah menjadi isteri kepada Nor Azam.
Tidak tergambar bertapa gembiranya hati kami dapat berkongsi detik yang sangat bermakna dalam hidup seorang sahabat. Kami sentiasa mendoakan agar dia di kurniakan kebahagian dan ketabahan untuk melayari bahtera yang di bina. Mengakhiri zaman bujang bukan bermakna berakhirnya sebuah persahabat, biarlah bertemu dan berpisah kerana Allah……
Ps: di adaptasi dari blog page terdahulu.
No comments:
Post a Comment