Thursday, January 28, 2010

JB-KL-SA-JB

JB-KL lau bus tak giler boleh lah sampi kurang 5 jam, kalau naik kereta dalam 4-4 1/2 jam je, pernah sekali KL-JB cuma 3 jam sahaja. Dekat bukan? Pernah sekali tue balik KL 4 1/2 jam itu pun termasuk berhenti 2x & cuma kelajuan 60km/jam. Nie gara-gara terlupa isi minyak. Entah macam mana benda penting bole lupa, tak pernah jadi dalam hidup selama nie, walau macam mana pun minyak & enjin adalah keutamaan bila nak jalan jauh. Panic beb, macam2 la rasa, macam ASTRO jugak, tapi bila dah nampak je signboard R&R Machap, memang lega la, terus g makan dulu, baru isi minyak.

Nikmati makanan selepas cuak giler*K* ketakutan

JB-KL-JB boleh sampai dalam masa sehari je. Percaya x? Bukan tipu, bukan bohong beb ini kenyataan. Jauh macam mana pun bukan alasan untuk tengok orang yang kita sayang, terutamanya orang tua & keluarga kita.

Kalau fikir pasal kerja je, sampai malaikat maut datang sekalipun tak habis2. Pandai2 lah membahagi2kan masa utk nikmati kehidupan yang sempurna. Ingat hidup ini hanya sekali, manfaatkanlah sebaik-baiknya.

No comments: