Monday, February 14, 2011

Apa itu KITAR SEMULA

 

Apa itu KITAR SEMULA?
Mengikut wikipedia bahasa melayu adalah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. 

Apakah kelebihan KITAR SEMULA?
Ia dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah

Apakah bahan yang mudah di KITAR SEMULA?
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik

Mengapa perlu KITAR SEMULA?
Untuk mendapatkan kesan yang positif kepada dunia. Kitar semula adalah penting bagi manusia dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan  semakin meningkat setiap hari.

Bagaimana perlaksanaan KITAR SEMULA?
Melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal.
Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan. 


Apa itu 3R?
Reduce (Pengurangan)
Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. 

Reuse (Penggunaan semula)
Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi.  

Recycle (Kitar semula) 
Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan semula

"Bumi Kita Tanggungjawab Kita"
sayangi bumi kita

2 comments:

GR said...

terima kasih kerana turut serta. semoga berjaya =)

Pena QS said...

ok. sama2