Belum ada waktu yang cukup untuk aku belek belog ini. Apatah lagi untuk mengikuti belog2 pilihan hati yang menjadi sumber inspirasi aku. Sejak sebulan lalu macam2 yang difikirkan. Tak apalah, hidup ini cuma satu pengembaraan yang tidak terhenti. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi. Macam2 ceritera aku dalam seminggu ini. Bila dapat peluang balik ke KL pasti aku tak senang duduk. Tiap detik & waktu ada saja program yang dirangcang.
Diary hidup aku sangat ringkas! Aku lebih gemar bersosial dengan keluarga, sahabat2, kawan2, teman2, kenalan lama dan kadang2 jugak dengan sesapa sahaja yang baru aku kenali. Cara kita mungkin berbeza, tapi seperkara membuat kita sama. Ini lah yang membuatkan aku semakin sayang dengan kehidupan aku di sana. Aku mulakan cerita ringkas ini:
09-10-10, Sabtu
Aku kerja seperti biasa, menghabiskan sedikit tanggungjawab [ayat biasa boss aku] sebelum aku cuti lama. Kali ini, aku memang terfikir nak cuti seminggu tapi khamis 14hb aku ada meeting. Best dapat sampai KL awal, aku terus ke jalan TAR. Memang niat nak bershopping tudung. Kali nie aku sorang2 shopping beli T-shirt, tudung, cadang & baju budak kecik 2 orang kat rumah.
10-10-10, Ahad
Plan asal nak tengok baby izan classmate lama time degree. Bila ingat izan teringat cerita tiket muzium $2.00 yang konon2nya mahal. Izan, sampai ke tua nanti aku pasti ingat kat mung pasal cerita ini. Semua plan yang dirancang terpaksa dibatalkan bila mana pagi2 itu cousin aku datang beri tahu yang pak cik aku sakit. Paralyze sebelah kanan. Cuak jugak time tue, alhamdulillah sebelum aku balik johor cik roslan dah ok, dah discharge pun.
11-10-10, Isnin
Shah alam-Mutiara Damansara-PJ-Putrajaya-Mutiara Damansara. Menghabiskan masa bersama Cik ferry. Macam2 aktiviti yang dibuat & akhirnya ke opis KDN, mencari mangsa untuk kerja2 karut marut cik ferry. Yang peliknya, semua akan menjadi bila aku bersama dia. Dia memang pandai mengarut tapi itulah yang membuatkan aku tersenyum dikala keseorangan. Aktiviti lepaking dari pagi-petang terasa sangat2 berbaloi. Yang pasti cik ferry meninggalkan khazanah QSA yang sangat berharga yang boleh aku gunakan bila menjadi warga AQS kelak.
12-10-10, Selasa
Agenda utama sebab cuti panjang memekakkan telinga dengar QSIC 2010 di Grand Dossett Subang. Jumpa juga classmate lama Amir & Ajib, beberapa lecturer yang taste & sebaliknya. Malam tue dah xbanyak aktiviti nak buat sebab dah penat, makanya cik ayu datang amik utk sambung shopping kat JJ Bkt Tinggi->lepak kat Mr Kaya Kopitiam sampai aku tertido. Mana taknya jam dah dekat 12.30am. Kesian kat cik ayu, selalu benar aku tertelap.
13-10-10, Rabu
Sama je ceritanya masih di QSIC bezanya cuma dapat menambahkan kenalan baru terutama yang dah bergelar req. qs. Yang lain tak berapa nak ingat nama cuma Ms Thong je yang ingat. Dia ada bagi business card kat aku, masih muda & ada firm sendiri kat Puchong. Yang lain mungkin tengok muka ingat kot. Mula2 agak bosan aku gi convention nie, semua macam tua2 n sebab aku tak da geng kot . Nextime nak ajak member2 join sekali la baru best. Seperkara lagi aku dapat berjumpa dengan salah seorang sumber inspirasi aku. Dia sangat memotivasikan aku untuk terus melangkah kehadapan. Malam tue jugak aku pulang ke rumah sementara aku di johor, ditemani oleh Bebet & Ririn. sepanjang jalan aku hanya tidur.
14-10-10, Khamis
Aku kembali menjalankan tugas. Yang paling penting meeting hari ini dengan SGMO & new coming GM Mr Lio. 1/2 hari masa dihabiskan dengan meeting yang penuh dengan wayang & retorik. Petang kerja seperti biasa n petang itu jugak kami bertolak ke Desaru serta bermalam di Desaru Damai Resort.
15-10-10. Jumaat
Bercanda di tepian laut biru hijau cantik warnanya. Membuatkan hati yang gundah tenang kembali. Jalan2 di pekan kota tinggi yang tak pasal2 kena saman sebab tak bayar parking . Mana ler kitorang nak tau guna kupon sebab kita kan dah biasa bayar parking guna machine. Tak pasal2 ber'agrue' dengan staff unit undang2 MDKT. Melayang sudah duit $9.00. terus shopping di SSF home deco. Bawak bed makan ayam penyet pasir putih, katanya tak sedap langsung. Tapi tekak aku rasa sedap je.
16-10-10, Sabtu
Misi seterusnya ke daerah pontian. Kat sana ada Taman Negara yang sangat cantik. Tempat nie bukan setakat ulu tapi lebih ulu dari pasir gudang. Pasir gudang kira maju jugak sebab ada JJ, tesco, Giant & paling penting ada tempat lepak2 macam taipan ->Starbucks->Old Town White Coffee->Secret Recipe->Baskin Robin-> etc . Perjalanan dari JB lebih kurang 1 1/2 jam. Mula2 g ke Tg Piai yang mana penghujung selatan asia & pulau kukup. Sehari suntuk di pontian, malam pula makan di Hutan bandar. Sebelum malam jalan2 lagi di Puteri Harbour Nusajaya. tapi sayang batery camera kong, so xdapat amik gmbar.
17-10-10, Ahad
Akibat badan yang dah tak larat dipaksa2 juga, hasil dari perjalanan seminggu ini aku D.E.M.A.M. . Tak apa ler demam pun demam ler tapi aku tetap gumbira ngn sosial life aku. Esok aku mesti bersemangat untuk memulakan kerja seperti selalu. Hanya ada kurang dari 2 bulan sahaja aku di mmhe. Banyak benda yang perlu diselesaikan. Anggaplah kehidupan ini adalah satu pengembaraan.
2 comments:
wah cik iba! perjlnan seminggu yg sungguh menyeronokkan...
-aellie23-
hihi cuti2 rehatkan minda
Post a Comment