Saturday, May 29, 2010

Bangkok

Flashback 7thn lepas, tahun 2004 Kota Bangkok tersemat dihati. Satu2nya memorable moment yang tak dapat dilupakan. Projek acedemic tour 5hari 4malam cukup puas bagi kami. Macam2 aktiviti di atur, maklumlah director projek, turun naik bilik Ketua Program [En Hamlussalam] menjadi rutin harian. Part 01 dulu dia lah lecturer yang paling digeruni. Tak sangka pula rapat dengannya sejak Kota Bangkok menjadi pilihan.

Mengumpul dana yang paling mencabar adalah membuka car wash di kawasan parking lerturer. Malu sangat2 time tu, tapi nasib la En Salam nie sama2 turun padang bagi sokongan. [gambar tidak dapat ditunjukkan->malu]Ni gambar sebelum bertolak ke ThailandBest program sangat padat. Dari pagi buta smpi ke malam asyik jalan saja. Program akedamik nya sikit je tapi ada la jugak kan. Bestnya dapat g menam chou praya, chatucak market, floating market, garden2 apa tah tak ingat dah nama nya.

Nie pulak geng2 survey start dari part03-05. Korang tetap di hati, tak lupa kenangan2 ngn korang: buat suvey atas meja bila traverse x close, buat backward sun observation[terkantoi pulak ngn LS Sr En Aris], survey kat tengah2 sawah orang then lepak2 tepi kedai runcit, bila En Aris datang buat2 keje, tapi awal2 dah set-up theodolite. Paling xbole bla during study leave- minum nescafe 3 in 1, 1 mug 2 packet. Bukan boleh stay up, jawapnya terus tido sebab aku pening bila minum nescafe.

Sekarang Kota Bangkok tidak sebest dulu. Puak baju merah memberontak nak gulingkan Kerajaan. Dulu aman je, Ni plak kat tengah2 bangkok, apa jadi lau sekarang kita g bergambar kat situ? Sure mati!

From left: De, Che We, SMG, Kak Sha[moga dikau bahagia disana] & marry@mujahidah
Kesemuanya telah bertukar profession termasuk aku, yang tinggal cuma Che We. Selamat menyambung cita2 ku yang terbengkalai

Thursday, May 27, 2010

Mari bershopping


Banyak cara untuk kita lepaskan tekanan antaranya:

1.Bersukan
2.Shoping
3.Lepak

Dan macam2 lagi

Kali ini kita memilih cara yang ke-2.MARI BERSHOPPING. Mari kita habiskan voucher $50 atas usaha kita. TQ mmhe TQ wani TQ asri[photographer] TQ semua

Wednesday, May 26, 2010

Hari Tekanan

Hari ini merupakan hari yang tidak menggembirakan aku. Soalannya?
Mungkinkah ia nya berpunca dari kesalahan diri sendiri @ faktor persekitaran?

Chronology nya bermula di awal pagi. Perut yang tidak berapa sihat[akhir2 nie perut ini sangat sensitif] menyebabkan routine breakfast dengan Geng Ketupat tergendala.

5-10minit selapas jam 8, Pelakon/Aktor Boss[Acting GM] dah panggil->sesapa yang berkerja tentu faham. Itu ini tidak kena, ada saja salahnya. Bila mula salah dari pagi penyakit la dibuatnya macam berantai sampai ke petang.
Bermula masalah invoice through e-subcon. Memang merimaskan aku, setiap hari kurang2 20 email utk di review claim & eISR. Settlekan hal ini saja dah dekat sejam telefon structure-procurement-finance-procurement, baru settle.

Keadaan menjadi tenang beberapa minit, tanpa gangguan terus menyambung overdue work to review claim. Adalah dekat 15 CPC ak release termasuk sebahagian eISR. Dan kemudian, terlalu banyak claim yang terpaksa di reject-aku mula boring. Kerja tergendala seketika.

Join g nego utk ext work overhead crane. Rasa release sekejap, tenang & part of my interest. Di tambah pula dapat voucher JJ $50[gara2 memang ahad lepas].

Jam dah 1200 tepat, sambung sikit lagi keje tadi. Lunch time yang sangat best bersama geng bela diri.Kemudian..


Mula naik hangin bila mana orang tanya banyak kali. Benda yang dah di issuekan lama asyik nak tanya saja tapi actionnya tak ada jugak. Ada ker patut? Bila aku terang banyak pulak yang di jawab. Tak kan aku nak jaga operation lak kan.->Malas gaduh kawan2[professional skt] aku cakap 2 3 patah n bla. Apa belaku aku tak tau[tapi akhirnya aku tau cik kimus sambung]

Penyibuknya banyak pula yang nak mencela macam langau yang sedang kelaparan tu yang buat aku lagi naik hangin.


DAN KEMUNCAKNYA.... memang darah dah naik ke hotak, tapi bukan aku yang marah[sebab ak boleh control marah] tapi aku di marah oleh boss engineering yang konon2 nya bagus. Berlagak macam Manager tak sedar asal usul yang dari worker level.

SALAH tetap salah, memang aku salah, tapi xpayah la tunjuk bagus sangat. Setakat orang tolong swap & pada waktu yang sama ak berada didepan tempat swap card tu salah sangat ke kesalahannya? Unless lau aku tak da kat situ logik la kan.->nak amik tindakan ke apa ke tak kisah la kan.-B.O.D.O.H la

Ini tidak siap nak buka pintu kete aku n marah2 macam budak sekolah.Come on ler beb, ini kerja dan xperlu la tunjuk lagak. Tapi aku puas hati gak sebab dapat menjawab walaupun aku malas layan. Disebabkan head buku nota buat xtau, aku pun menjawab. Ni bebrapa soalan yang aku ingat:
1- MSO ke MSE?
- MSE [kalau kurang ajar nak je jawab MMHE]
2-MSE bagi galakan kat MSO, sekejap je turun swap sendiri, macam level manager lak
-Ok
[dalam hati memang cita2 nak jadi Boss bukan kuli, ULANG SUARA bukan KULI,keje
ngn orang sampai tu pun kuli jugk even Manager(macam Mat K) tetap kuli ok. No
point nak highlight manager ke apa. Nanti kitorang ada kedai jahit pun dah kira boss,
bukan kuli okey]
3-Entah apa yang dia bebelkan lagi bla bla.....dah la bagi kereta lagi.
-Sorry

Lepas tu sepanjang jalan aku pun bebel la.....bosan sehhhh. Maka dengan rasminya aku mengistiharkan hari ini sebagai HARI TEKANAN SEDIRI SENDIRI.

Pena QS -
Tak pernah buat luahan geram dalam blog, kali nie agak tercemar sikit la ye.

Sunday, May 23, 2010

Badminton

Entah sejak bila boleh terjebak dengan sukan yang semakin aktif. Dari hari ke hari ku nantikan detik2 mendebarkan. Kali ini bukan setakat training dengan sifu, malah terus jadi partner dengan sifu-Nor Hazwani (Minnie Village)

Baru sekali turun training dan kali ini jugak buat saat kali nya sekali lagi terjebak dengan tournoument. Seperti biasa aku menjadi nervous, ini lah kelemahan nyata ku bila berhadapan dengan orang. Bukan tak biasa malah dari zaman2 ak buat presentation lagi. Mungkin juga aku dikalangan golongan low-profile.[hahaha sempat memuji diri, masuk bakul angkat sendiri].

Walaupun saingan tidak terlalu menggerunkan, liga diantara 4-4 group kami tetap maintain champion tue[nasib sifu sangat cool]. Bila teringat boleh tergelak, sifu yang menjadi partner boleh pulak seperti mengajar anak sedang bermain.

Ini lah sebahagian kata2 keramat seorang sifu dari awal permainan sehingga menobatkan kami sebagai juara:
1- Iba, dok jaga depan line je
2-Ok iba, good boy-bila pulak aku tukar jantina[aduhhh sifu dh cuak sebenarnya]
3-Buat betul2, wani tak boleh nak tlg bila diorg serve, iba kena amik jugak
4-Serve elok2, depan sikit iba
5-Kalau belakang jgn amik tak pun tunduk nanti kena kepala.

Saturday, May 22, 2010

Tauhu Bakar

Menjadi kegilaan aku sejak datang ke sni. Fuuuh sesedap rasa ditambah pula lepak2 ngn member office. Biasanya 2 minggu sekali la turun jb hanya untuk makan tauhu bakar.

Alamak tutup la plak, kecewa aku nak makan

Ko nie kenapa dah taksub sangat ke nak makan. Baru 2 minggu kita tak gi makan


Esok nye,
Jom arini kita g dataran?

Ha nak makan tauhu bakar ler tue?
Semestinya. Jom?

Ok
Kitorang tunggu kat umah ko ye? Naik jazz tau

Thursday, May 20, 2010

RNC

Ahhh macam dah nak try market ler. Tak sampai sebulan meeting dgn top management RNC technology, macam2 nak bertukar arah ler. Nak cari experience baru. dari overview yang diorang present kan sangat2 professional & challanges tue. Adakah aku layak? Layak ke? Berangan lebih

Wednesday, May 19, 2010

Selection Futsal

Malam nie, ada selection futsal utk wakil mmhe ke karnival keluarga petronas Jun nanti. Nampaknya lepas nie tak boleh lah nak main free lagi. Lepas nie just join Geng Langau je.

Tujuan utama mengaktifkan diri dengan bersukan[aktif ler sangat]:
1. Utk release tension, keje2 saje xda life la kan
2.Team yg sangat best->langau2[bees] yang di import dari Procurement, design & WSD.
3. Sebagai gaya hidup sihat

Aku bukan harap sangat nak main ke KL lebih sekadar suka2 n entertainment style je. Kpd kawan2 ku yang mengharap terutama zatul, main betul2 malam nie ye, kitorang sokong ko AFUNDI Zatul

Monday, May 17, 2010

Anjing

Hari nie kita bertukar topic pulak. Dah hampir 1 1/2 tahun kt Apartment Ria nie, jarang pulak masalah yang berlaku. Tapi kali ni aku memang betul2 hilang sabar [sabar itu sebahagian dari iman okey]

Dipendekkan citer, semalam anjing liar naik sampir 1st floor umah aku, cuak+takut, dibuatnya anjing tue mengamuk mati lah aku xdapat merasa "uhuk uhuk". Kali ni memang 10x hilang sabar, aku telepon management tapi tiada tindakan, bukan sebelum nie kitorang xpernah buat aduan, lagi best guard yg bangang tue buat xtau je. Apa lagi housemate aku terus call 999 untuk minta bantuan. Kesalnya management x bagi masuk.


Beberapa jam kemudian,
sanggup tue call Manager Security mengadu yang budak dia langsung buat tak kisah. 5 mnt kemudian, anjing menyalak! Bermakna guard telah menjalankan tugas selepas diberi arahan dari boss[nie la orang kita bila boss mengamuk baru nak bertindak]


Pendekkan lagi, tengahari tadi aku g buat aduan kat management[bukan aduan rakyat ye]. Habis aku nyak orang2 yang tak menjalankan tugas. Gelabah la orang2 opis. "Mana manager"-Dah keluar g MBJB[alasan biasa yang ku jangka]. Bukan setakat buat aduan malah telah ku tolong dengan mendapatkan kontraktor tangkap anjing


Suku akhirnya, petang lepas balik keje, anjing tu siap lepak di lending staircase lagi tue,[ala2 kepenatan]. Kali ini menggunakan teknik reverse psychology. Aku direct call manager security sekali lagi. "saya malas nak telepon budak2 u, minx tlg u arah kan diorang halau anjing ni, sy mls nk bertekak"-15mnt kemudian, guard datang dengan kayu[sepantas kilat tue]



Dan akhirnya, balik dari bersukan, aku tengok anjing tue mcam dah pengsan. Huhuhu kesian sungguh. Takut2 orang dah bagi racun saja. Apa boleh buat aku juga takutkan kamu wahai anjing.


Pena QS: Sayangnya HP LG dah hilang, lau x bole upload picture anjing tue untuk tatapan korang


Sunday, May 16, 2010

lepas futsal?

Lepas ni dah jadi macam aktiviti mingguan. Tiba2 berminat sangat ngn futsal. Mungkin team member best2, makin lama makin sayang dengan kompany aku nie, Makin sayang nak tinggalkan. Ya allah sesungguhnya telah kau catatkan rezki ku disni.

Belum habis bahang futsal antara GENG POLIS vs GENG LANGAU, muncul pula badminton. Eh ni gara-gara Lee Chong Wei ke?

Saturday, May 15, 2010

Kpi oh Kpi

Seminggu 2 nie, mungkin entry yang menarik perhatian adalah berkisar dengan KPi. Kpi, Kpi oh Kpi. Dimanakah keadilanmu wahai Kpi? Bagaimana kamu menjustifikasikannya? Adakah benar Kpi terikat dengan quota yang menjadi panduan kamu? Sejauh manakah ketelusan Kpi ini? Nasihat saya kepada mu wahai Kpi, jangan lah sampai ia memakan tuan, duri dalam daging patut dihindarkan. Hidup Kpi

KPi...KPi....KPi

Dah sebulan rasanya KPi ni dibuat. Internal div. pun dah meeting before retirement late GM. Yang peliknya, makin dekat2 HRPC makin macam2 version la dengar. Itu ini itu ini. Yang layak dapat tak dapat, yang tak layak dapat dapat pulak


Apa sebab? Emmm 1 je sebab nyata.


Bila $$$ mengaburi mata


Ada yang nak ague? Ada berani ke bai? Setuju x?


Ya! random survey 80% agreed. Apa reason korang kata Bila $$$ mengaburi mata. Sendiri mau pikir la kawan.
1. Kalau dapat 1? - Xda award apa2 ada orang kisah. Contohnya, zaman U, kalau 4.00++ ada orang kisah? Orang tak berebut pun

2. Kalau assessment cuma sekadar benchmark for self improvement? - Ada orang amik tau! ada orang kisah! Even we got 4 pun orang x amik -ve for evaluate your self.

3. Kalau dapat 4? - Oh ini tidak adil. Macam kita g class tapi exam dapat F, ni macam tak tau apa2 langsung nie!G class balik class 1 assignment tak buat, quiz x involve, class asyik tuang layak la dapt F kan? Hahaha analogy nya sama ler macam orang dapat 4.

Mari ulang suara. Ulang suara 1 2 3
Ini sebab apa?

Bila $$$ mengaburi mata


Manusia hilang pertimbangan.

Maths concept: '$$' < 'mata' <'hati' < 'nafsu'


terjemahan: duit itu penting tapi bukan segala2nya, bila duit depan mata pandangan kita mula menjadi kabur dek hati yang tertutup, bila hati mulai bertompok hitam, maka nafsu yang mengawal diri kita.

Sunday, May 9, 2010

"Mak, Selamat hari ibu Mak"


Ku dedikasi kan lagu ini buat Mak tersayang Pn Hjh Siti Masnah Md Kaslan yang telah banyak berkorban demi kami adik beradik. Kasih sayang mak tiada tandingnya. Mak, hadirmu membawa sinar bahagia dalam hidup ku. Mak, kau lah ibu yang terhebat di dunia ini, membimbing kami kejayaan dunia serta akhirat. Mak kau lah bidadari ku, sumber inspirasiku di kala kebuntuan. Semoga allah merahmati hidupmu.

Tidak lupa juga buat wanita2 bergelar ibu diluar sana. Semoga menjadi ibu yang tabah mendidik serta melayan kerenah anak-anakmu.



Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami