"semakin hari elly tengok keadaan ayah semakin sedih & sayu. Hari2 g hospital lepas kerja. Sekarang nie dah xda mood, yang ada cumalah sedih & suram je"
4 hari lepas elly menghantar SMS. Maaf elly, x terus reply kerna ku tertido.
Hari ini, bayangan SMS Elly masih dalam kotak ingatan.Kita hanya berusaha yang terbaik, tetapi Dia la sebaik2 perancang.
"seminggu selepas kenduri, mak tak pernah balik rumah, mak hari2 jaga ayah di hospital"
Terdetik seketika, kasih seorang isteri! Walau macamner pun suami kita, kita masih setia di sisinya. Itulah pengorbanan seorang wanita bernama isteri. Kasihnya isteri....membawa ke syurga. Emmm tapi kalau isteri yang sakit, macam mana pula ye?Adakah lelaki seperti wanita?
"Walau macam mana lambat sekalipun, aku tetap g hospital tengok ayah, aku urut2 ayah, berborak dengan ayah"
Moga2 kita dikalangan anak soleh, Manusia mati meninggalkan 3 perkara: amal ibadah, sedekah jariah & anak2 yang soleh & solehah. Selagi meraka bernafas, gembirakanlah mereka sehingga ke titisan terakhir, detik2 terakhir.
Salam Takziah buat Suhaili a.k.a Elly sekeluarga,kembalinya ayah tersayang kerana mengidap penyakit kancer(paru-paru kot). Luahan ringkas seorang anak kehilangan insan inspirasi hidup. Semoga di beri kekuatan untuk meneruskan hidup.
3 comments:
Satu ayat yang menarik perhatian "Emmm tapi kalau isteri yang sakit, macam mana pula ye?Adakah lelaki seperti wanita?"...
TSD
emmm asal TSD x comment ye? Hang kan lelaki sejati.
thanks iba 4 d advice, support & doa dr ko...
terharu dgn statement ko kat blog & sedih bila teringat2 kat arwah. semoga roh arwah ayah di tmptkan di kalangan para anbia & bersama2 org yg soleh.amin.
aellie
Post a Comment