Sunday, May 23, 2010

Badminton

Entah sejak bila boleh terjebak dengan sukan yang semakin aktif. Dari hari ke hari ku nantikan detik2 mendebarkan. Kali ini bukan setakat training dengan sifu, malah terus jadi partner dengan sifu-Nor Hazwani (Minnie Village)

Baru sekali turun training dan kali ini jugak buat saat kali nya sekali lagi terjebak dengan tournoument. Seperti biasa aku menjadi nervous, ini lah kelemahan nyata ku bila berhadapan dengan orang. Bukan tak biasa malah dari zaman2 ak buat presentation lagi. Mungkin juga aku dikalangan golongan low-profile.[hahaha sempat memuji diri, masuk bakul angkat sendiri].

Walaupun saingan tidak terlalu menggerunkan, liga diantara 4-4 group kami tetap maintain champion tue[nasib sifu sangat cool]. Bila teringat boleh tergelak, sifu yang menjadi partner boleh pulak seperti mengajar anak sedang bermain.

Ini lah sebahagian kata2 keramat seorang sifu dari awal permainan sehingga menobatkan kami sebagai juara:
1- Iba, dok jaga depan line je
2-Ok iba, good boy-bila pulak aku tukar jantina[aduhhh sifu dh cuak sebenarnya]
3-Buat betul2, wani tak boleh nak tlg bila diorg serve, iba kena amik jugak
4-Serve elok2, depan sikit iba
5-Kalau belakang jgn amik tak pun tunduk nanti kena kepala.

No comments: