Arini tak banyak aktiviti yang aku buat. Tambah2 puasa2 nie banyak masa di rumah. Lain la lau balik KL sudah tentu tak lekat kat umah. Banyak masa layan tenet je. Hobi sampingan bila buka tenet mesti layan gambar2 kenalan lama.
Tertarik dengan title album: inilah anakku kau istimewa & tetap comel di ati umi...
alhamdulillah..walau kau sedikit kekurangan...tapi kau tetap aktif & lasak mcm baby yg lain..
Hatiku mula sebak tambah2 pula tengok sorang2. Kesemua 55 photo abis sudah aku layan. Hati kecil ku terdetik: Ya allah tabahnya kak Mai. Seorang senior aku masa di aspuri. Tak berapa rapat tapi still kamcing kalau dulu2 dia pun tergolong dalam geng2 otai aspuri. Ya lah zaman remaja kan, mungkin sekarang dah tinggal kenangan.
Ni lah dia permata hati senior aku, Adam El-Hakeem. Kalau tak silap nie masa baru deliver,
Ni gambar terbaru Adam, April 2010 di IJN, Adam menghadapi masalah jantung. Semoga Adam kuat untuk hadapi ini semuanya ya.
Yang ini Adam bersama ummi & ayah. Aku yakin kak mai dapat memberi kasih sayang sepenuhnya buat Adam. Adam bertuah dapat ummi & ayah yang terlalu sayangkan Adam. Buat seniorku, Kak Maisarah, Syurga telah dijanjikan untukmu........semoga kau tabah melalui hari2 yang mendatang.
No comments:
Post a Comment