Monday, January 31, 2011

Splendid Surprise GA

Mari kita join contest lagi. Maklum ler di JB nie tengah hujan. Dari hari Jumaat-Ahad malam nie, hujan tak berhenti2....aktiviti lain ditangguhkan, maka aktiviti yang boleh di buat ketika ini dengan JOIN BLOG CONTEST.   

Contest ini milik bersama Diary hati Nur

dan  
Secara ringkas: 
Blog Diary hati Nur mengisahkan cerita kehidupan nya yang "cantik, tertarik, menarik kau memang d'bom"


Blog Musnida Bakery lebih kepada bisnes 'homemade cakes'. Terdapat pelbagai jenis seperti muffin, cupcakes, special door gift for birthday party, butter cream, pizza, choklate & bermacam2 lagi. Pendek kata semuanya ada. Untuk tempahan bolehlah mengubungi Rosnieda Omar [019-6570420].

Secara tidak langsung, saya telah melakukan 2 kerja dalam 1 masa: Join contest then promote their business. Macam ni, ada peluang nak menang tak?
Lagipun semua syarat telah di buat.
Jom tag:

Meraka ini adalah penaja hadiah contest matjoe yang saya menang.

Sunday, January 30, 2011

Edit Photo Contest by Hajar

Contest ini di anjurkan oleh Hajar. Jom terjah [click sini ye]


Hobi baru aku tahun 2011 join blog contest. Rasanya seronok jugak. Walaupun baru sekali menang, membuatkan aku semakin berkobar-kobar. 

Ok, jom tengok hasil yang telah di edit ini. Nie adalah model sambilan bernama Natrah Sri Ayu. Si cantik ini mula bergiat aktiv dalam dunia modeling sementara menunggu keputusan SPM 2011.

Shooting telah dibuat di Naza Hotel, JB. Kebetulan juga hobi baru aku berjinak-jinak dengan dunia kamera.

Maka ini ler hasilnya:
Menggunakan canon 500d, Lens 50mm, F1.4, ISO 100. Inilah lens kesukaan aku. Sebab aku suka buat bokeh.
Dari segi editing, aku masih 'Zero' tapi aku cuba untuk jadi 'Pro'. wakaka




Jom Tag kawan kita:  Sharing is PowerCik Bebet & Mama Zharfan

Saturday, January 29, 2011

CONTEST GAMBAR PALING COMEL




CONTEST GAMBAR PALING COMEL INI DI ANJURKAN OLEH
Cik Nieza Anieyza. Jom join [click disini]

Ini adalah gambar paling comel saya.


Sally [cincin berkilau] punya kelebihan tersendiri yang mampu memBESARkan sebelah mata & mengKECILan sebelah mata serentak. Manakala Wani, sangat TERUJA dengan keHEBATan yang ada pada Sally. Sally & Wani merupakan Executive Kanan Procurement, yang sangat dikagumi di sebuah multinasional company yang terulung di persada dunia. Mereka merupakan 'teman tapi mesra'.

Bagi aku, mengenali Sally & Wani adalah satu rahmat tuhan yang tidak terhingga. Syukur pada-NYA dikurniakan teman sebaik mereka.

Tag ke 3 org blogger:
  1. Chique
  2. Matjoe
  3. Lulu Junior



Thursday, January 27, 2011

@MenanG@



Tak sangka entry aku menang. Walaupun dapat No.4, ini merupakan pertama kali aku join blog contest, pastu menang pulak tue. TQ toceh2 to Matjoe [Investing, Living & Anything]


Thursday, January 20, 2011

Dyfenamic 500mg

Dah lama dah tak makan dyfenamic 500mg, selalunya memadai makan hanya 1, tapi kali nie xjalan, lantak ler aku makan sebiji lagi. Plannya hari nie nak berehat je lepas balik dari Pasar Tiram, tapi entah mata nie tak boleh nak tido.

Masih january...... perjalanan menuju 2011 masih jauh. Teringat akan seseorang yang banyak berjasa dalam hidup ini. Melayan mata yang tak lena-lena, terkenang saat-saat susah payah aku dahaulu..Dia hadir tanpa ku sedar...Dia hadir tanpa ku hiraukan....Dia hadir saat aku perlukan bantuan...Dia hadir dalam aku kebuntuan.......

Saat aku menulis ini, kepala ku sakit bagai nak giler. Hanya tuhan yang tahu. Minyak kapak dah berkilat di kepala. Inikah hukuman tuhan. Sekarang nie, apa yang kita buat semua di bayar cash kat dunia lagi.

'Mungkin' juga, tanpa ku sedari aku berlaku zalim terhadapnya. Tidak tahu menghargai & menilai kaca & permata. Entah macam mana jari ini mendail Dia.. sayup-sayup kedengaran suaranya.

Dia masih seperti dulu. Tanpa sedikit pun berubah. Ya Allah...bertapa sabarnya dia. Teringat kata2 seorang kenalan- 'kita nampak mature dalam byk perkara, tapi 1 perkara kita kurang arif'- rasanya aku tergolong dalam kategori ini.

Ohhh aku bermimpi rupanya. Kesan Dyfenamic 500mg sangat berkesan rupanya. Nasib baik tak telan 3 biji

Sunday, January 16, 2011

Trisno&Co




Berbaloi2 g course by Trisno&Co. Best & terbaek la bro! terima kasih! Tunjuk ajarku sifu. Sebelah aku tue, Hafizah (Consultant QS) punya minat yang sama dengan hobi baru aku. Sebelah hujung sana Mus (MMHE)


Ni model Natra. Cun kan beb! Baru lepas SPM tapi dah macam artis gitu. Sporting tue bila berposing

Saturday, January 15, 2011

3 dlm 1

13hb
arini aku sangat bersemangat utk terus berkerja. rasanya cinta ku pada kerjaya baru aku terus ketahap maksima, impak maksima & terkasima. Macam bullish market. Arini jugak bermulalah langkah pertama ku di awal tahun masihi.

14hb
arini aku sedikit demotivate-1st time dalam kerjaya ku merasa begini. Dah jadi bearish dengan sekelip mata. Oh dugaan....disaat ini kesabaran yang tinggi amat amat diperlukan.

15hb
arini aku berkerja 14jam! Lebih dari Bangla jual roti, indon bending rebar & pakistan jual karpet. Ini lah cabaran pertama aku dalam dunia baru ku. Mungkin sementara @ selamanya?

SMS/call minta maaf tidak berbalas. Mungkin esok masa yang sesuai untuk mereply. Tapi rangkaian dalm jaringan tidak boleh ku tinggal kan walau sesibuk mana.

Tuesday, January 11, 2011

sebelas

hari ini hari ke-11 dalam tahun baru 2011
Bulan january

dipendekan
11-01-11

cantik no nie? maklum ler Qs figure2 ni sensitive sikit.


Johor pulak cuti.
Cukup hujung bulan


genap 2 tahun aku menjadi warga sementara johor
JOHOR - tempatku mencari rezeki
Jam 11pm mencatatkan detik ini

Saturday, January 1, 2011

2011

kali ini bukan nak cerita azam/plan 2011. Nak cerita pasal penghujung tahun & awal tahun.
2 tahun yang sama seolah2 copy+paste cerita lepas.

walaupun aku dah dok johor dari 2009 tapi aku tidak pernah menutup & menyambut tahun baru disini.

31/12/2009-balik kl
01/01/2010-new year kat umah JK
31/12/2010-balik sa
01/01/2011-new year kat JK-kali nie lebih meriah sikit, ada mini gathering family mak & beberapa rakan terdekat di rumah.


Permulaan yang baik utk tahun baru! walaupun kali ini aku memilih kalender hijrah.