Pagi itu, kedengaran suara Hj Brahim terbatuk-batuk tidak henti-henti. Dari dalam jendela rumah, kelihatan kelibat anak-anak Hj Brahim memasuki perkaranagn rumah. Hati ini, terdetik apa yang terjadi kepada keluarga Hj Brahim tetapi membiarkan ia berlalu pergi. Harith masih terpaku didalam bilik, melihat keadaan itu berlalu tanpa bertindak, dicapai kembali pena sebentar tadi, menyambung beberapa kalimah penutup bicara. Harith begitu yakin untuk menghantar bukunya kepada editor sebelum tibanya Awal Muharram. Terniat dihatinya untuk membawa keluarganya bercuti. Tidak banyak yang perlu selesaikan, cuma mengemaskini hasil yang terakhir.
Humairah sibuk didapur, menyediakan sarapan pagi untuk keluarga. Maklumlah, dihujung minggu ini masa yang sesuai untuk berkumpul ahli keluarga. Walaupun menyediakan menu yang ringkas, Humairah tetap berusaha gigih memberi layanan yang terbaik untuk suaminya serta dua permata hatinya yang sedang membesar. Rutin hariannya tidak pernah dilupakan, selesai saja solat subuh, pasti Humairah sibuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan suaminya tidak pernah menawarkan pembantu rumah untuknya, tetapi Humairah lebih selesa melakukan sendiri.
Si kecil Aiman dan Adillah masih nyenyak tidur di kamar masing-masing. Pastinya dihujung minggu mereka bangkit lewat. Maklumlah, menikmati cuti sepuas-puasnya. Lebih-lebih lagi sentuhan dalaman bilik meraka hasil ilham ibunya sendiri. Seorang Juru Hiasan Dalaman yang sangat dikenali di daerah mereka. Anak-anak menumpang glamour nama ibunya, Humairah banyak meyumbang idea-idea untuk sekolah anak-anaknya. Kalau tidak di kejut oleh Humairah, pastinya sicilik mereka bangkit melepasi matahari di puncak langit. Anak-anak mula bangun bila si ibu mengetuk pintu masing-masing.
Faham sangat dengan karenah si suami. Humairah membiarkan suaminya menyudahkan kerja-kerjanya. Walaupun makanan tersedia dihidang, si isteri tidak jemu menanti si suami turun bersarapan. Minat Harith untuk menghasilkan buku-buku rujukan kepada pelajar-pelajarnya semakin membara bila mana majikannya menganugerahkan Prof. Madya pada Harith. Satu usaha yang dibayar atas segala pengorbanan & usaha gigihnya selama ini. Itulah salah satu minat Harith mencintai ilmu-ilmu. Kalau di ungkap nostalgia lama, dia bukanlah dikalangan pelajar cerdik, tapi Harith begitu yakin dengan prinsipnya "Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Usaha tangga kejayaan". Berpengang teguh dengan prinsipnya, Harith mendaki puncak kejayaan sedikit demi sedikit.
Anak-anak mula gelisah kelaparan, memanggil-manggil si ayah untuk bersarapan bersama. Dari ruang atas rumah banglo dua tingkat itu, si ayah bersuara "tunggu sekejap, ayah turun nie". Aiman, Adillah dan Humairah sudah mengambil tempat masing-masing di meja makan, sudah tidak sabar untuk menjamu selera, menu istimewa hujung minggu, menanti si ayah untuk makan bersama. Tiba-tiba pintu rumah di ketuk, kedengaran suara orang memberi salam. Suara itu biasa didengarnya, sayup-sayup berlalu. Harith menuruni anak tangga, lantas dibukanya pintu. Salman, anak Hj Brahim dihadapannya. Kaki Harith lemah dan terpaku seketika. Tidak di sangka, bualan meraka malam jumaat lepas merupakan bualan yang terkahir. Teringat akan lambaian Hj Brahim melewati rumahnya selepas pulang dari masjid. Tidak diduga itulah lambaian terakhir Hj Brahim
No comments:
Post a Comment