Sunday, May 9, 2010

"Mak, Selamat hari ibu Mak"


Ku dedikasi kan lagu ini buat Mak tersayang Pn Hjh Siti Masnah Md Kaslan yang telah banyak berkorban demi kami adik beradik. Kasih sayang mak tiada tandingnya. Mak, hadirmu membawa sinar bahagia dalam hidup ku. Mak, kau lah ibu yang terhebat di dunia ini, membimbing kami kejayaan dunia serta akhirat. Mak kau lah bidadari ku, sumber inspirasiku di kala kebuntuan. Semoga allah merahmati hidupmu.

Tidak lupa juga buat wanita2 bergelar ibu diluar sana. Semoga menjadi ibu yang tabah mendidik serta melayan kerenah anak-anakmu.



Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

No comments: