Saturday, December 10, 2011

Flying Fish

<embed src='http://www.groupego.com.my/theme/img/en_MY/player.swf' height='311' width='500' allowscriptaccess='always' allowfullscreen='true' flashvars="&autostart=true&file=http%3A%2F%2Fwww.groupego.com.my%2Ffp.flv&plugins=viral-2d"/>

Saturday, August 6, 2011

Cerita @ Affin

Tgh tunggu que nak bank in cheque...
"Adik guna dulu la"-dlm hati bagussss ak memang x suka que lama
1 minit selesai sudah urusan pembayaran card credit(teknologi memudahkan kita)

"Dik, bole tlg x selalu suami buat"(muka sedih ibu bersama seorang anak, umur sekitar awal 40-an)
bole..ooo outstation ye. Akk buat mcni 1, 2, 3, 4,.....ni resit akk
"Terima kasih Dik"
Sama2,selamat berpuasa kak

-------------
Dalam kereta terdetik seketika:
Bagaimana mak aku?
Pastinya! TIDAK tahu.

Semoga Ada yang membantu Mak ku nanti.

Tuesday, July 26, 2011

Goodhope

Sejak online dimana2 byk perkara boleh dishare dlm belog ini, tapi yang xbestnya xleh upload photo.lagi xbest lau mcmner Aku arrange paragraph ni dia tetap menjadi 1 paragraph yg panjang, makin berbelit2 yg membacanya 2hari join QS Capacity Development Programme organise by JKR Selangor, speaker Sr Norshimah Meon sangat lah seronok!!!

Walaupun Aku Jahil dgn COC 2007, Teringat dgn 203A (83/10) zaman 'uitm dhatiku',susah jugak nak faham.Skrg Kitab ak PAM2006. G seminar ni sebenarnya best (bab ngular,x masuk office xpayh cakap walma ketua jabatan pun lau ditanya 2x5=100),kalau kena topic n masanya

2hari dapat berkenalan dgn Pn Engineer & Pn Contract Manager (Johor Land) dan Pn QS(UDA Development S/B). Mereka mempunyai +/-20thn pengalaman sebagai developer &client,soft spoken, baik,banyak bg advise & siap suruh anta CV jadi consultant project diorang "Kita banyak project tau, tp consultant kita 3 je ARH,KPK & Procost, anta CV je dulu"


Tiba2 Teringat kenalan2 yang keje ngn developer UEMLand, WCT Land,Gamuda,IJMLand,SP Setia,IOI beruntungnya mereka!!! Sangat menakjubkan!!! Patut lah puan2 ni boleh stay 20thn "Ada apa2 info nanti I call u"-within my range je inform, above I x mampu tau

"Ok, keep in touch, jgn pulak awk x kenal sy nanti"- xda la Puan

Sunday, July 24, 2011

Sagu

"kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagu" Kalau tidak berusaha manakan dapat hasilnya

Saturday, July 9, 2011

Bak kut teh

Dengar je Nama dah x lalu Bak kut teh? Sup tulang Babi kot, Aku pun xpasti, yang pasti sup Babi la, kegemaran cha ya nun alif.Agak2nya segala Bala anggota Babi itu sedap (cth nya mungkin macam orang kita suka sup ekor, tulang,lidah,gear box,etc) Sehingga kan satu hari: "mr chan, bak kut teh tu sedap ka" Ooo itu banyak sedap, next time I bwk u "I mana bole makan, itu halam maa" Bak kut teh itu Ada yang halal, nanti sy cari itu kedai yang Ada halal punya"Itu Nama saje bak kut teh tapi x semestinya babi ?@#%^* Giler2!!! WTF?

Tuesday, June 21, 2011

Rindu

"Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" Rindu!Rindu!Aku rindu pada dia. Dia yang menjadi petunjuk jalan hidup ku. Dulu, Pernah ku berjanji dalam diri ini Akan mencium & mendakap dia 2x sehari Pagi dan malam Tapi, Sekarang ku akui jarang sekali ku buat Walaupun niat dihati tetap Ada. Aku, Tidak mahu dilabelkan insan yang alpa & lupa Furqan, Namamu memberi makna buat yang menghayati

Sunday, June 19, 2011

Stanza Cinta



Nak buat promo sikit,drama stanza cinta mlm ni pukul 9,TV3. Ayat standard "dia tu kawan Aku".....haha classmate Aku. Dia pun memilih TIDAK menjadi QS!berbeza sedikit ngn Mr Wee(trainer semalam)

Bagi Aku nurull halawati dah berjaya!!novel pertama Ada lagu tema & di dramakan.pelakon plak bole tahan hebat, masuk plak TV3(halloooo tv3 x amik citer2 ngarut ni@xda quality) Jom layan cerita ni malam ni

Saturday, June 18, 2011

Penat!!!

Penat seh attend training 1 hari. Dalam training sempat lagi Aku tertidur. Siap berangan!!! Otak Aku terfikir tentang background trainer ni Sangat menakjubkan!!!! Dia memilih tidak menjadi tradition QS

Friday, June 17, 2011

Beruntung

Aku patut rasa beruntung!Aku dapat supervisor yg bole guide Aku & kawan2. Walaupun Aku sentiasa dlm mood 'Ss' not for Siti Suhaibah,dia Sangat bagus. Aku Kenal kn dia sebagai mister Kay.dia bags, ak nk upload gmbar dia ni tapi x bole la pulak tenet bb yg smakin lembab ni, capacity terbatas! Jadi Aku cuma bercerita tentang mister Kay ini.dia rajin mengaja Aku & kawan2, kdg2 bosan gk. Bila dia byk masa dia siap buat site visit lagi ngn Aku. Untung x untung tu Nama nya?

Tuesday, June 7, 2011

6 bulan

Tau2 dh 6 bln ak di tempat baru.Bagi ak 1 tempoh yg cukup lama dan membuatkan Aku sentiasa dalam keadaan tertekan. Unfair la kan, mcmner ak selalu cerita yang ak dh mcm pekerja bangla tapi ak hepy keje hujung minggu tanpa Ada paksaan.ak sgt2 hepy bergelar QSs, ak sgt hepy dgn 'kerjaya baru' tp sgt x hepy dgn 'life kerjaya baru' Aku!Aku!dan Aku! Mampu bertahan disebabkan:-
  1. impian Aku!impian Aku mengatasi segalanya
  2. boss yg baik hati n supportive( tiba tang dia nk bagi lecture xlarat nk dgr,kalah lecturer ngajar)
  3. of course org keje pasal rm br dtg experience.tipu ar lau org keje sbb nk cr experience semata2.bole bla la.lau pure experience request kt boss"sila byr gj sy 6 bln sekali" ha Ada berani ka?
  4. staff welfare terjaga(rank lbh dri fair,good kot tp ak belum pernah claim apa2 even milage,Entah belum Ada hati lagi nk isi form. Agak2 lau dah 6 bln bole dpt gadget baru 
  5. staff benefit menang Ada tapi not eligible at all.tunggu setahun kot baru dapat 
  6. yg best weekend xkeje,ak sgt suka,ak boleh sibuk ngn aktiviti ak 
  7. dunia ak semakin expose; ak dpt Kenal 7 Jenis ragam Ar & kedua2 Ir.Kerenah client x susah sangat
  8. walaupun ak smakin sengal,projek ak lain2 kategori;clubhouse,service apartment,shop office,DSTH,factory,earthworks,1 projek engineering. Tapi Bosannya 80% Masih pre contract
  9. Aku dpt belajar 2 software y sedikit memudahkan kerja ak 
  10. opismate y 'agak' ok

Monday, May 30, 2011

0=sifar

Kosong!!! Sejak2 ada minat yg mendalam berstatus TEGAR,masa yang ada nak update blog sentiasa terbatas. Lagi2 sejak bergelar buruh kasar sector binaan cumanya bukan di import dari Bangladesh.

0!!!tidak bermakna stress andai kita bijak memilih jalan supaya ketegaran semakin tegar.

Walaupun bergelar buruh kasar lebih dari bangla, hati ini happy. happy! hi hip hureyyyyyyyyyyyyyy

Tuesday, May 17, 2011

Public holiday

Arini Aku x sure cuti apa. Thaipusam or wesak day? Ahhhh..... Cuti aje la.plan arini nk g no47, jalan molek 1/8.dalam 3 jam blk arrr Now, ak dh giler,giler kerja? Giler talak? Jawapan giler:contest n giler stock!sbb Utama gk ak beli benda ala nie. now.agak2 nya fully utilise x?br Pakai shari dh bosan.ak crass pun best sgt pun 6/10.....bazir Ada

Sunday, May 8, 2011

bomba datang tapi....

Kampung halaman ku di kejutkan dengan kebakaran 11/12 buah deretan rumah sewa. Ranap di mamah api sekelip mata

Dikabarkan bomba datang tapi lambat. Tidak dapat menyelamatkan sebuah rumah pun. Bomba cuma dapat mengawal kebakaran dari merebak ke beberapa banglo berdekatan.

Punca kebakaran dari keterlupaan salah seorang peyewa, masak air guna cerek lepas tue siap g bank bayar itu ini.Cerek yang terlalu panas terbakar & meletup. Menyambar elektrik, maka berlaku lah kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Tapi mereka tinggal sehelai sepinggang.

Syukur kejadian tahun lalu & yang terbaru membuatkan kita lebih berwaspada.

Warga JK turut membantu, season f&n juga dapat dipanjangkan kepada magsa kebakaran. Sehingga kini, warga 'kampung halaman' setia menanti.


Saturday, May 7, 2011

Friday, May 6, 2011

luahan pengukur bahan binaan

aku dah macam astro, tak abis2 buat siaran ulangan cerita yang sama. dalam belog aku xsure la dah buat post  mcm ni ke belum. tapi dari keluhan dah berjuta2 kali kot. Macam skrip yang dihafal, mudah saje nak cakap.

Entah keberapa kali aku hairan yang teramat sangat dengan 'mereka' yang berjiwa consultant! Salute la kat korang. Korang memang tabah! Kalau ada vote sms utk anugerah pekerja consultant terhebat,mungkin jari ini dah send berjuta2 sms utk undi korang.

"sms hantar VOTEferry, VOTEbling2, VOTEpumpkin"

dari 2009/2010 sampi 2011 setia pada yang 1. Tidak berpaling tadah walaupun 1. Hanya sekadar rungutan yang keluar dibibir 'mereka'. Jiwa kental la korang nie. Agak2 macam kentang yang tahan lama.

kawan2 yang lain masih ada jiwa2 consultant tapi macam aku juga, suka melompat lompat macam katak. Bosan 1, cari 2, bosan 2, cari 3. Tapi kalau dah bosan 3, wajarkah cari 4? Aduhhhh sila bersabar wahai budak baru belaja! Aku hanya insan biasa...hahaha penat dah nak sabar2 nie.

Baru lalu 4 bulan, ada lagi 1 tahun 6 bulan, Boleh giler kah aku macam nie?

Tekanan mula dirasai, tapi bila fikir balik berbaloi kah untuk menghadapi tekanan ini?Katakan TIDAK! tidakkkkkkkkkkkkkkkk.....tidakkkkkkkkkkkkkkk.......................

Arrggghhh aku malas nak fikir, aku nak amik jalan mudah, aku xmo sakit jantung darah tinggi, nauzubillah jauh sekali sakit jiwa.....

Cara mudah.com aku buat bodooooo....selagi aku mampu buat bodoooo aku akan stay lagi 545 hari. Selagi kesabaran mampu dipikul, selagi ketabahan mampu dirangkul aku akan jaga 'baby' aku sampai CPC issue.

walau macam mana, aku tetap sayang dengan baby2 aku........................baby2 aku macam ragam, kerenah lain2, suka layan mereka. sebab baby2 aku terlalu comel, sebab itu juga aku mampu bertahan.






P/s: sejak belog ni mula dijejaki oleh mereka yang tak patut, semakin banyak kiasan dalam menulis. Makin pusing2 karam singh la nampaknya.Belum terfikir untuk convert ke nama lain. Keadaan masih terkawal.

Wednesday, April 27, 2011

Tabahnya kamu

Maghrib tadi dapat SMS 'ada gosip hangit' hanya menyedari selepas sejam kemudian. Perbualan sms di antara aku dan dia berpanjangan sehingga ke YM.

"pasal bf wsp" mana kau tau? "mcjah" mcm ner boler tercerita? "bkn tercerita, tp terjumpa"........
walaupun ini bukan gosip, berbualan menjadi privacy antara kami. cuma aku nak bercerita sikap si kawan ini. aku nama kan si kawan ini 'kamu'

mengenali 'kamu' 2thn lps sudah bermakna mengenalinya keseluruhan. tapi apa yang dapat aku rumuskan 'kamu' seorang yang sangat baik & berhati mulia. aku sangat respect dengan 'kamu'.

izinkan aku bercerita tentang 'kamu' dalam belog sesawang aku. untuk aku jadikan teladan buat diri sendri dan orang lain.

'kamu': personally yang menarik, mudah mesra dengan orang, lembut & berbudi walaupun marah (tapi kalau orang dh mula pijak kepala, 'kamu' akan bersuara jugak, kira bersuara bertempat ok) dan yang paling penting 'kamu' selalu positive orangnya

kami kawan2 'kamu' pernah pelik dengan sikap 'kamu' yang tabah. walau apa pun keadaan yang berlaku, dia mampu tersenyum & tenang melayan mesra kawan2.

Mungkin? dari pemerhatian aku & kawan2, ini rahsianya macam ner 'kamu' sebaik ini:-
  1. kamu seorang yang khusyuk dalam solat (kalau dah khusyuk sudah tentu yang 5 dijagakan)
  2. rajin solat dhuha walaupun time kerja
  3. hormat orang tua (pernah sekali time buka puasa, kamu membawa seorang 'nenek' yang betul2 tua y tdk ada pertalian langsung berbuka bersama2 kita)
  4. kamu akan sentiasa buat baik, walaupun kamu tahu di akhirnya dia bukan milik kamu. syabas! kamu sangat2 tabah (sejauh mana ketabahannya kita tidak tahu, mungkin bagi kamu 'menutup aib orang adalah lebih utama')
  5. kamu membuatkan ak terfikir sejenak............




Saturday, April 23, 2011

Let our dream come true

Dear all,

like a dream "bulan jatuh ke riba. " when everything is starting to give up, f & n call that we won!

actually if we still  maintain with the bai's name our point is 4455 (cantik no, mesti boleh menang) instead of 3956. by the way, kita xtau, just hope n hope the 2 names will win.

whatever, this is just a contest in which we do not know the risks. but, I am proud to all of you who make this dream come true, your commitment (naz adik & muzakir at the last minute) for success of the contest.

1 more things this is good for us to strategies all the contest. the concept like 'we share the cake between us" dari xdpt apa kata nas.

hopefully, next week we will hear good news from f&n. to those winner please open table to all supporter

 

we start decided

Received an email from my eldest brother.....the  message like:
Hello guys,

Apologize coz did not update you for this quite long time...(frankly its really hard to believe that we did not win anything for week 4!! it's 1442 points ; WTF game is this?? - need how many points to win??)

With current points on hand = 499, we change the strategy to change the name for this entry from Bai's to Nasz's. At least we all will not "gigit jari" rather than not win anything - this 499 points posted on 22nd April 2010 (Morning).

It's really like a dream when suddenly received a call from F&N Seasons on Friday (22nd - evening) mentioned that we won the third place with 1,442 points - is it a Galaxy Tab??

This good news bringing a new phenomena when Bai. Iba & Wai decide to dare to continue this crazy things....(high risk , high returns..) - by submitted 3,956 points this morning.. (p/s: Iba, u should thank us to manage ur dream come true tau!! thx to muzakir too)

Now u guys, please pray for this dream ok! (Grace: Sembahyang kuat2 tau!!)....lol

* do refer to the attachment for latest update points. Anything please clarify it with me..

Comment: We decided to fight this contest at the last minute stage. Remember that certain keyword  usually used during the contest:

"Go go go for $$50,000"

"team work is our strength, we must work together to archive our goal"

Support each other! Willingness to encourage others to do well! 

Friday, April 22, 2011

1st good sign

received sms from my younger brother....

"we have won weekly prize  f&n season contest.. but i dont know what prize we have won cos just now i got a msg...maybe tomorrow they will call"


my replied

"tipu ar ko"

Attn:this is not a prank like abg jeli has done before (:

at nite, i received call

"kita memang galaxy tab..ko nak beli"

believe it or not? nope

Friday, April 8, 2011

dua insan

tiada kata seindah tulisan, sebab subject penulisan dapat B aje, seandainya aku bisa bertutur membuat satu nokhtah!Dunia tidak serumit ini. andai langit dan bumi menjadi saksi, insan kerdil ini akan mengundur diri
 _________________

Pengembaraan selama 82 tahun mungkin tidak serumit mana, andai kita  bijak membaca peta. Globe sebesar mana, andai tidak tahu membaca tiada guna lagi. Kegilaan menuju satu matlamat yang pasti!Pasti?sudah tentu bole meranapkan kota sendai

Andai randik boleh di reverse sudah pasti dunia akan terbalik. jika pelangi yang di cari, sudah tentu hujan yang di tunggu. kalau bala yang mendatang sudah pasti di sumpah si hujan

______________________

Kegembiraan yang dicari bahagia yang dijumpai
Kemewahan yang dicari senang yang dijumpai

Thursday, April 7, 2011

Monday, April 4, 2011

Jatuh

tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan pula.......
eh betul ke? emm belasah je  la. janji maksud sama

merindui kerjaya lama yg banyak mengajar selok belok politik pass/fail  kerja, sepak terajang dunia keparat mahupun suka duka dunia 'yes boss' menjadikan sebahagian pengalaman terindah dalam mengembaraaan ini

tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan pula.......
kerjaya yg di idam2kan suatu ketika dulu, hampir setiap hari menunggu. walaupun ketika itu aku telah memegang jawatan tukang kira besi yang sangat handal di 'public listed company' yang juga menjadi idaman aku.

@yahoo @gmail bukan lagi medium urusan rasmi. Bak kata kak nita " jangan pandang ku sebelah mata, hanya kerna namaku wanita gmail, walau ada kelemahannya, Engkau pun apa tidaknya oh"


zaman u dulu lecturer aku yang boleh tahan kelako nya [cuma x jadi senario je sebab ada Sr] suka sangat cakap "gaji pertama kena beli somethings bla bla bla bla.... tak kira la murah ke mahal"- Ia sangat terkesan sehingga kini

kesannya: ia maenjadikan satu kemestian bila aku bertukar company! Kat situ ada aesthetic value bila kita dah tua nanti [sekarang pun dah tua cuma belum sedar je]. sememangnya kita akan berasa lain dengan barang2 ini

impak maksima nya: bila kita dalam keadaan stress gila bab satu sudah tentu kita akan tersenyum  melihat something2 somethings ini yang sebelum ini akan membuatkan kita tersengih sendirian

sekian
sekadar merapu manyak makan ikan kerapu
sekadar  cerita 0 manyak minum teh 0

Thursday, March 31, 2011

sibuk

Dalam erti kata mula berkerja:

menjadi seorang yang sibuk?
ini adalah perkara biasa!

 -TAPI-


menjadi seorang yang 'sangat sibuk'?
itu merupakan perkara 'luar biasa'!


Keadaan ini akan membuatkan kita:

Rasa pening?
ini juga adalah perkara biasa!

 -TAPI-

Rasa mabuk?
itu juga merupakan perkara 'luar biasa'!



MABUK tanpa minum arak lagi bahaya dari mabuk kaki todi!
dalam keadaan luar sedar kita akan berkata2 sebegini:


"please send to my personal email at suhaibahaqs@google.com"


losyen ini brand apa?
 "oh  johnson suisse"




__________________________________________

kalau ia nya berterusan?
apa akan jadi?



Sunday, March 27, 2011

Season

Brand Season f&n menjadi fames di rumah, Kegilaan semakin menjadi2 semalam. Semua orang dah naik 'syeh' untuk minum brand season. Masing2 berlumba2 nak kumpul point. Stategi masing2 di gabungkan menjadi satu. 1malaysia 1family 1semangat.

'bang, nak jual ke?'- x da la, nak minum sendiri

'banyak nya kak..jual ke?-xla nak masuk peraduan

'ha amik sorang 1, lepas minum pulang balik'-ok

'dah abis minum lum? nak collect balik ni...-belum lagi

bla bla bla

__________________
Aku pulak sekadar pemerhati. Gelagat mereka membuatkan aku terjebak sama.




Tuesday, March 15, 2011

m@nusi@

m@nusi@ bila sen@ng mula@ lup@ diri
mul@ l@h hil@ng @r@h tuju y@ng seben@r
Seg@l@ prinsip diri y@ng di @gung-@gung hil@ng ke m@n@
F@ls@f@h diri y@ng dic@n@ng mer@t@-r@t@ tertimbus begitu s@h@j@

ini baru diuji dengan nikmat sebesar zarah, perangai dah berubah 10.00 pada sekala richter kalah gegeran earthquake jepun tempoh hari. nasib baik mampu dikawal, kalau tidak tsunami teruk pasti berlaku

macam-macam perangai manusia nie
ada yang ok ikut resam padi
ada yang lagi 'ok' ikut resam jagung
mengangung-agungkan sesuatu yang tak pasti

Berbaloi ka?
dengan mengorbankan semua
tanpa rasa simpati

ini nama 'uniq'
keunikan dunia




Thursday, March 10, 2011

malas

manusia yang normal
rajin, dan ada ketika sangat malas


manusia yang kurang normal
kurang rajin dan banyak malas

manusia yang tidak berguna
sentiasa malas dan tak pernah rajin

di manakah letaknya diri kiri?????


tepuk dada tanya sama hati
kita lah  yang lebih tahu  diri kita


perlakuan kita di dorong oleh hati
sedikit cuma faktor luaran yang mempengaruhi kita

mungkin 10% faktor luaran membakar semangat kita
90% kuasa dalaman  adalah lebih penting!


Tuesday, March 8, 2011

Baru 3 bulan

 
 Brave? not really
Gamble? not sure
Fear? maybe
Short cut->NO
  Underpass->NO
Bypass->NO
Turning back->NO
Regret->NO

Monday, February 14, 2011

Apa itu KITAR SEMULA

 

Apa itu KITAR SEMULA?
Mengikut wikipedia bahasa melayu adalah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. 

Apakah kelebihan KITAR SEMULA?
Ia dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah

Apakah bahan yang mudah di KITAR SEMULA?
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik

Mengapa perlu KITAR SEMULA?
Untuk mendapatkan kesan yang positif kepada dunia. Kitar semula adalah penting bagi manusia dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan  semakin meningkat setiap hari.

Bagaimana perlaksanaan KITAR SEMULA?
Melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal.
Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan. 


Apa itu 3R?
Reduce (Pengurangan)
Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. 

Reuse (Penggunaan semula)
Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi.  

Recycle (Kitar semula) 
Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan semula

"Bumi Kita Tanggungjawab Kita"
sayangi bumi kita

Sunday, February 13, 2011

Contest Menangi Set Sauna Diamon, Cek Tunai & 5 Hadiah Misteri!!!


Contest ini di anjurkan oleh Puan  NAWALFISYA Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia.Tel/ SMS : 017-6944804 012-9912841 Email: nawalfisya@yahoo.com YM/ Skype : nawalfisya.

Puan Nawalfisya menggunakan tagline "Sauna D'home, Homestay and a lot more...!"

Dengan ini saya mempromosikan product sauna E-Shop @ Wish's. Terdapat 6set sauna mengikut  harga pilihan anda[sila click pada product untuk info lanjut]
  1. Sauna Infrared      [RM660]
  2. Sauna Opal          [RM600]
  3. Sauna Ruby          [RM440]
  4. Sauna Diamon      [RM390]
  5. Sauna Vibro Pant [RM250]
  6. Sauna Pant           [RM150]
KELEBIHAN e-Shop @ Wish's:
  • Mampu milik, berpatutan & berqualiti
  • 3x ansuran mudah tanpa sebarang faedah
  • Zero 0 caj penghantaran kecuali Sauna Diamon & Ruby[semenanjung sahaja]
  • Kaedah pembayaran yang mudah
Tujuan asal?
  • Saya mencari peluang biznes dengan modal yang rendah, terjumpa pula blog ini. Baca punya baca tertarik pulak dengan product ini. 
  • Maka bila kita ada idea, otak pantas bertindak, macam2 bayangan difikiran.

Mungkin juga ini yang sedang bermain2 di kotak fikiran sekarang ini:

Kenapa saya nak menang sangat:
a. Saya dah buat entri khas blog e-shop@wish's
b. Saya dah jadi follower dengan nama Pena QS
c. Banner blog  e-shop@wish's telah berada di sidebar saya
d. Rasanya semua syarat dah cukup

DAN kenapa saya patut menang:
a. Saya nak join rangkaian biznes e-shop@wish's.
b. Saya dah letak e-shop@wish's sebagai permanant link dalam blog saya dalam ketegori 'Promosi Biz'
c. Dalam  directori ahli tiada seorang pun dari Johor, maka saya akan menjadi ahli pertama dari negeri Johor [selangor tanah tumpah darahku, johor tempat ku mencari rezki]
d.10++ permanant link telah di buat ke blog e-shop@wish's
e. Saya juga turut memhebahkan no tel, email & nama pemilik e-shop@wish's dalam entri ini
f. Dan yang pasti, saya memang NAK MENANG.

7 hadiah yang bakal anda menangi adalah:
Hadiah Utama: 1 Set Sauna Diamon bernilai RM390
Hadiah Kedua: Cek Tunai bernilai RM50 daripada Nawal Enterprise
5 Hadiah MISTERI....!!

jom ramai2 join ini contest
Nak Sauna Tak?[click disini]

Wednesday, February 2, 2011

iOi

Aku cuti! Company declare cuti awal sehari dari CNY. Tak ada program yang urgent pun kali nie, cuma sedikit urusan sahaja pagi tadi di bangunan UMNO shah alam. Secara tak langsung, aku pengaruh orang2 Putrajaya suruh cuti.

Orang P'jaya je lah yang rajin layan kerenah aku. Lagipun mahluk hitam ini tidak suka jumpa sekejap je. Kalau boleh dia nak sehari suntuk. Sebab tue aku spent masa utk orang2 P'jaya bila cuti agak panjang, tu pun dah kena perli "ko ni ada je tempat nak g" "brp jam peruntukan masa?" "jgn lupa masukkan dalam schedule ko"

Kalau balik cuti weekend, sempat jumpa kawan2 yang tak kisah jumpe sekejap sekejap..Hahaha

Aktiviti 1: Makan time Kategori Sederhana Kaya. Kat Seoul Garden! 

Maklum ler aku dah lapar+benganng ngn MBSA yang saman Cik V aku. Hahaha padan muka aku jugak. Sapa suruh parking macam jalan itu kita yang punya. $60! wajar kah aku bayar? Boleh makan SG 2x lagi. Rugi2.


Monday, January 31, 2011

Splendid Surprise GA

Mari kita join contest lagi. Maklum ler di JB nie tengah hujan. Dari hari Jumaat-Ahad malam nie, hujan tak berhenti2....aktiviti lain ditangguhkan, maka aktiviti yang boleh di buat ketika ini dengan JOIN BLOG CONTEST.   

Contest ini milik bersama Diary hati Nur

dan  
Secara ringkas: 
Blog Diary hati Nur mengisahkan cerita kehidupan nya yang "cantik, tertarik, menarik kau memang d'bom"


Blog Musnida Bakery lebih kepada bisnes 'homemade cakes'. Terdapat pelbagai jenis seperti muffin, cupcakes, special door gift for birthday party, butter cream, pizza, choklate & bermacam2 lagi. Pendek kata semuanya ada. Untuk tempahan bolehlah mengubungi Rosnieda Omar [019-6570420].

Secara tidak langsung, saya telah melakukan 2 kerja dalam 1 masa: Join contest then promote their business. Macam ni, ada peluang nak menang tak?
Lagipun semua syarat telah di buat.
Jom tag:

Meraka ini adalah penaja hadiah contest matjoe yang saya menang.

Sunday, January 30, 2011

Edit Photo Contest by Hajar

Contest ini di anjurkan oleh Hajar. Jom terjah [click sini ye]


Hobi baru aku tahun 2011 join blog contest. Rasanya seronok jugak. Walaupun baru sekali menang, membuatkan aku semakin berkobar-kobar. 

Ok, jom tengok hasil yang telah di edit ini. Nie adalah model sambilan bernama Natrah Sri Ayu. Si cantik ini mula bergiat aktiv dalam dunia modeling sementara menunggu keputusan SPM 2011.

Shooting telah dibuat di Naza Hotel, JB. Kebetulan juga hobi baru aku berjinak-jinak dengan dunia kamera.

Maka ini ler hasilnya:
Menggunakan canon 500d, Lens 50mm, F1.4, ISO 100. Inilah lens kesukaan aku. Sebab aku suka buat bokeh.
Dari segi editing, aku masih 'Zero' tapi aku cuba untuk jadi 'Pro'. wakaka




Jom Tag kawan kita:  Sharing is PowerCik Bebet & Mama Zharfan

Saturday, January 29, 2011

CONTEST GAMBAR PALING COMEL




CONTEST GAMBAR PALING COMEL INI DI ANJURKAN OLEH
Cik Nieza Anieyza. Jom join [click disini]

Ini adalah gambar paling comel saya.


Sally [cincin berkilau] punya kelebihan tersendiri yang mampu memBESARkan sebelah mata & mengKECILan sebelah mata serentak. Manakala Wani, sangat TERUJA dengan keHEBATan yang ada pada Sally. Sally & Wani merupakan Executive Kanan Procurement, yang sangat dikagumi di sebuah multinasional company yang terulung di persada dunia. Mereka merupakan 'teman tapi mesra'.

Bagi aku, mengenali Sally & Wani adalah satu rahmat tuhan yang tidak terhingga. Syukur pada-NYA dikurniakan teman sebaik mereka.

Tag ke 3 org blogger:
  1. Chique
  2. Matjoe
  3. Lulu Junior



Thursday, January 27, 2011

@MenanG@



Tak sangka entry aku menang. Walaupun dapat No.4, ini merupakan pertama kali aku join blog contest, pastu menang pulak tue. TQ toceh2 to Matjoe [Investing, Living &amp; Anything]


Thursday, January 20, 2011

Dyfenamic 500mg

Dah lama dah tak makan dyfenamic 500mg, selalunya memadai makan hanya 1, tapi kali nie xjalan, lantak ler aku makan sebiji lagi. Plannya hari nie nak berehat je lepas balik dari Pasar Tiram, tapi entah mata nie tak boleh nak tido.

Masih january...... perjalanan menuju 2011 masih jauh. Teringat akan seseorang yang banyak berjasa dalam hidup ini. Melayan mata yang tak lena-lena, terkenang saat-saat susah payah aku dahaulu..Dia hadir tanpa ku sedar...Dia hadir tanpa ku hiraukan....Dia hadir saat aku perlukan bantuan...Dia hadir dalam aku kebuntuan.......

Saat aku menulis ini, kepala ku sakit bagai nak giler. Hanya tuhan yang tahu. Minyak kapak dah berkilat di kepala. Inikah hukuman tuhan. Sekarang nie, apa yang kita buat semua di bayar cash kat dunia lagi.

'Mungkin' juga, tanpa ku sedari aku berlaku zalim terhadapnya. Tidak tahu menghargai & menilai kaca & permata. Entah macam mana jari ini mendail Dia.. sayup-sayup kedengaran suaranya.

Dia masih seperti dulu. Tanpa sedikit pun berubah. Ya Allah...bertapa sabarnya dia. Teringat kata2 seorang kenalan- 'kita nampak mature dalam byk perkara, tapi 1 perkara kita kurang arif'- rasanya aku tergolong dalam kategori ini.

Ohhh aku bermimpi rupanya. Kesan Dyfenamic 500mg sangat berkesan rupanya. Nasib baik tak telan 3 biji

Sunday, January 16, 2011

Trisno&Co




Berbaloi2 g course by Trisno&Co. Best & terbaek la bro! terima kasih! Tunjuk ajarku sifu. Sebelah aku tue, Hafizah (Consultant QS) punya minat yang sama dengan hobi baru aku. Sebelah hujung sana Mus (MMHE)


Ni model Natra. Cun kan beb! Baru lepas SPM tapi dah macam artis gitu. Sporting tue bila berposing

Saturday, January 15, 2011

3 dlm 1

13hb
arini aku sangat bersemangat utk terus berkerja. rasanya cinta ku pada kerjaya baru aku terus ketahap maksima, impak maksima & terkasima. Macam bullish market. Arini jugak bermulalah langkah pertama ku di awal tahun masihi.

14hb
arini aku sedikit demotivate-1st time dalam kerjaya ku merasa begini. Dah jadi bearish dengan sekelip mata. Oh dugaan....disaat ini kesabaran yang tinggi amat amat diperlukan.

15hb
arini aku berkerja 14jam! Lebih dari Bangla jual roti, indon bending rebar & pakistan jual karpet. Ini lah cabaran pertama aku dalam dunia baru ku. Mungkin sementara @ selamanya?

SMS/call minta maaf tidak berbalas. Mungkin esok masa yang sesuai untuk mereply. Tapi rangkaian dalm jaringan tidak boleh ku tinggal kan walau sesibuk mana.

Tuesday, January 11, 2011

sebelas

hari ini hari ke-11 dalam tahun baru 2011
Bulan january

dipendekan
11-01-11

cantik no nie? maklum ler Qs figure2 ni sensitive sikit.


Johor pulak cuti.
Cukup hujung bulan


genap 2 tahun aku menjadi warga sementara johor
JOHOR - tempatku mencari rezeki
Jam 11pm mencatatkan detik ini

Saturday, January 1, 2011

2011

kali ini bukan nak cerita azam/plan 2011. Nak cerita pasal penghujung tahun & awal tahun.
2 tahun yang sama seolah2 copy+paste cerita lepas.

walaupun aku dah dok johor dari 2009 tapi aku tidak pernah menutup & menyambut tahun baru disini.

31/12/2009-balik kl
01/01/2010-new year kat umah JK
31/12/2010-balik sa
01/01/2011-new year kat JK-kali nie lebih meriah sikit, ada mini gathering family mak & beberapa rakan terdekat di rumah.


Permulaan yang baik utk tahun baru! walaupun kali ini aku memilih kalender hijrah.