Thursday, October 21, 2010

sukan kembali

Last main badminton seminggu sebelum puasa, Sekarang puasa pun dah abis, raya pun dah abis, duit pun dah banyak berabis gara-gara shoping raya, hantu raya, lebuh raya. Kalau nak cerita sibuk hal kerja, sampai ke tua tak bersukan, sampai ke malam tak bersosial, sampai penat pun tetap macam tue.

Yeah yeeehaaa...aktiviti sukan sudah bermula. Semalam 20.10.2010 tarikh yang cun mula dengan futsal. Arini badminton, esok pulak aerobic tapi aku tak join. Hahaha tak minat nak tari2 tapi lau suruh tengok zapin aku ler yang no. satu.

Nantikan pula ahad ini, mmhe paintball. Tahun lepas terpegun tengok orang main, bullet2 abis di kutip di tepi2 semak. Kali ini tak lepaskan peluang maklum ler tahun akhir di mmhe. Takut memang semestinya sebab aku pun bukan menggemar aktiviti lasak cuma sekadar nak merasa. Mesti havoc punya ramai geng2 futsal & badminton join. Mari berentap kita tengok group sapa bakal juara.

No comments: