Sunday, November 29, 2009

Semangat Yang Hilang

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

Teringat dengan lagu kumpulan XPDC, semngat yang hilang, Ia membawa erti yang pelbagai saat kala kita dilambung badai. Arrrgggghhh..... aku tidak sekuat orang-orang disekeliling ku, terlalu rapuh di saat terima tekanan yang hebat.

Kadangkala cuba dengan pelbagai penyelesaian, malangnya menemui jalan buntu. Aku masih keliru dengan corak kehidupan, rentak pekerjaan malah politik kerja yang ada masanya tidak boleh diterima dengan akal yang waras.

Kepuasaan bekerja masih samar-samar, sampai bila harus begini. Duka di hati pulih sedikit bila mana terima habuan bulanan dari majikan. Tetapi yang paling utama kepuasan yang datang dari hati yang ikhlas.

Ya Allah, tiada tempat untuk ku mengadu selain dari-Mu. Hambamu buntu& terlalu cetek pengetahuan dalam hal-hal sebegini. Bantulah hamba mu ini ya Allah. Dengan kalimah "La ila hailla Allah, Muhammad dur rasullah". Aku benar-benar yakin Engkau sentiasa bersama-sama hamba-Mu ini Ya Allah. Tiada daya & upaya selain menyerahkan segala-galanya pada-Mu Ya Allah......


Saturday, November 28, 2009

SempiT PemikiraN

Pandanglah kehadapan
Jangan terlalu sempit kan pemikiran
Tuhan bagi akal yang sempurna
Kenapa perlu di bataskan

Pandanglah ketimur
Bangsa lain maju kehadapan
Sebab itu Dr M pernah lancarkan
"Dasar Pandang ke Timur"

Pandanglah orang2 disekeliling kita
Contohi yang kehadapan
Ambil ikhtibar yang jauh ketinggalan
Untuk kita lebih berhati2

Pandanglah orang yang menjadi idola kita
Untuk kita maju setapak kehadapan
Tidak salah untuk meletakkan matlamat yang tinggi
Tapi biarlah mampu untuk mencapainya

Pandanglah sesuatu dengan mata hati
Bukan mata penglihatan
Mata hati adalah sesuatu yang tulus
Tersurat & tersirat 1001 pengertian

Pandanglah sidikit pengorbanan WANITA
Walaupun sekecil zarah sekalipun
Jangan abaikan peranan ini
Sumbangan yang tak terhingga kepada negara & agama

Kini zaman mellinium abad 21
Fikirlah secara matang
Luaskan pemikiran
"JanGan SemPitkan PemikiRan"

Friday, November 27, 2009

Syukur

Dalam kehibaan menyambut kedatangan Aidiladha terasa penuh kesyukuran mempunyai keluarga, sahabat handai serta kenalan sekeliling. Bertapa pentingnya insan-insan ini dalam kehidupan kita. Bukan sekadar kekasih sahaja perlu ada dalam ruang hati kita, tapi kita seharusnya memberi ruang pada insan-insan sebegini.

Kebesaran tuhan tiada tandingnya, sudah pasti akan janji2 tuhan pada kita: "Berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan". Ia juga senonim dengan pepatah melayu: "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Ringkas & mudah 2 kata-kata ini. Tapi membawa makna yang sangat mendalam.

Takbir Bergema Lagi

10 Zulhijjah kembali lagi
Gema takbir di corong radio menambat hati
Alunan syahdu memuhasabahkan diri
Tidak terhitung dosa-dosa lalu

Keheningan malam memukau pandangan
Terkenangan kisah-kisah lampau
Tanpa di duga tanpa di sangka
Memory 2002 segar dalam ingatan

Peristiwa yang sama kembali lagi
Beza cuma tempat & waktu
Dulu jauh ke utara tanah air
Kini di penghujung selatan

Hari berlalu terlalu pantas
Tanpa menunggu sesiapa saja
7 thn dahulu bersama rakan seperjuangan
Tapi kini bersama rakan sematlamat

Tanpa diduga dengan akal fikiran
Bertapa besarnya keagungan tuhan
Dia lah yang maha pengasih maha menyayang
Mengetahui & menyusun yang terbaik untuk hambanya

Tersedar dari dunia hayalan
Kadang-kadang angan-angan nenjadi kenyataan
Pastinya kenyataan adalah kebenaran nyata
Tanpa muslihat dari sesiapa saja

Hening sungguh angin subuh
Sehingga menusuk ke kalbu
Bersyukur pada pencipta
Dapat merasai suasana ini kembali.......

Tuesday, November 24, 2009

Kalaulah!

Kalaulah di hitung dengan jari hampir sempurna angka 10 bulan. 10 jari pelengkap 10 bulan menempuh hari-hari suka duka sebagai insan yang meniti kehidupan. 10 bulan jugak bukanlah sesuatu yang sekejap dalam kalender harian kita. 10 bulan = 300 hari = 7200 jam = 432 000 minit = 25 920 000 saat. Sesuatu yang sukar di terima akal bila mana kita terlalu banyak masalah.

Kalaulah di hitungan tanpa kewajaran yang nyata, mungkin boleh jadi gile. Malah macam-macam lagi tindakan luar kawal yang boleh mengganggu kita. Hanya secebis IMAN & sedikit TAQWA dalam diri yang mampu memberi kekuatan pada kita untuk mengharunginya.

Kalaulah di beri kebenaran untuk kembali ke 10 bulan lepas, belum pasti apa yang kita impikan akan tercapai. Sesuatu yang kita tidak pasti akan kebenaran & susun atur hidup ini.Terlalu banyak yang tersirat dari yang tersurat.

Kalaulah di beri peluang kedua, belum pasti peluang itu menjanjikan kebahagian serta menurut citarasa kita. Mungkin jugak kita akan tersalah membuat pilihan. Mungkin juga kita akan menyesal seumur hidup. Tetapi kita harus PERCAYA & YAKIN bahawa segala sesuatu yang terjadi adalah ketentuan ILAHI.

Saturday, November 21, 2009

Kecekalan Hati Seorang Wanita

Kagum sungguh melihat ketabahan & kecekalan seorang wanita yang mencari rezeki untuk membantu suami mencari nafkah keluarga. Apatah lagi, melihat kecekalan seorang ibu yang menjadi tulang belakanag anak-anak. Kagum & kehairanan bagaimana hati seorang wanita y sekelumit itu mampu menanggung semua ini?

Ya! kehairanan ini semakin memuncak apabila melihat wanita-wanita ini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dikalangan golongan Adam. Lebih-lebih lagi dikalanagan suasana kerja yang sangat mencabar. Tidak semu lelaki mampu untuk bersaing di dalam industry “oil & gas” ini kan pula seorang wanita bergelar ibu. Tidak dapat bayangkan bagaimana mereka berusaha gigih untuk mencapai matlamat & kepuasan kerjaya.Pada saya bukan senang untuk mendaki ke puncak kejayaan, lebih2 lagi mereka bersaing di kalangan organisasi yang besar.

Semua sedia maklum, tekanan kerja dalam organisasi sebesar ini tidak sama dengan tekanan di dalam organisasi yang kecil. Ia terlalu jauh bezanya seperti langit & bumi. Pelbagai ragam dapat di lihat dikalangan pekerja itu sendiri. Dari pangkat yang bawah sehingga la pangkat yang paling tinggi. Cabaran & halangan kadangkala menuntut pengorbanan untuk kita lebih sabar.

Ada masanya, kita terlalu emosional dengan cabaran di tempat kerja. Kita ambil jalan singkat untuk lari dari masalah. Dengan pelbagai asalan seperti berhenti kerja, ambil MC & kadang ambil EL kalau2 xdapat MC. Kadangkala kita x professional dalam hal kerjaya. Bukan senang nak senang, ia menuntut 1001 kesabaran, ketabahan & kecekalan untuk maju ke depan. Bila kita terlanggara batu baru kita terngadah. Tapi itu lebih baik dari kita terus lena di buai mimpi, kisah2 dongeng & etc.

Ambillah ikhtibar dari kisah suka duka rakan-rakan kita di tempat kerja. Bagaimana meraka mengukir nama meniti kejayaan mereka hari ini. Teringat pada iklan PETRONAS lakonan Hafsam " Kita kena jalan kedepan....."

Sunday, November 15, 2009

Paintball

Kali nie kejohanan Paintball MMHE berlangsung di Taman Rekriasi Skudai. Wahh memang best la, sebab kali ini di buat dalam Hutan Kelapa Sawit. Adventure giler.

Officemate aku: Azizi (Capt.), Syafri, Mustaffa (Mus), Asri & Nina masuk perlawanan ini dengan nama friendly Fire..hehehe kalau guna nama Team Babat mesti diorang menang. Diorang kalah time liga set, 1st game kalah teruk, semua mati. 2nd game ada peningkatan & 3rd game diorang menang.

Kali nie capt. & Asri pandai mengatur langkah, tapi sayang capt terjatuh masa nak amik bendera. Kalau tidak memang dah menang la.Syabas bebeh, korang memang hebat..(walaupun kalah tak dapat masuk semi final). Apapun, kitorng enjoy dengan game tadi, kalah menang adat la kan. Tak payah nak emosi2 janji dpt release segala bala masalah.


Friday, November 13, 2009

"JaGa-JaGa"

Untuk makluman semua yang masih berkerja makan gaji+terima duit tiap2 bulan dari company, tak kira apa sekali pun jawatan yang disandang i.e clerk, manager, executive, supervisor, GM even MD/CEO, anda semua masih tertakluk kepada Code of Conduct. Secara ringkas, anda masih terikat dengan:

1- Rahsia company
2- Dokumen2/profile company
3- Reputation company

Semua di atas adalah tanggungjawab setiap pekerja untuk menjaga nama baik company. Segala maklumat adalah "private & confidential". Ia merupakan satu kesalahan besar sekiranya kita mendedahkan kepada awam serta berkemungkinan akan di ambil tindakan disiplin.

*sayangi la company anda.

Thursday, November 12, 2009

Mentor + Car Breakdown = Headache

Today, at 08:30 until 17:00 only selected staffs are invited to "Relationship Building Mentors & Mentees Program". This program held at Tangjung Puteri Resort has been organized by HR Department.

Selected mentor which is those who are in SG24 and above and most of the mentees are in SG21.Frankly, I'm very happy with this program because i got a best mentor(kalau dapat mentor yg K.O mesti xbest & agak bosan).Every mentor got two mentees. My mentor En Azizan (forgot his father's name, sorry ye en azizan) from Legal department very friendly person. Within shortest time during kick off meeting, it can be concluded that he can be part of motivator, counselor, consultant, coach & may be a friend. Hopefully i can learn as much as possible from him especially for career future.

Bit sadly, after the program end my KANCIL was breakdown(nasib baik ada man & faizal). They delivered me at home & now my car still at workshop. Many things to think just now, i'm become headache.

Wednesday, November 11, 2009

Maintenance Management @ Construction Economic?

Dreaming to doing a Master in Maintenance Management or construction Economic in near future? Isn't both course are offer by our local university? I'm not very sure that our local university are offered both course. If have, may be by doing a research.

Isn't it compulsory to have a Master degree to boost up your career? or part of self satisfactory to have master? the most importance things is what you want to be? what are your goals/aims for your further life/career?

Haaaaaaaaaaah start thinking of that...:-)

Tuesday, November 10, 2009

Pressure.................

Arghhhhhh.....
hari nie rasa macam tersangat pressure, tapi hidup perlu di teruskan. KERJA? memang macam tu kot, ada masa O.K ada masa K.O, ada masa SERONOK ada masa BUSAN, ada masa rasa office tue macam MMHE dihati ku ada masa macam Tong Sampah Div & ada masa macam nak sehidup semati je ngn company aku sekarang.

Environment kerja keseluruhannya best, kawan2 serta staff kat sni baik2, relationship bonding between each other very2 strong. apa perlu buat, pada aku layankan je flow dia sekarang, ikut & layankan je apa yang berlaku. tapi aku sangat tertarik ngn statement kawan aku ni "APA NAK BUAT DEMI SESUAP NASI" dan aku menambah "APA NAK BUAT HIDUP PERLU DITERUSKAN"

Monday, November 9, 2009

1st Ramadhan

Negeri Johor cuti sempena Awal ramadhan , tapi Nuzul Quran tidak cuti. Kalau di Selangor sebaliknya yang berlaku. Peluang cuti hujung minggu aku plan memang nak balik Kampung. Konon2nya nak sambut ramadhan & berbuka puasa bersama keluarga. Impian aku akhirnya tercapai.Petang tue, kami sekeluarga berbuka di rumah nenek, emmm macam2 lauk ada, rezeki berbuka magrib tue terlalu banyak.Alhamdullilah, rezeki Allah bagi melimpah ruah.

Biasa ler, bulan2 puasa, siang hari kurang sikit aktiviti kalau nk dibandingkan dengan bulan2 lain. Pagi tue dpt sms dari Cik Pumpkin” Ko free x? jom ikut ak g Gold course morib, ak teringin sangat”.Masa tue memang tak da plan lagi, aku pun bersetuju tapi dengan syarat CIK PUMPKIN kena amik, sebab aku balik naik bus, so kurang transport la kat umah, masing2 guna kereta.

Perjalanan ke Morib mengambil masa 45 minit (hihi nie kira cepatla sebab BHK bawak macam F1). Bila sampi morib rupa2nya Gold Course Resort tue under construction lagi, belum pun siap. Tapi signboard dh merata kitorng jumpe, mati2 ingat dah siap la. Untuk tak menghampakan cik PumPkin, kitorng lepak kat tepi pantai morib. Memang syok abis, orang pun x ramai, angin sepoi2 memang kuat ler, fuyoooo best giler tue,, rasa hilang sekejap beban2 kat opis. Baru la rasa gaya hidup yang sihat.

*Memandangkan Cik Ayu@Pumpkin duduk berdekatan ngn umah aku, dia lah yang selalu & rajin amik aku bawak g jln2. Terima kasih -QS Ayu-


Nur Art & Craft


Nak buat promotion sikit pasal business sahabat baik saya.Business nie telah di usahakan secara perkongsian dengan kakak dia. Macam2 dia jual, kebanyakan barang adalah berasaskan HOMEDECO, HIASAN HANTARAN, GUBAHAN BUNGA & ETC. Aisha@Shaman juga menyediakan perkhidmatan "door to door services", memang sesuai ngn suri2 yang tak berkesempatan utk keluar rumah.Harga2 yang ditawarkan sangat berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. feel free to surfing her blog. [Click Here]

Sekiranya berminat, bole la menghubungi Aisha@Shaman di talian 017-6841470.Perniagaan nie bertempat di Setia Alam / Rantau Panjang, Selangor.

Sunday, November 8, 2009

Joging di hujung minggu

Pagi2 lagi aku dah keluar g joging. Kali nie idea Ally,kol 7.00pg dh gerak macam nak gi keje je rasa nya. Mula2 agak malas la jugak tp Ally ni sangat bersemangt, maklumla dia dh jadi "Budak Gunung"

Ally sangat aktif dengan aktiviti macam nie sejak dia kerja ngan UEM. Dia cakap sebelum daki gunung mesti punya stamina yang cukup, kalau tidak alamatnya kena tinggal kat belakang.


Ak memang dah lama tak joging, kesedaran datang balik bila Doktor cakap ak dah over weight, nampak sangat dah gemuS..hihihi. Masa joging tadi aku ketinggalan jauh di belakang ally, mana tak nye ally memang cukup stamia, lps ni aku nekad nk lawan dia, bole la aku join geng gunung dia(angan2 je tue).


Lepas joging, kitorang pun berposing, tempat nie memang cantikla, rugi kalau tak amik gambar banyak. Emmmm tenguk tue, macam2 aksi kitong buat. Dah penat bergambar, kitong g breakfast dekat Bomba Gerai Kacang Pool Hj.. memang sedap sehingga menjilat jari(harap maklum menu yang kitong amik nie still menu sihat, so tak la terjejes joging tadi)

Saturday, November 7, 2009

Dalam Delima

Hari jumaat, lunch hour lama sikit....banyak benda boleh buat. Selalunya kitorang keluar makan jauh sikit mcm ke tesco, jusco or g masai. Tapi tengah hari nie kitorang x keluar. Berbicara soal "PERKAHWINAN".

Macam2 persoalan yg timbul di kalangan kami bertiga, yang 1 ni dah nak kahwin tak lama lagi(lebih kurang lagi 2 minggu je lagi) yang lagi sorang nie bln 6 tahun dpn. Macam2 la kami fikirkan, yang paling utama adakah perkahwinan itu menjamin kebahagiaan? Yang paling penting apakah tujuan utama kita berkahwin? Tak ada lagi kami dapat jawapan yang tepat.

Memang pusing hidup & lumrah alam: dari kecik ke dewasa dari zaman kanak2 ke zaman universiti, di alam perkerjaan sampi alam perkahwinan & etc. Yang pasti kalau kita buat survey tanya semua orang akan bagi typical jawapan "nak bina keluarga bahagia".

Perkahwinan itu lebih pada tanggungjawab, perngorbanan, yang mana kita perlu memberi, menerima & merasai. Kasih sayang perlu di tunjukan dengan perbuatan, perlakuan bukan setakat kata-kata sahaja. Kita lah yang mengemudi samada nak bahagia @ sebaliknya. Kita kena berusaha utk membawa yang terbaik dlm sebuah perkahwinan. Kelebihan & kelemahan pasangan harus di terima dengan hati yang terbuka, dlm masa yang sama kita perlu memperbaiki mana yang tak kena. Yang PENTING kita kena berusaha, berdoa & bertawakal pada Allah supaya rumahtangga kita aman bahagia & kekal dunia akhirat......

Thursday, November 5, 2009

Car Wash

Baru sebulan aku amik service ngn uncle nie utk cuci kete aku every week. Mula2 ak cuba buat 2 kali, sekali cuci $5.00. start bulan lepas ak mula amik bulanan, sebab uncle nie dia charge sgt murah. Hanya $17.00 sebulan (4x sebulan).. ....

Sejak aku kenal uncle nie, kete aku sentiasa bersih, seawal pagi uncle nie dah cuci kete aku, Biasanya ak g keje dalam 7.15pg, mesti dia dah siap cuci. Cuma kadang2 je kalau ak keluar awal dia x siap lg cuci.....

Walaupun dia dah berumur ak bangga tenguk dia. Dia x mengharap pun orang lain. Pernah sekali aku borak ngn dia (masa tue dia dah terlambat cuci),1 hari dia bole cuci average dlm 20 buah kete. Bayang kan kalau 20buah dia dah bole dapat $100/sehari. Modal dia yang ak nampak cuma sabun, span, tyre wax & polish chemical. Macm baldi aku tengok dia pakai waste paint. Air dia amik free je kat tepi rubbish collection.
**Moral:kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau kita
ada usaha nak buat sesuatu, insyaallah berjaya dengan pertolongan yang Maha
Kuasa....








*Warga tua yang gigih mencari rezeki*









*Dengan basikal tua nie dia dapat $$$*










*Gross income= fresh graduate salary*

Wednesday, November 4, 2009

Mentoring Programme

Mentoring for mentees was organized by Manpower development department,HR division. The programme was held on 29th November 2009 at Tanjung Puteri Resort. Mentees are from MMHE staff which is below than 2 years services.

The main objective to provide this mentoring programmme are as follows:

1- To supports the triple plus elements, especially in leadership development and changing the midset of MMHE satff.
2- To provides platform for new entrants and High Potential Staff(HPS) to learn and garner better relationship with leaders and seek guidance and direction in their personal and career development.

This programme will be take for 2 years and it is considered as a formal mentoring programme. To ensure this programme is benefits and successful, HR decided that this programme will be park under mentor's KPI.

I'm lucky.....

On October 28, 2009, 1st time I'm attend on MMHE management meeting. This meeting focuses on cost reduction initiative which is implemented by next year. MMHE financial year will be take into account starting from April to March for the next following year. The target on cost reduction initiative is based on last financial year 2008/2009 as our bottom neck to monitoring our Fixed/Overhead Expenditure.

Most of the participants are Managerial level & above. I' m luckily to be part of the participants. My GM, Mr Peh Kheng Chong is representative of our division, Technical Services & En Razak Ismail(my boss) representative of our divisional planner. But me, not much functional to be here. Hehehe.

During meeting time which is take about 1/2 day session, I'm just exploring how the top management presenting their tasks, elaboration of idea, raised up any argument and etc. This is best time to learn & gain some experience from them especially how to handle a meeting.

Last but not least, i would like to express my appreciation to my GM & my Boss who would extend the invitation to me.

Tuesday, November 3, 2009

Asmaa' Oh Asmaa'

Al kisahnya, pasal anak buah aku yang sorang nie. Syifaa' Nur Asmaa' memang susah sangat kalau suruh makan. Mesti nak kena paksa baru dia makan. Kadang2 tengok dia makan pun macam kena dera......hihihi

Pernah sekali tue, aku tanya "Adik, adik nak makan tak".Adik:"Tak nak, adik puasa lah".. Dengan selamber & tak rasa bersalah tue dia jawab, Kakak aku cakap dia makan selalu 3 hari sekali. Pelik tak? Macam tue cepat kaya la mama & ayah dia.

Gambar2 nie, aku amik time raya, masa tue di makan pun macam terpaksa je, sebab ayah dia tunggu & suap kan dia. Kecian jugak tengok muka dia yang dah nak menangis tue.....

Sunday, November 1, 2009

Batu Layar


Emmm genap 9 bln tinggal di Johor, akhirnya dapat juga g picnic ngn member2 office.Dah banyak kali buat planning tapi selalunya tak menjadi. Macam-macam halang & 1001 alasan. Ini pun planning last minute, macam biasa lah sebelum g tu kami buat discussion sikit, sapa yang prepare itu ini. Kira nie lah 1st time bdk2 TSD nk g picnic........

Ptg sabtu tue, rida & aku g ke TESCO utk cari barang2 makan, aku kena buat sandwich, Rida prepare recipe ayam BBQ mak mentua, Mus masak meehoon goreng, Nina masak nasi goreng+sambal sotong, Yati masak nasi putih utk Sahar, Syafri beli arang & buah & teruna2 TSD hanya bawak diri je......

Plan pg tunggu kat Shell Highway Megah Ria pukul 7.00pg, tp biasa ler janji M ni selalu kurang punctual, agak2 7.30 baru semua ada, kira dah delay 30 minit. Satria Neo jadi team leader (hehehe konon2 tahu sangat ler jalan nak ke Batu Layar, tup tup tersesat sikit).perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit, nasib kurang baik sikit, kami sampai je terus hujan. Agak2 dah reda sikit, kami terus cari pot, 1 gazebo yg sedang2 cantik, view ke pandai.Nie semua snapshot time picnic, macam2 action diorang buat.....

Model sambilan TSD.....


.





Nimatnya makan2 tepi pantai



Keletihan panggang ayam.....



Dalam opukul 3.00ptg, kitorng dah gerak balik ke Pasir Gudang. Biasa ler dah penat2 mandi & bersuka ria, time balik tue ramai ler yang tertido dlm kereta, Kecian driver2 kita dah la penat kena pulak drive sorang2, lau yang tido tu senayap je tak pelah juga, nie siap berdengkur lagi.....panas hati driver2..harap bersabar ye Syafri, Sahar & Ezudin



Nyenyak betul dia tido.....