Sunday, January 31, 2010

Sukar

Terlalu banyak ceritera masyarakat hari ini dipaparkan di TV mahupun di dada akhbar. Sejauh mana kebenaran sinopsis ini di rungkai jalan ceritanya daripada penulis skrip, editor mahupun penerbit. Apapun kisah ceritera itu, sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada penonton. Tidak kira message yang dibawa itu baik atau sebaliknya.

Tuah badan, sekiranya seorang pelakon itu membawa watak baik, romantic, penyabar, penyayang atau alim-alim kucing sekalipun sudah pasti nama pelakon itu akan menjadi bualan umum dia lah seorang yang baik. Walaupun pada hakikatnya pelakon itu tidak lah sebaik mana seperti yang kita tonton.

Begitu juga sebaliknya, bila mana seorang pelakon itu membwa watak jahat seperti perompak, perogol bersiri, penjenayah ataupun manusia yang kejam, penonton akan melabelkan sebagai seorang pelakon yang tidak bermoral.

Tidak adil bagi kita untuk menentukan samada baik @ jahat seorang pelakon itu. Watak yang dibawa hanya ceritera sahaja, mereka hanya mengikut arahan penerbit. Kadangkala ceritera itu hanya imaginasi penulis semata-mata, tidak ada kaitan denagn realiti kehidupan. Pokoknya: kita lah yang kena bijak menetukan penghujung kisah itu, mengambil ikhtibar dari apa yang dipaparkan bukan menghukum tak tentu pasal. Sebab tue juga orang kita selalu kata "belajarlah dari pengalaman".

No comments: